♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Wednesday, May 5, 2010

60 SAAT : ANTARA HUJAN & ROTAN


60 SAAT : ANTARA HUJAN & ROTAN


Sekitar jam 3.00 petang, angin bertiup diiringi hujan renyai di luar rumah menyebabkan aku bergegas mengutip kain di ampaian ruang kali lima. Cuaca redup ditambah letih meneroka internet memyebabkan mata ku memerlukan rehat. Maka, segera ku ikut jejak anak buah ku Mifdhal Ziyad yang sedang tidur lena di ruang tamu.

Kelopak mata ku masih berat untuk dibuka sekitar jam 5.00 petang. Namun...kenakalan anak buah ku telah membantutkan keselesaan tidur ku. Jari telunjuk kecilnya sengaja di sentuh-sentuh ke wajah ku.

"Eja MADU?" pintanya.

"M-A 'MA'.....D-U 'DU'....MADU" jawab ku dalam keadaan mata tertutup.

"Eja 'MAMA'...." katanya lagi.

Aku masih melayan karenahnya. Macam-macam lagi ejaan yang dipinta untuk dieja...'KAYU', 'ABAH', 'MATA' dan lain-lain. Sampai akhirnya, ku gagahi diri untuk melihat jam di dinding rumah. Sudah jam 5.30 petang. Pintu rumah terbuka sedikit. Di tepi pintu terdapat beg biru dan merah kepunyaan dua orang adik bongsu ku.

Perlahan-lahan aku bangun. "Mana dua orang adik saya ni, sekitar jam 5.30 petang mereka mesti mandi untuk bersiap pergi mengaji di surau." aku mula mencari jejak mereka. Aku segera meninjau ke luar. Mereka tidak bermain basikal dengan jiran sebelah seperti kebiasaan yang dilakukan sebelum ni. "Dua hari lepas, dorang main di taman permaina Pra Sekolah, mesti dorang disana" aku mula membuat andaian.

"Idal...mari pakai selipar...kita cari dorang Cici. Mau rotan dorang ni, belum balik lagi. Dorang main di Pra Sekolah." Anak buah ku yang berumur genap 3 tahun bulan 15 Mei 2010 ini cepat faham. Selesai memakai tudung, aku segera keluar rumah. Aku sengaja membawa rotan (rotan berupa penggulung pembalut plastik buku berwarna putih). Anak buah ku sudah berlari-lari anak menuju ke arah Pra Sekolah, kira-kira 50 meter dari kuarters guru ku.

"Cici...Nonow...balik.....gelap sudah" jerit anak buah ku.

Dari mana ayat yang dipelajari anak buah ku...aku tak tahu. Yang pasti aku tersenyum riang dengan kelancaran kata-katanya dan semangat yang ada dalam dirinya. Aku mengekori anak buah ku dari belakang. Jeritan comelnya masih tidak dipedulikan oleh dua orang adik ku yang leka bermain dengan 3 orang jiran rumah yang sebaya umur dengan mereka.

Dalam 20 langkah menghampiri taman permainan, adik lelaki dan adik perempuan ku segera keluar dari taman dan berlari-lari anak untuk balik ke rumah. Tiada sepatah kata dari mulut ku mahupun dari mulut mereka, malah mereka terus melarikan diri untuk balik ke rumah. Seolah-olah sebatang 'rotan' itu telah memberi jawapan kepada mereka. Aku pula hanya memandang dan mengekori mereka. Anak buah ku sendiri sudah berlari anak mengekori larian adik-adik ku.

Jika di ikutkan hati...mahu saja dirotan punggung mereka. Mujur mereka sangat memahami dan bertindak cepat untuk pulang. Baru sahaja aku menukar arah untuk mengekori langkah mereka...tiba-tiba hujan mula turun. "Alamak...hujan...." minda ku segera mengabaikan situasi tadi. Kini fikiran lebih terarah untuk memepercepatkan langkah agar tidak basah kuyup disirami hujan yang mula turun. Aku segera berlari-lari anak mengejar langkah adik-adik ku dan cuba mengawal larian anak buah ku agar tidak terjatuh. "Cepat Idal...hujan turun..." aku memberi semangat buat anak buah ku untuk terus berlari hingga sampai ke kuarters.

Tiba di rumah, adik-adik ku kini bergilir-gilir mandi. Aku pula meneruskan kerja lain tanpa memikirkan lagi situasi tadi. Seolah-olah...perisiwa tadi adalah berlari untuk menyelamatkah diri dari hujan sahaja. ;)

No comments: