♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Thursday, May 27, 2010

JANGAN KATA BEGITU...


JANGAN KATA BEGITU...

Kesibukan menyemak kertas peperiksaan menyebabkan aku meninggalkan telefon bimbit ku di rumah guru. Tambahan pula bateri telefon bimbit agak lemah dan perlu dicas. Hari Khamis biasanya hanya dua masa aku berada di kelas (8.20 -9.20 pagi). Namun banyak masa ku habiskan di bilik guru untuk menyambung semula semakan kertas peperiksaan untuk kelas 4B.

Atas urusan lain, barulah tergerak langkah ku kembali ke rumah guru ku. Ku jenguk seketika telefon bimbit ku. Iya....ada satu mesej yang sudah dihantar beberapa jam lalu. "saya minta tolong lagi da sama kau, saya mau pinjam duit 300.00...." demikian sebahagian ayat dari penghantar mesej yang sememangnya amat ku senangi selama ini.

"Ermm....amacam ya....di kampung halaman juga telah memesan agar aku memberikan sejumlah wang untuk urusan tertentu...dan nilainya 1k. Aduhhhhhhhhhh...mana dulu yang perlu didahulukan. Jumlah 1k itu banyak...dan masih banyak yang perlu aku sendiri perlu lunaskan. Selebihnya untuk perbelanjaan makan ku adik bradik serta tambang buat adik ku yang sedang menjalankan praktikal di makmal Hospital Keningau. Mungkin aku perlu tangguhkan dulu permintaan tersebut." Aku mula memikirkan mana satu yang perlu didahulukan.

"Dulu dipinjam 400. Kemudian 300. Sekarang mau pinjam lagi 300. Semuanya menjankau 1k. Untuk dikembalikan??? Tentu tak pasti lagi kerana aku tahu sumber ekonomi mereka (pengirim sms) sememangnya susah." hati ku disuntik sikap berkira.

"Balik-balik mau pinjam..." suara hati ku mula merungut. Rungutan itu menginagtkan aku pada seseorang yang juga meminjam duit ku sebanyak 800 beberapa bulan lepas, dan aku tahu pihak tersebut juga belum tentu dapat membayarnya semula.

"Astagfirullah. JANGAN KATA BEGITU... Kau adalah orang yang terpilih dah bertuah kerana diberi peluang mendapat kerja yang baik. Maka itu, kau adalah harapan buat mereka. Bersyukurlah....ini semua rezeki dari Tuhan dan ambillah peluang ini untuk berbakti dan membantu saudara-saudara mu sementara berpeluang." Ada suara lain di hati ku menyelinap masuk menampar keangkuhan suara hati ku sebelum ini.

"Hurmm...." terluah jua keluhan berat yang bersesak di dada ku.

"Nasiblah ada juga pendapatan sampingan ku melalui latihan tempatan Askar Wataniah. Boleh juga membantu menampung perbelanjaan lain yang tak dijangka." sedikit ruang dihati ku terasa lega.

Dan aku mula mengiakan..."aku harus membantu mereka yang amat memerlukan selagi diri ku boleh. Semoga rezeki ini sentiasa dimurahkan" hati ku hanya berdoa yang terbaik.

"Semoga semuanya baik-baik saja."

3 comments:

Madil said...

baik sungguh hati mu Jelo. Kalau aku, huh... jangan harappp aq nak bagi pinjam jumla yg mcm tu bnyk.. hahaha

c.i said...

Salam..
Kadang-kadang ada ketikanya kita perlu berkira dalam bagi pinjam duit kat org ni..bila tgk sampai dah nak kali ketiga nak meminjam dan pinjaman yg lama belum dilunaskan lagi..elok la fikir semula. Tak salah nak bagi pinjam tapi fikirkan juga diri sendiri.

Hanya sekadar pendapat.

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

Madil: Entahlah Madil...dia saudara yang saya senangi dan hargai... :)

C.I: Ada kebenaran kata2 kamu. Cuma... kadang tak kuat hati ini utk katakan 'tidak'. Mungkin faktor pertalian saudara yang sangat dekat. Tambahan pula mereka pernah menjaga saya dengan baik waktu kecik2 dulu.