♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Monday, September 27, 2010

SAAT MENILAI CINTA



SAAT MENILAI CINTA

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.


Sumber: KOSMO Online_Famili_Saat Menilai Cinta

Friday, September 24, 2010

RADIO ONLINE ISLAM PERTAMA DI SABAH



RADIO ONLINE ISLAM PERTAMA DI SABAH

Pelancaran Radio Online CAHAYA FM Islam Pertama Di Sabah & Rumah Terbuka Aidilfitri_25.09.2010 (Sabtu)_Jam 1.00petag_Kg Paka 2 Ranau. Disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Sabah.


Wajah-wajah DJ yang sempat saya kenali suaranya semasa on air. ^_^

Tahniah kepada warga kerja Cahaya FM. Semoga majlisnya berjalan lancar. Semoga ikatan ukhuwah dieratkan lagi melalui majlis sambutan Aidilfitri seperti ini. Saya tumpang gembira di atas kejayaan ini. :)

Dengan rasminya juga saya meletakkan link radio Cahaya Fm di ruangan blog saya. Semoga bermanfaat buat diri saya dan buat pendengar-pendengar yang datang berkunjung.

Pada teman-teman....bolehlah meminta lagu dengan menekan laman http://cahayafm.net/permintaan/
Contoh ruangan permintaan :

Nama:
JALIFAH MUHAMIN
Butiran:
Online Dari:Keningau, Sabah.
Tajuk Lagu:Lebaran ini
Penyanyi: Raihan ft Nowseeheart
Ditujukan Buat: Semua warga kerja Cahaya FM dan pendegar Cahaya FM.
Ucapan:Salam maju jaya buat warga Cahaya FM......semoga majlisnya berjalan lancar. Salam lebaran......wah...mesti seronok dapat makan kuih raya ramai-ramai. Saya tumpang bangga diatas kejayaan pelancaran ini. Tahniah...tahniah. :)


















'Adress' blog Cahaya FM juga boleh di access di alamat berikut:







Wednesday, September 22, 2010

SOAL HATI


SOAL HATI

Apabila berbicara soal hati, Rasulullah pernah menyebut bahawa dalam diri manusia ada segumpal daging, yang jika baik daging itu, maka baik pula manusia itu.

Sebaliknya jika daging itu buruk dan busuk, maka kualiti orang itu sudah tentulah jatuh ke tahap rendah dan hina.

Hati adalah cermin kepada segala perbuatan. Apa-apa sahaja yang kita lakukan, semua itu berpunca daripada hati. Jika hatinya sudah baik, maka perbuatannya pasti baik. Sebaliknya jika perbuatannya kelihatan baik, belum tentu hatinya baik.

Hati yang lembut adalah hati yang terbuka dan peka terhadap persekitaran. Hati yang kasar dan keras adalah hati yang tertutup seperti firman Allah dalam surah al-Israa : 72 yang bermaksud,
"Dan sesiapa yang di dunia ini buta hatinya, maka di akhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya."

Dimanakah kita 'letak' hati kita? Hanya kita yang mampu menjawabnya!

Sumber: Hadis & Falsafah_Majalah NUR_m/s 98_Oktober 2008

Tuesday, September 21, 2010

BERAT YANG MERESAHKAN


BERAT YANG MERESAHKAN

Alangkah berat ruang kepala ini
Dek terpanah oleh kata-kata itu
Seolah-oleh terputus silaturahim
Kerana kemaafan tidak menjamin lagi

Mengapa harus begitu ???
Walhal....kesalahan jelas berpihak pada ku
'careless'...lalai....beraja pada minda ku
'singkat otak' dilabel oleh si dia

Berat....
ada rasa amat berat pada minda yang kaku
Dibius sejuta rasa serba salah
Bagai diri dilontar jauh dari dunia perdamaian..
Sebak pula merenjis rasa hiba....

Berat......berat yang meresahkan.......
Terasa hidup tak bermakna seketika...
Apakah ini dugaan mu wahai Tuhan...
Setelah sekian lama aku damai dan tak bermasalah??

Astagfirullahalazim........
Tolong aku ya Allah...
Letakkan minda ku pada rasa TENANG
Lindungi aku dari rasa berputus asa
Berikan aku hidayah petunjuk MU....


Nota: 21.09.2010 (Selasa)

Hari ke-dua aku merasa TAK TENANG melalui HIDUP ini. Walhal siang tadi aku baru sahaja membentangkan nota power point bertajuk "Pengurusan Stress" di bilik guru. Terasa alangkah DAMAI KEMATIAN itu...jauh dari KRISIS dan PERBALAHAN. Sungguh aku TAK SENGAJA...aku LALAI dan TERLUPA. Tolong MAAFKAN aku saudara ku. Tapi ikrar TAK MEMAAFKAN dari mu buat diri diawang-awangan. Andai kemaafan itu langsung tak bermakna bagi mu saudara.... terasa tak bermakna hidup ini. Seolah-olah aku ingin selalu BERDOA segera dicabut ROH ini...kerana rasa yang sangat memberatkan dan mersahkan ini. Adakah ini juga dikatakan singkat OTAK?? Baiklah...maafkan aku....kerana aku juga insan biasa yang tak pernah lekang dari KESILAPAN. Aku tak kan melalukan perkara yang bercanggah dengan larangan ALLAH....aku hanya perlu BESABAR menunggu JANJI sang PENCIPTA untuk menjemput ku nanti. Semoga MATI ku dalam keadaan yang baik-baik saja dan andai sudah sampai janji-NYA tolonglah MAAFKAN aku SEIKHLAS HATI mu wahai saudara ku. :'(


Saturday, September 18, 2010

SEMERAH STRAWBERI


SEMERAH STRAWBERI

Semerah strawberi
Merah warnanya...
diserikan bintik kecil
hanya sebesar jari-jari ku...

Semerah Strawberi
Merah warnanya...
Diserikan warna hijau
pada kelopak tangkainya

Semerah Strawberi
Merah warnanya...
Istimewa buat diri ku
Dari sahabat berhati baik
Mariani namanya...

Semerah Strawberi
merah warnanya..
Lafaz bismillah menjamahnya...
Lafaz terima kasih penutupnya...
Diiring senyum mekar menerima rezeki

Semerah strawberi
Merah warnanya..
Memahat memori indah
Kenangan manis bersama sahabat ku ini.

Nota: Terima kasih buat sahabat ku Mariani Maria Annie yang sudi membawa buah strawberi yang segar. Dibeli di pekan Kundasang dengan Harga RM15.00 satu bungkus. Hurmmm...agak mahal juga harganya. Kali pertama aku dapat menjamah buah strawberi dalam kuantiti yang agak banyak. :)

Friday, September 17, 2010

MERDEKA & HARI MALAYSIA 2010



MERDEKA & HARI MALAYSIA 2010

Salam Merdeka : 31 OGOS 1957

"Salam KEMERDEKAAN ke-53 buat semua warga Malasia. 1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI. Syukur...kita di negara aman makmur. Merdeka....Merdeka...Merdeka. Salam ingatan doa Al-Fatihah buat pejuang2 bermandikan darah membela negara kita 53 tahun lalu. Kami anak merdeka sentiasa berusaha mengekalkan sejarah perjuangan ini." :)

Salam Hari Malaysia : 16 SEPTEMBER 1963

“Selamat Menyambut Hari Malaysia 2010. (Sambutan besar-besaran buat kali pertama diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah.) Semoga Malaysia aman, makmur, harmoni dan memiliki ekonomi yang sentiasa stabil.” :)

Sejarah Hari Malaysia

16 September 1963 – Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia.

Sambutan Hari Malaysia kali pertama (2010)

Buat pertama kali kerajaan mengiktiraf Sambutan Hari Malaysia sebagai sambu

tan peringkat Kebangsaan (cuti umum kebangsaan). Dengan pengiktirafan ini, bermakna pada tahun-tahun akan datang semangat nasionalisme dan sentimen positif rakyat bukan hanya dilahirkan pada 31 Ogos tetapi juga bagi tarikh 16 September setiap tahun. Pada tahun ini (2010) juga, negeri Sabah sangat bertuah kerana dipilih sebagai tuan rumah pertama untuk Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan ini.


Thursday, September 16, 2010

DOA TERDENGAR GURUH


DOA TERDENGAR GURUH

16.09.2010 (Khamis) : 9.00 malam / 7 Syawal 1431

Hujan turun dengan lebat ketika aku baru selesai menunaikan solat Isyak. Syukur aku sempat mengangkat pakaian di ampaian luar. Dan syukur juga perjalanan beraya di rumah teman ke Sue (Kg Buluh Silou) dipermudahkan apabila bertemu dengan sahabat ku Estee, Zura dan Norhayati dari Kg Tudan Baru yang kebetulan juga berada di rumah sahabat ku ini.

Hujan renyai-renyai turun perlahan-lahan. Beberapa minit kemudian diikuti kilat dan bunyi guruh yang amat kuat.

"Apabila GURUH berteriak, KILAT memanah di sana sini dan HUJAN menyirami tanah, ada rasa TAKUT dan BIMBANG tak sudah. Rumah papan kecik tempat berlindung ini mudah benar TERASA kejadian persekitaran di luar sana. "Ya Allah....selamatkan kami adik beradik dan teman dari bahaya litar pintas". Hatiku berbicara.

Dalam ketakutan rasa, ku kongsikan jua di ruang FB. Ada hikmahnya kerana sahabat ku Suci telah mengajarkan aku mengenai doa apabila terdengar bunyi guruh melalui link:


"Semoga dilindungi ALLAH hendaknya.. teruskan berdoa:

Ya ALLAH.. turunkanlah hujan yang berguna.. Maha Suci ALLAH yang mana guruh bertasbih dengan kepujianNya, dan malaikat juga bertasbih kerana takut kepadaNya.. Ameen."

Terima kasih buat Suci yang tak jemu berkongsi ilmu. Semoga bermanfaat buat kita semua. :)

Monday, September 13, 2010

ARWAH KIKI @ ZULKARNAIN DALAM KENANGAN


ARWAH KIKI @ ZULKARNAIN DALAM KENANGAN

Dia dipanggil Kiki, kalau tak silap nama sebenar adalah Zulkarnain bin Francis @ Abdullah. Dia anak kelahiran Kg Penagatan Ulu, Keningau, Sabah. Dia membesar bersama ibunya dan pernah bernaung di rumah anak yatim Tambunan setelah ayahnya meninggal dunia. Dia...anak sulung dalam adik beradiknya. Hidup dewasa telah membawa langkahnya menyeberangi laut China Selatan. Berkelana ditanah Semenanjung demi mencari rezeki. Suatu hari terdengar khabarnya telah terpilih sebagai pelakon tambahan dan sering muncul sebagai model pada video klip nyanyian. Syukur...rezeki berpihak pada kelebihan wajahnya yang memang tampan. Khabarnya dia memiliki keluarga angkat di semenanjung. Syukurlah, hidup dipermudahkan.

Suatu hari (sekitar tahun 2009) aku menerima sms daripada kakak ku Juhasia yang menyatakan berita mengejut mengenai kematiannya disebabkan jangkitan pada otak. "Inalillahi wa ina ilaihi raji'un...Al-Fatihah". Daripada-NYA kita datang dan kepada-NYA juga kita kembali.

Sempena lebaran 2010 ini pula aku menerima tag video dari sahabat Facebook ku, Amal Musri PULANGLAH (Nyanyian semula: Saleem). Perkara bertama bermain diminda ku, 'arwah Kiki....' namun tidak terluah malah hanya ucapan terima kasih ditujukan buat sahabat ku. Namun sahabat sekampungku yang kebetulan juga menerima tag video tersebut sempat bertanya pada ku mengenai arwah Kiki.

"Arwah Kiki dalam kenangan. Pusaranya jauh di tanah semenanjung walaupun kelahirannya di desa kita...KG Penagatan Ulu. Tapi itu tak penting....yg penting doa kita selalu pada arwah. :-I" itu saja yang terlintas untuk ku taip.

Youtube untuk melihat videoclip kenangan arwah Kiki: http://www.youtube.com/watch?v=rZmcUDzXTuo

Thursday, September 9, 2010

PERSIAPAN LEBARAN

Aku dan sahabat ku Sue.


PERSIAPAN LEBARAN
Perempuan dengan biskut rayanya....
Perempuan dengan baju rayanya....
Ermm....macam-macam ada...

Tahun ini aku menempah biskut raya dari sahabat ku Sue di Kg Buluh Silou, keningau. Bagi mereka yang berminat untuk menempah biskut, bolehlah berhubung dengan sahabat saya Sue bila-bila masa sahaja. Khabarnya, perkhidmatan membuat biskut sentiasa dibuka pada bila-bila masa sahaja.



Borang tempahan biskut.
(Setelah dihitung kos pembelian biskut raya ku tahun ini, jumlahnya mencecah RM500.00 ++. Syukurlah pihak kerajaan bagi wang bonus RM500.00. Hurmm...rasa membazir pula membeli biskut raya banyak-banyak. Terasa lagi berbaloi kalau buat biskut sendiri. Apapun, segalanya dalam percubaan. Semoga diri pandai mengurus perbelanjaan selepas ini. Huhuhu.)




Baju Raya.
Yeazaa....baju raya 'READY MADE' ku dan adik ku Masnijah. Hikhik... :)
Ini lagi satu hal, baju raya. Sepatutnya aku dan adik-adik sudah menghantar kain untuk jahitan baju raya, entah makcik tukang jahit di Kampung Merampong yang ditempah tu pula kurang sihat. Seminggu sebelum puasa terpaksa hantar di kedai jahit Golden Rose sekitar pekan Keningau. Hampir tak diterima, memandangkan dikenali, maka diterima juga tempahan. Apapun tak dijamin akan siap semuanya.
Maka bermulalah ikhtiar aku dan adik-adik ku membeli baju 'ready made' di kedai Mega Superstore, The Mall (G-Mart). Setelah menemui kakak tukang jahit, siap pula separuh dari tempahan jahitan baju raya kami. Kos perbelanjaan pula bertambah. Huhhh....terasa perbelanjaan baju raya pun tak terurus. Apapun, semoga diri ini dapat mendisiplinkan diri untuk berbelanja di masa akan datang.

I LUV ISLAM : SUMBER ILMU PENGETAHUAN


I LUV ISLAM : SUMBER ILMU PENGETAHUAN


I LUV ISLAM.

Tulisan pada akhbar tersebut amat menarik perhatian ku. ilmu.iman & amal. Demikian ayat ringkas yang juga menarik perhatian ku. Pertama kali aku menemui surat khabar ini ketika berkunjung ke rumah kakak ku Norhafizah di Kg Menawo Ulu. Sangat menarik dibaca dan banyak info terkini. Amat sesuai dibaca untuk pengetahuan dan meningkatkan ilmu serta amalan buat muslimin dan muslimat.


"Beli di Milimewa 2" demikian jawab kakak ku setelah aku bertanya dimana harus membeli surat khabar ini. Pada pemahaman ku surat khabar berbentuk Islamik ini dikeluarkan sebulan sekali setelah ku perhatikan tarikh keluarannya mengikut bulan.


Kini aku berada di rumah kakak ku, dan aku menjadi pembaca setia pada surat khabar / majalah I LUV ISLAM.

MERISIK_MEMINANG_MEMILIKI


MERISIK_MEMINANG_MEMILIKI
PERSIAPAN : 29.07.2010 (Khamis)

Seminggu sebelum merisik, aku ditemani sahabat serumah ku Merilyne Milton pergi menemui dealer yang tak putus asa memberikan ku semnagat untuk membeli kereta. Aku sekadar bertanya apa keperluan untuk membeli kereta. "Sediakan salinan IC, Lesen memandu dan 3 bulan slip gaji" kata Mr Kahirin Bador, dealer Produa merangkap jiran sebelah kampung ku (Kg Penagatan Laut / Mapua)


MERISIK : 05.08.2010 (Khamis)

Aku menyediakan salinan yang diperlukan dan menyediakan wang sejumlah RM500.00 untuk 'boking' kereta. Segaja ku pilih tarikh ini kerana mudah diingati. "Kereta tiada stok, tunggu dari kena hantar dari semenanjung. Saya jamin sampai hujung bulan ini, sebelum Hari Raya" kata dealer tersebut. Aku hanya tersenyum pada dealer. Sesekali aku memandang gembira dengan kakak ku Norhafizah dan sahabat ku Merilyne yang datang bersama ku.


MEMINANG : 10.08.2010 (Selasa)

Aku sekali lagi menemui dealer ku untuk berurusan mengenai deposit kereta sebanyak Rm5,000.00. Ketika itu aku ditemani kakak ku Norhafizah dan adik lelaki ku Adey Aizul yang kebetulan turun pekan untuk membeli buku rujukan sekolah. Aku cuma mampu menyediakan RM2,000.00 hasil dari simpanan ku yang tak menetu. RM1,000.00 dipinjam dari adik ku Masnijah yang kebetulah bertugas sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di SMK Badin Tuaran selama 8 bulan. RM2,000.00 lagi dipinjam dari kakak ku Norhafizah. Mujurlah mereka sudi meminjamkan duit. Sebenarnya 'zero' deposit pun boleh juga, namun firasatku mengatakan deposit akan mengurangkan beban bayaran bulanan. Apapun kadar peratus loan bank telah meningkat berbanding tahun lalu, maka kadar bayaran bulanan ku agak meningkat berbanding perancangan kiraan tahun 2009. Pada tarikh ini juga aku perlu menandatangani loan bank yang telah lulus di Maybank. "Wah...banyaknya perlu ditandatangini. Tak silap aku, hampir 20 lebih tandatangan ku tertera pada borang-borang loan bank tersebut." desis hati ku.
"Bayaran bulan pertama termasuk stamp Hasil RM630.00. Dan bayaran bulan seterusnya RM610.00." demikian kata-kata dari pegawai bank yang terngiang-ngiang di minda ku hingga kini.


MEMILIKI : 03.09.2010 (Jumaat)

"Lepas solat Jumaat ambil kereta" kata dealer melalui mesej di telefon ku. Aku segera memberitahu kakak ku Norhafizah untuk turun bersama memandangkan kemahiran ku memandu semakin hilang kerana sudah 3 tahun tidak pernah membawa kereta setelah berjaya mendapatkan lesen kereta pada 11.11.2007. Kebetulan pula kereta kembara kakak ku masih di dalam bengkel kereta setelah dia mengalami kemalangan dua minggu sebelum ini, mujur hanya luka ringan sahaja. Sekitar jam 4.00 petang, aku bersama kakak ku dan ditemani suaminya menumpang kereta adik kepada suami kakak ku menuju ke premis Produa. Terlihat jelas sebuah kereta MYVI SE berwarna oren, manual. Setelah menandatangani borang, dealer menolong ku memasang nombor plate kereta ( SU3041B ) dan stiker 'Kenderaan Perdagangan'. Terasa dunia ku berbunga bahagia, "Yeazaa....tak sangka aku akhirnya memiliki kereta sendiri." aku tersenyum-senyum sendiri.

"Terima kasih pada kakak ku yang rajin menemani dan memahami. Terima kasih kepada adik ku Masnijah yang membantu. Terima kasih pada dealer ku yang baik hati menyediakan 'tinted' kereta ku. Dan...tahniah buat diri ku sendiri..hehehe." :)

REDHA

REDHA

Bersamanya....
bila ia terluka....
aku turut merasa terluka dan sering pula berduka....
....hurmmm.


Ya Allah...
jauhkanlah hamba-MU
dari sifat CINTA DUNIA ini...
Biar minda pada garis neutral
Redha dan bersederhana
Menerima ujian Mu...
(08.09.2010_Rabu_10.10 pagi_Dalam kenangan demi untuk berwaspada. Segalanya bermula dari kesilapan, semoga di hari kemudian aku dapat memperbaiki cara memandu kereta. Kereta Myvi baru berusia 6 hari sudah tercalar dengan batu besar depan rumah - Kg Penagatan Ulu.)

Wednesday, September 8, 2010

SECANTIK-CANTIK WANITA


SECANTIK-CANTIK WANITA



Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Sebaik-baik WANITA ialah yang MENYENANGKAN seseorang lelaki apabila ia MELIHATNYA, yang TAAT kepadanya apabila ia MENYURUHNYA dan ia TIDAK MENYALAHI suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada DIRINYA dan HARTANYA.” (Riwayat Muslim)

Suami (lelaki) mana yang tidak bahagia melihat isterinya rapi, cantik dan punya tingkahlaku yang menyenangkan? Demikianlah RASULULLAH meletakkan isteri yang baik itu sebagai faktor kebahagiaan seseorang suami. Dengan perkataan lain ISTERI yang solehah akan menjadikan RUMAH ibarat SYURGA yang menenangkan HATI sesiapa sahaja yang BERNAUNG dibawahnya.

Kata Allah mengenai sifat-sifat isteri yang solehah, “Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya.” (Surah an-Nisaa’: 34).

CANTIK bukan sekadar pada pandangan berdasarkan PENAMPILAN ZAHIRIAH semata-mata. Tetapi juga merangkumi BUDI dan AMAL IBADAT. Tetapi jika cantik paras rupa, ditambah dengan cantik budi pekerti, tentulah ia jadi bonus lumayan kepada sesiapa sahaja.


SUMBER: Majalah Nur_Hadis & Falsafah_m/s 54_MAC 2009

YANG ALLAH CINTA


YANG ALLAH CINTA


Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah meredakan tiga perkara bagi kamu dan Dia membenci tiga perkara bagi kamu. Dia redha supaya kamu mengabdikan diri kepada-Nya dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan suapaya kamu semua berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah-belah. Dan Dia membenci bagi kamu berkata begini begitu, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.” (Riwayat Muslim).

Sebagai manusia, semangnya kesukaan kita sama dengan kesukaan Allah. Kita sukakan kedamaian, berkasih sayang, keadilan, berkerjasama dan segala yang baik-baik lagi. Itulah yang sebenarnya yang SUARA HATI kita inginkan tetapi kadangkala kita sendiri yang enggan mendengar suara hati sendiri kerana TERLALAI dengan perkara lain yang tidak bersifat SYARIE.

Kembali pada fitrah, CINTAILAH apa yang ALLAH CINTA, lakukan apa yang Allah sukai. Itulah MANIFESTASI CINTA kita yang mendalam terhadap Allah. Samalah juga keadaannya jika kita MENYUKAI seseorang, maka pastinya kita akan MENYUKAI apa sahaja yang disukainya.

Menyukai apa yang Allah sukai, bukan soal mendapat pahala atau fadilat sahaja tetapi lebih kepada hasrat untuk menyatakan dan membuktikan cinta dan kehambaan kepada Allah.

Begitu juga dengan aspek kebencian, haruslah selari dengan kebencian Allah, iaitu meninggalkan apa sahaja perbuatan dan amalan yang dibenci-Nya. Dalam hal ini tidak dinafikan, nafsu pasti mendorong kita untuk berbuat segala yang Allah benci kerana nafsu suka kepada segala yang Allah benci dan benci kepada segala yang Allah suka.

Tetapi IMAN yang kuat dan teguh akan dapat melawan NAFSU disebabkan rasa BERTUHAN dan rasa KEHAMBAAN yang mendalam dalam diri. Itulah antara cirri-ciri TAKWA yang sejati.


SUMBER: Majalah Nur_Hadis & Falsafah_m/s 62_MAC 2009

MENCARI KEBERKATAN REZEKI


MENCARI KEBERKATAN REZEKI


Islam menuntut umatnya supaya berkerja dan berusha bebas daripada belenggu kemiskinan. Peringatan itu maha penting kerana kemiskinan sebenarnya boleh menggelincirkan IMAN seseorang.

Ini kerana bagi seeorang yang lemah imannya akan sanggup menggadaikan akidahnya dengan melakukan pekerjaan yang terlarang serta menuturkan kata-kata yang menolak KEBESARAN ALLAH dan sebaginya.

Manusia digalakkan mencari kerja yang halal, yang sekaligus akan menjadi IBADAT selagi dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukum-Nya.

Rezeki yang BERKAT adalah rezeki yang dicari dengan TITIK PELUH sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian orang lain seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya. Apatah lagi jika tubuh badan masih kuat dan sihat, perbuatan MEMINTA-MINTA sebegitu amat DILARANG keras oleh Islam kerana ia merupakan perbuatan yang memalukan dan menghina Islam itu sendiri.

Malah Rasulullah sendiri memberikan peringatan mengenai perbuatan ini melalui sabdanya, “Seseorang yang terbiasa dengan MEMINTA-MINTA, dia akan datang pada hari kiamat tanpa secebis dagingpun di WAJAHnya.” (Riwayat Bukhari & Muslim).


SUMBER: Majalah Nur_Hadis & Falsafah_m/s 162_MAC 2009