BERAT YANG MERESAHKAN
Alangkah berat ruang kepala ini
Dek terpanah oleh kata-kata itu
Seolah-oleh terputus silaturahim
Kerana kemaafan tidak menjamin lagi
Mengapa harus begitu ???
Walhal....kesalahan jelas berpihak pada ku
'careless'...lalai....beraja pada minda ku
'singkat otak' dilabel oleh si dia
Berat....
ada rasa amat berat pada minda yang kaku
Dibius sejuta rasa serba salah
Bagai diri dilontar jauh dari dunia perdamaian..
Sebak pula merenjis rasa hiba....
Berat......berat yang meresahkan.......
Terasa hidup tak bermakna seketika...
Apakah ini dugaan mu wahai Tuhan...
Setelah sekian lama aku damai dan tak bermasalah??
Astagfirullahalazim........
Tolong aku ya Allah...
Letakkan minda ku pada rasa TENANG
Lindungi aku dari rasa berputus asa
Berikan aku hidayah petunjuk MU....
Nota: 21.09.2010 (Selasa)
Hari ke-dua aku merasa TAK TENANG melalui HIDUP ini. Walhal siang tadi aku baru sahaja membentangkan nota power point bertajuk "Pengurusan Stress" di bilik guru. Terasa alangkah DAMAI KEMATIAN itu...jauh dari KRISIS dan PERBALAHAN. Sungguh aku TAK SENGAJA...aku LALAI dan TERLUPA. Tolong MAAFKAN aku saudara ku. Tapi ikrar TAK MEMAAFKAN dari mu buat diri diawang-awangan. Andai kemaafan itu langsung tak bermakna bagi mu saudara.... terasa tak bermakna hidup ini. Seolah-olah aku ingin selalu BERDOA segera dicabut ROH ini...kerana rasa yang sangat memberatkan dan mersahkan ini. Adakah ini juga dikatakan singkat OTAK?? Baiklah...maafkan aku....kerana aku juga insan biasa yang tak pernah lekang dari KESILAPAN. Aku tak kan melalukan perkara yang bercanggah dengan larangan ALLAH....aku hanya perlu BESABAR menunggu JANJI sang PENCIPTA untuk menjemput ku nanti. Semoga MATI ku dalam keadaan yang baik-baik saja dan andai sudah sampai janji-NYA tolonglah MAAFKAN aku SEIKHLAS HATI mu wahai saudara ku. :'(
2 comments:
Memohon maaf itu perlu. Yang penting kita sudah melakukannya. Insha Allah berserta keikhlasan. Tetapi yang penting ialah memberikan maaf kerana itu adalah tuntutan. SESEDAP rasa untuk tidak memaafkan itu perkara yang dibenci TUHAN.
Wallahua'lam
:'(
Makasih Mr Asha....awal2 masalah ni masih terasa sedihnya. Tak pa la... harap-harap...esok dan hari-hari lain berlalu dengan tenang dan semakin tenang.
Post a Comment