♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Tuesday, June 1, 2010

RINDU MAHU MAKAN "TUHAU"


RINDU MAHU MAKAN "TUHAU"


Bunyi mesej berdering di telefon ku.


"Mau tanya Tuhau tu dibuat dari apa ya?" kata sahabat sekelas ku di UMS, Mardiana.


Mardiana merupakan rakan sepengajianku (Psikologi Kaunseling) semasa belajar 3 tahun di UMS. Dia berasal dari Tawau dan berbangsa Bugis. Aku sendidri berbangsa Dusun. "Tuhau" yang ditanya adalah salah satu makanan tradisional suku kaum Dusun seperti ku. Semasa belajar di UMS dulu aku juga pernah menggunakan tajuk 'Tuhau' sebagai assigmnent tugasan ku.


"Oh, dari sejenis tumbuhan yang masih muda jak ba tu. Ditumbuk/dihiris halus. Campur cili padi, air limau/cuka, garam, ajinamoto/gula. Boleh gak campur belacan. Sedap..." demikian aku membalas mesejnya.


Aku mula membayangkan ketika aku memproses Tuhau sebelum ini. Semasa majlis kahwin kakak ku Norhafiza, aku sempat memproses Tuhau. Malang, aku sendiri tak sempat merasanya kerana kesibukan menyediakan hidangan. Apapun pun aku bila-bila masa saja dapat menyediakan Tuhau ini disebabkan Tuhau masih boleh dibeli di Pasar Malam atau diambil dari kebun ayah ku.


Dalam diam aku memendamkan keinginan ku, rupanya adik ku Anis juga teringin untuk memakan Tuhau setelah melihat gambar Tuhau. Satu lagi pelajaran ku perolehi dari hubungkait melihat, mendengar, mengimaginasi Tuhau terhadap keinginan untuk makan Tuhau. Andai tiada perbincangan mengenai Tuhau, pastinya aku tidak teringat akan Tuhau dan aku tak akan mencari Tuhau. "Ermm...terliur dibuatnya."


"Rindu mau makan Tuhau.." jauh disudut hati ku sudah menterjemahkan keinginan ku. Rupanya adik ku Anis juga serupa, rindu mahu makan Tuhau.


"Nantilah kita pergi cari di Pasar Malam." aku sudah berangan-angan dengan adik ku. Heee. ;)

4 comments:

Anonymous said...

terliur la pulak..makanan fav sy tu..tuhau..bosou yg banyak tuhau pun sedap!

Jalifah Muhamin said...

Heee...kita serupa...huhuhu. Ada jua pula kawan sy pandai makan tuhau & bosou...heee. :D

Anonymous said...

tuhau ni buat dari batang pokok bunga kantan ka?\

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

OOo...tidak. Bunga kantan dan Tuhau ni berbeza. Nanti suatu hari nanti kamu akan tahu, asal saja kamu rajim mencari maklumat tentang Tuhau dan Kantan. Heee...terima kasih singgah bertanya. ^_^