♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Wednesday, September 8, 2010

YANG ALLAH CINTA


YANG ALLAH CINTA


Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah meredakan tiga perkara bagi kamu dan Dia membenci tiga perkara bagi kamu. Dia redha supaya kamu mengabdikan diri kepada-Nya dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan suapaya kamu semua berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah-belah. Dan Dia membenci bagi kamu berkata begini begitu, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.” (Riwayat Muslim).

Sebagai manusia, semangnya kesukaan kita sama dengan kesukaan Allah. Kita sukakan kedamaian, berkasih sayang, keadilan, berkerjasama dan segala yang baik-baik lagi. Itulah yang sebenarnya yang SUARA HATI kita inginkan tetapi kadangkala kita sendiri yang enggan mendengar suara hati sendiri kerana TERLALAI dengan perkara lain yang tidak bersifat SYARIE.

Kembali pada fitrah, CINTAILAH apa yang ALLAH CINTA, lakukan apa yang Allah sukai. Itulah MANIFESTASI CINTA kita yang mendalam terhadap Allah. Samalah juga keadaannya jika kita MENYUKAI seseorang, maka pastinya kita akan MENYUKAI apa sahaja yang disukainya.

Menyukai apa yang Allah sukai, bukan soal mendapat pahala atau fadilat sahaja tetapi lebih kepada hasrat untuk menyatakan dan membuktikan cinta dan kehambaan kepada Allah.

Begitu juga dengan aspek kebencian, haruslah selari dengan kebencian Allah, iaitu meninggalkan apa sahaja perbuatan dan amalan yang dibenci-Nya. Dalam hal ini tidak dinafikan, nafsu pasti mendorong kita untuk berbuat segala yang Allah benci kerana nafsu suka kepada segala yang Allah benci dan benci kepada segala yang Allah suka.

Tetapi IMAN yang kuat dan teguh akan dapat melawan NAFSU disebabkan rasa BERTUHAN dan rasa KEHAMBAAN yang mendalam dalam diri. Itulah antara cirri-ciri TAKWA yang sejati.


SUMBER: Majalah Nur_Hadis & Falsafah_m/s 62_MAC 2009

No comments: