♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Wednesday, June 16, 2010

BICARA MAMA

BICARA MAMA

15.06.2010 (Selasa)_5.00 petang - 8.00 malam.

Setelah sekian lama tidak pulang ke kampung Penagatan Ulu...akhirnya aku mencari ruang waktu juga untuk membawa diri pulang menjenguk ibubapa ku di kampung. Kesibukan hujung minggu mengikuti latihan Askar Wataniah menyebabkan aku tidak dapat meluangkan masa bersama ibubapa ku di kampung sejak bulan Mac lalu. Kadang-kadang tuntutan tugas kerja sekolah juga salah salah satu faktor aku terus duduk di rumah guru untuk menyiapkan tugasan yang ada.

Sekitar jam 4.30 petang aku tiba di hadapan kedai runcit kecil milik ibubapa ku. Perjalanan kali ini dipermudahkan bila rakan ku Noorefayanteh, Ruzalahwati dan Faizal (adik Noorefayanteh) menawarkan diri menghantar aku pulang ke Kampung Penagatan Ulu. Sebelum bergerak untuk balik, kami telah menghabiskan masa hampir 3 jam berbual dan makan tengahari di Restoran Sri Keningau. Banyak cerita yang kami kongsikan apatah lagi kami semua belum lagi terikat dengan tanggungjawab rumahtangga seperti kebanyakan rakan sebaya kami.

Kereta Virgo yang dipandu teman ku Noorefayanteh di parking beberapa langkah dari depan kedai runcit ibu ku. Kedai runcit tersebut melindungi ruang hadapan rumah kami. Dari jauh kelihatan ibuku sedang berbual dengan rakannya Ustazah Julitah dan makcik Kamsiah. Sempat ku kenalkan mereka dengan rakan-rakan ku Yante (Noorefayanteh) dan Ujie (Ruzailahwati). Hanya seketika mereka berbual dan selepas meminta diri untuk pulang...aku menghantar pandangan ku hingga kelibat virgo yang dipandu hilang dari simpang jalan.

Selepas berbual sebentar dengan ibu ku dan makcik Kamsiah, aku membawa diri masuk ke rumah. Melihat barisan gambar yang tergantung di ruang tamu. Sempat bersalam dengan Kak Juhasia yang sibuk melayan karenah anak lelakinya. Kemudian aku naik ke ruang atas rumah pula melihat adik lelaki ku Adey Aizul yang sibuk mendengar lagu dan berbual dengan dua orang rakannya. Aku sempat bertanya persiapannya untuk menghadapai STPM pada November tahun 2010 ni.

Entah kenapa tergerak pula hati ku meninjau bilik adik ku Masnijah yang terbuka luas, rindu barangkali bercerita dengannya. Aku baring di katilnya dan membuang pandangan di setiap sudut ruang bilik adik ku. Aku terlihat buku tebal di dalam almari adik ku. Segera ku bangkit dan mengambil buku tebal tersebut.

"Tafsir Quran Al-Karim, 30 Juzu, Prof. Dr. H. Mahmud Yunus".

Segera ku selidik pemilik buku, dan tertulis nama kakak ku Norhafizah. Dibawah nama kakak ku tertulis pula nama adik ku Anis (5B). Barangkali adik ku Anis pernah menggunakan Tafsir Quran Al-Karim ini semasa bersekolah di SEMEKAR (Sekolah Agama Ranau). Tulisan pada tafsir quran ini agak besar dan aku tertarik untuk membaca tafsiran Surah Al-Waaqi'ah. Baru ku tahu surah Al-Waaqi'ah itu menceritakan tentang "Peristiwa Kiamat".

Leka membaca, ibu ku datang menjenguk ku. Senyuman kami berbalas.

"Mari turun makan", ajak ibu ku.

"Kejap, saya baca ni dulu." Aku menjawab sambil tersenyum.

"Oh ya...mak, ada mama kasi doa untuk saya dan dia"... (aku menyebut nama seseorang yang pernah ku ceritakan dengannya sebelum ini). Entah kenapa soalan itu yang keluar di bibir ku. Aku menyambung pula dengan mempamerkan reaksi wajah ku yang sedang tersenyum nakal pada ibu ku.

"Iskk...buat apa lagi ko harap dia tu? Saya rasa dia tidak suka kamu tu. Kalau dia suka kau, lama sudah dia tanya kau tu. Tengok...kamu lama sudah berkawan tapi tiada apa-apa pun kan? " Ibu ku memberikan soalah di hujung jawapan.

"Baru setahun ba..." aku menjawab agak perlahan diiringi senyuman tawar.

Idea untuk meminta doa dari ibubapa aku pelajari dari saranan Dato Dr Fadzilah Kamsah. "Doa ibubapa makbul. Minta ibubapa doakan anda" itu ayat yang terngiang-ngiang di telinga ku ketika aku mendengar ceramahnya di televisyen. Itu salah satu sebab aku cuba untuk berkongsi cerita dengan ibubapa ku dan minta agar mereka juga mendoakan yang baik buat diri ku. Bicara mama yang ringkas sebenarnaya telah membuatkan fikiran ku mula melayang. Bicara mama singkat....namun bicara sesingkat itu membuatkan aku terus berfikir dan menganalisa di mana kebenarannya. Aku terdiam lagi. Suasana diam.

"Tiada orang lain ka yang mahu dekat kau?" giliran ibu ku pula bertanya.
"Ada. Tapi orang jauh. Mama mau orang jauh ka? Nanti saya kena ikut dia pergi jauh?" Giliran ku pula memberikan jawapan yang diakhiri dengan persoalan.

"Isk...tidak semestinya. Boleh tinggal di Keningau juga ba. Tengok si M (ibuku menyebut nama seseorang). Laki dia orang Semporna, tapi laki dia buat rumah di kampung si M. Diorang tinggal di Kg Bomboi, Keningau." ibu ku memberikan jawapan, mungkin sekadar untuk menyenangkan hati ku.

Tiada lagi kata-kata ku dan tiada lagi bicara dari mama. Kesepian tersebuat membuatkan ibuku mahu beredar turun ke bawah rumah. Hanya senyuman ku berikan sambil memerhatikan lagkah ibu ku yang mula menapak meninggalkan diri ku bersendirian. Fikiran ku mula menimbang kebenaran kata-kata ibu ku. Andai benar sangkaan ibu ku bahawa orang satu daerah yang kuharapkan itu betul-betul tidak menyukai ku (tidak menunjukkan reaksi 'suka' dan berterus terang ), bermakna aku kena belajar menerima keadaan itu dan membuka ruang untuk orang lain pula.

Diary Abstrak Seorang Pencinta_LeyFah82

No comments: