♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Wednesday, May 12, 2010

DI MANA KHUSYUK KU?


DI MANA KHUSYUK KU?

Agak lewat ku tunaikan Solat Maghrib sebentar tadi. Namun dapat dapat juga ku tunaikan kewajipan Solat Maghrib itu 15 minit sebelum masuk waktu Solat Isyak. Anak buah ku turut mengikuti langkahkah ku untuk bersolat dan sengaja ku sediakan sejadah kecil berwarna purple dibelah sejadah besar warna coklat milik ku.

"Nah...pakai ini?" kata anak buah ku sambil memegang kain telekung kecil milik adik bongsu ku.

"Tak payah...ni aunty Pah punya, ada sudah." kata ku sambil menunjukkan kain telekung ku.

Selepas sempurna memakai telekung, aku mengajak anak buah ku ikut solat. Seperti biasa, anak buah ku Mohd Mifdhal Ziyad akan mengangkat tangan seolah-olah takbir dan terus sujud. Hanya sekali perbuatan itu dan ia akan merangkak ke depan membelek-belek apa juga barang-barang dihadapannya.

Aku??

Aku tetap meneruskan solat ku. Namun khusyuk ku kadang tersasar seketika. Anak buah ku mencapai sesuatu di atas meja solek dihadapan sejadahnya. Dalam bacaan yang tak pasti sempurna atau tidak, sudut mata ku pula sempat memerhati gelagat anak buah ku.

"Aduh.....saat solat yang singkat ini, perhatian itu cuma satu, cuma untuk-NYA. Tapi kenapa fikiran ku masih memikirkan duniawi??" Hati ku serba salah. Namun aku tetap meneruskan solat ku hingga salam dan doa yang ringkas.

"Idal buat apa??" tegur ku pada anak buahku selepas selesai menunaikan Solat Maghrib.

"Idal pakai bedak. Cantik sudah Idal kan??" Jawabnya penuh tulus ikhlas sambil tersenyum hingga membuatkan matanya mengecil (sepet). Rupanya benda yang dibelek satu persatu, dibuka satu persatu dan disapu-sapu ke pipinya ialah bedak muka ku. Aku cuma tersenyum geli hati dengan gelagatnya. Terhibur seketika dengan telatahnya dan tak sampai hati melafazkan kata marah.



Sementara menunggu Solat Isyak, aku menyelesaikan tugas lain sambil mendengar irama nasyid Gema Nurani di Muzik Aktif yang bermula pada jam 7.00 malam hingga 8.00 malam. Solat Isyak juga agak lambat ku tunaikan, sekitar jam 7.45 malam, padahal Isyak masuk sekitar jam 7.31 malam pada hari ini. Ku akui sikap bertangguh ku ini masih terlalu liat untuk diubah.

Ketika menunaikan solat Isyak, anak buah ku sibuk berbual-bual dengan adik ku Anis di ruang tamu. Aku sendiri sedang menunaikan solat Isyak di dalam bilik. "Kali ini aku tidak perlu mengajak anak buah ku solat, lagipun dia sedang seronok bermain di ruang tamu" bisik ku.

Semasa menunaikan solat, langkah kecil kedengaran menghampiri pintu bilik ku.

"Aunty Irus..." jerit anak buah ku. Tidak suara berbalas dari adi ku Anis, rupanya adik ku sudah berada di bilik air. Dua orang adik bongsu ku pula, Nonow dan Cici masih belum balik dari mengaji di surau. Kesunyian menyebabkan anak buah ku sekali lagi menghampiri ku. "Kali ini aku cuba mempertahankan khusyuk ku. Apapun terjadi, biarlah. Aku mesti tunaikan solat ini dengan khusyuk terlebih dahulu." hati ku berbisik.

Anak buah selamba melintas dihadapan sejadah ku. Entah apa lagi yang dibuatnya di hadapan sejadah ku. Kali ini pandangan ku terarah terus di hamparan sejadah. Mengira rakaat berpandukan 4 kubah gambar masjid di hamparan sejadah.

Tiba-tiba sekeping biskut marie bergoleh diatas sejadah ku. Cobaan. Segera tangan kanan kecil anak buah ku mengutipnya. Anak buah ku duduk seketika sambil mengunyah biskut di hadapan sejadah ku. Sekelip mata saja, kedudukannya berubah lagi, berdiri semula diadapan sejadah ku. Entah apa lagi ulahnya kali ini. Aku masih cuba mempertahankan khusyuk ku.

"Tap...tap" bunyi hentakan kaki kanan anak buah ku betul-betul berada di hadapan tempat ku bersujud. Syukurlah kepala ku tidak dipijak. Bagai lagak kaki berkawad, sekali lagi kakinya dihentakkan. 'Ya Allah....aku hampir tergelak melihat kaki comelnya, mentang-mentanglah auntynya ni ikut latihan Askar Wataniah.' Segera ku tutup mata ku buat seketika dan tetap meneruskan solat ku.
'Entah apa yang cuba dilakukan oleh anak buah ku, minta perhatian barangkali' bisik hati ku.

Hampir selesai menunaikan solat, anak buah ku sudah melarikan diri, seolah-oleh menghindari diri dari dimarahi. Kebetulan pula adik ku Anis baru sahaja keluar dari bilik air dan dia menjadi sasaran anak buah ku untuk dijadikan teman bermain. Hatiku beristighfar. 'Apa sudah jadi dengan khusyuk ku dalam solat hari ini' bisik hati ku.

Senyuman kecil meleret dibibir ku dan kepala ku automatik mengeleng beberapa kali. "Iskkkk...terlalu banyak kekurangan dalam diri ini. Masih banyak yang perlu diperbaiki...masih banyak yang perlu dipelajari. Terasa ilmu ini terlalu sedikit hingga khusyuk pun sukar dipertahankan."

No comments: