♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Friday, May 7, 2010

PERISTIWA ITU BUAT AKU TRAUMA


PERISTIWA ITU BUAT AKU TRAUMA


Selepas selesai bersahur dan menunaikan solat Subuh, aku dan rakan ku adik Farah duduk bersantai di bilik sewa Segama, Kota Kinabalu. Haba yang panas menyebabkan tingkap bilik kami buka sedikit. Entah bila masa kami terlelap kembali, aku tidak menyedarinya.

"krak...krak..." sayup-sayup bunyi batang paip jenis plastik yang dipasang besi cangkuk dimasukkan ke dalam bilik melalui cermin tingkap bilik. Aku langsung tak menyedarinya.

"Woiiii" kata adik Farah sambil menendang batang paip tersebut. Ketika itu batang paip sudah hampir mencecah beg tangan yang mengandungi dompet ku. Kata adik Farah, dia sempat melihat tangan kecil berkulit gelap memegang batang paip tersebut. Kanak-kanak PTI barangkali.

"Woi...woi..." jerit ku kerana terkejut dan sangat panik melihat sebatang paip panjang melewati pembaringan ku. Hujungnya yang hampir mencecah beg tangan ku betul-betul membuatkan aku sangat risau. Tambahan pula aku baru kehilangan Kad Pengenalan beberapa bulan lepas. Jeritan ku disertakan tendangan kaki kanan bertubi-tubi dari atas ke bawah seolah-oleh ingin mematahkan batang paip tersebut. Tiada hasilnya, malahan kaki kiri ku terluka disebabkan bergesel dengan batang paip tersebut.

Rupanya perlakuan ku hanya diperhatikan oleh adik Farah. Pencuri yang cuba mencuri sudah beberapa minit melarikan diri. "Heeee" adik Farah akhirnya ketawa terbahak-bahak melihat telatah ku. Aku hanya terkebil kebil...tersenyum sendiri pula.


Kejadian tersebuat buat kami tidak tidur lagi. Malah tingkap segera di tutup. Kejadian itu benar-benar membuatkan jantung ku berdegup kencang. Kesannya, aku pernah melompat bangun dari tidur yang nyenyak kerana terkejut melihat cahaya dari luar, sangat bimbang jika tingkap lupa ditutup dan pencuri datang lagi.

Kini semuanya tinggal memori. Memori ku bersama adik Farah yang menyewa di sebuah bilik bagunan atas kedai Segama Kota Kinabalu Sabah pada tahun 2007. Hani, rakan rumah sewa juga juga dalam kenangan, kami tinggal bersama selama setahun. Mereka berdua telah mewarnai saat aku cuba berdikari mencari rezeki di bandaraya utama negeri Sabah ini. Hanya kerja kerani bergaji sekitar RM600.00 - RM700.00 yang dapat ku perolehi walhal kelulusan ku ketika itu ialah Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kaunseling di Universiti Malaysia Sabah.


Walau hanya setahun tinggal bersama mereka berdua, banyak kenangan manis dan pahit kami tempuhi. Aku amat merindui persahabatan kami. Walau bangsa berbeza, aku berbangsa Dusun, Hani berbangsa Jawa (arwah bapa) + kadazan (ibu) dan adik Farah berbangsa Melayu Sarawak (bapa) + Bisaya Beaufort (ibu), kami bertiga selalu saling memahami. Khabar terkini ku terima dari Hani dan adik Farah, mereka akan melangsungkan perkahwinan pada tahun 2010 ini. Tahniah buat mereka, doaku semoga majlis tersebut berjalan lancar dan hidup berkeluarga melengkapkan lagi kebahagiaan diri masingp-masing. :)

No comments: