♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Thursday, August 29, 2013

SIMPANG 3



"Simpang 3"


Dengan yakin dan bernyanyi kecil dari simpang jalan menuju jalan besar, stering ringan saja di belok ke arah kiri menuju jalan ke bandar Keningau apabila tiada kereta dari arah kanan. Ketika itu wajah saya tidak memandang ke arah kiri kerana beranggapan itu laluan saya dan tiada kenderaan yang melaluinya ketika itu.

Samar-samar kedengaran bunyi hon bertalu-talu.
"Tet..tet..tet..tet..tettttt.."

Di hadapan saya kini sebuah lori besar dari arah lorong bersebelahan dari bandar Keningau menuju ke Tambunan. Pergerakan saya kaku sesaat apabila pada masa yang sama hanya selangkah sahaja lagi sebuah kenderaan 4 x 4 hampir merempuh kenderaan yang saya gunakan.

Dalam gugup mencari logika, saya cuba memahami situasi kenderaan 4 x 4 tersebut yang rupanya sedang memotong lori besar dan menggunakan ruang bertentangan yang sedang saya gunakan. Hon itu pula dibunyikan bertalu-talu sebagai peringatan kerana saya leka memerhatikan arah kanan yang ternyata tiada kenderaan yang melaluinya ketika itu.

Saya berasa tenang seketika apabila pemandu kenderaan 4 x 4 tersebut segera mengangkant tangan sebagai isyarat untuk meminta laluan dan mungkin juga sebagai isyarat memohon maaf. Namun tiada reaksi daripada saya kerana masih lagi dalam situasi terkejut.

Setelah semuanya berlalu dalam sekelip mata, ketenangan yang hilang seketika kembali normal. Saya memandu seperti biasa dan melafzkan kesyukuran kepada Allah kerana tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Adik Anis yang kebetulan bersama saya juga meluahkan rasa terkejut.

"Terkejut saya tadi" luahnya setelah turut mendiamkan diri hampir 3 minit.

"Itulah, kadang-kadang kita rasa kita dilaluan yang benar dan selamat kerana kita dipihak pemandu yang betul. Tapi, kalau orang lain yang tidak berhati-hati, kita juga menjadi mangsanya. Jadi, kesimpulannnya, kita perlu berhati-hati dengan kenderaan yang ada disekeliling kita."

Nyanyian kecil kami kembali beriram dan pemanduan saya juga turut kembali berjalan lancar sehingga siap berurusan di bandar serta selamat sampai ke rumah.