♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Tuesday, May 25, 2010

PENCARIAN CINTA


PENCARIAN CINTA

Jika hati kita sakit, maka tahajudlah pengubatnya.
Jika hati kita letih, maka tahajudlah pengubatnya.
Jika hati kita malas, maka tahajudlah pengubatnya.

Umpama set bijiran sihat, dalam tahajud mengandungi 'pelbagai vitamin' untuk menyihatkan hati.

Jika hati sihat, maka badan pun sihat, kepada ALLAH sentiasa di ingat.
Jika hati sakit, maka badan pun sakit, amal menjadi sikit.
Lantas, diri mudah menjadi berputus asa dan memandang segalanya pada satu sudut sahaja.

Nikmatnya bertahajud, sama seperti merasai nikmatnya kemanisan Iman. Jangan dilupa bahawa tahajud juga mendekatkan kita dengan Tuhan.

Menjadi PENGUAT hati tatkala resah. Menjadi PENGUAT diri tatkala lemah.
Jika tidak, masakan Nabi dan sahabat-sahabat dahulu mampu bertahan, biarpun dicemuh, biarpun dihina, biarpun dianggap asing. Mereka rajin bangkit di sepertiga malam, sebengis-bengis UMAR AL-KHATAB, dia menangis tatkala mengadu pada ALLAH di sepertiga malam.

Tahajud jadikan amalan. Di sepertiga malam, merayulah pada Tuhan.

Beruntunglah bagi sesiapa sahaja yang berjaya dalam pencarian cinta itu, mencari secebis cinta di penghujung malam, dan merugilah bagi sesiapa yang mengabaikan keistimewaan itu lantaran duniawi ini baginya kelam.
Bold
Doakan agar kita berjaya mencicip kembali nikmat itu!

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka kerana keimanannya, di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam syurga yang penuh kenikmatan. (Yunus : 9)

Dunia terasa indah biarpun diri dicerca.. hati berasa tenang biarpun diri dihina.. kerana diri ada ALLAH.

Hidup ini indah.. jika segalanya kerana ALLAH.. Yakinlah..Tahajud pengubat hati nan lara.
Bangkitlah.. bersujud di malam gelita..damba kasih dari pencipta... biarlah menitis airmata.. mengenang segala dosa.

Nota: Dipetik dari nota sahabat ku Suci Salsabila di Facebook. TQvm Suci. Ada sesuatu yang ku pelajari mengenai pencarian CINTA ini. :)

No comments: