♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Tuesday, June 22, 2010

APA YANG AKU MAHU SEBENARNYA?


APA YANG AKU MAHU SEBENARNYA?


"Jalifah...boleh minta gambar kamu" pinta kak R.
"Untuk apa kak?" kata ku.

"Adalah..." jawab kak R sambil tersenyum.

"Gambar ramai-ramai ada kak" aku menjawab sambil tersenyum.

Itu pertanyaan sebulan lepas. Sebentar tadi lain pula ceritanya.

"Boleh saya ambil gambar kamu?" kata kak R sambil menengangkat telefon bimbitnya.

"Boleh saja. Tapi muka saya berminyak ni." aku cuba berdalih.

"Tak apa..." kata kak R.

Aku berdiri berhampiran dinding. Sengaja mengangkat tangan kiri dan kanan seolah-olah aksi angkat berat. Kebetulan hari ini hari Rabu persekolahan, aku memakai uniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) berwarna hijau. "Incredible hulk kak...." kata ku.

Tak cukup dengan itu aku sengaja buat-buat gaya bersantai dengan mengangkat siku ke dinding. Kak R tak kering gusi melihat gelagat ku. "Ha..ha..ha..." aku ketawa kecil. Gembira rasanya melihat kak R tertawa.

Di akhirnya aku bergambar jua dalam keadaan sederhana.....tiada aksi, sekadar berdiri di dinding sambil tersenyum untuk tidak menghampakan permintaan kak R. Selepas bergambar, kak R mengajak ku bebual seketika di sofa.

"Ada dua tiga orang ba mau bertanya ni." kak R memulakan bicara.

"Betul ka ko ada sudah kawan...yang special la" tanya kak R.

Fikiran ku mula membina pelbagai jawapan. Sama ada memberi jawapan menipu untuk berdalih atau berterus terang. Antara bohong dan benar.

"Yang betul-betul la...jujur.." Kak R menambah sambil tersenyum menanti. Seolah-olah tahu apa difikiran ku.

Aku merenung seketika wajah kak R. "Tak sampai hati pula menipu. Biarlah terus terang saja la" hatiku berbisik.

"Ermm...belum ada lagi kak. Tapi banyak juga la kawan-kawan." Aku memberi jawapan sebenar disamping memberikan jawapan yang tiada harapan. (Heee...kenapa aku begini ya?).

"Oh...tanya saja ba." kata kak R.

"Kalau kamu, kamu suka orang yang macam mana ya?" kak R bertanya lagi.

Terasa berat juga untuk ku menjawab. Tapi sampai bila aku membiarkan persoalan itu...mungkin kak R akan juga bertanya di hari lain. "Ermmm...yang ada kerja tetap....sembahyang 5 waktu..." itu saja jawapan yang terluah di bibir ku.

Aku teringat status FB sahabat ku Suci pada 19 Jun 2010 yang berbunyi:

"Pesan Abu Hurairah r.a. kepada puterinya: 'Pilihlah bakal suamimu orang yang bertaqwa kerana jika dia suka kepadamu, dia mendoakan kebaikan untukmu. Jika dia tidak menyenangimu, dia tidak akan berlaku zalim terhadapmu."

"Tak apa...kalau sembahyang tu boleh di didik ba kan." kata kak R.

"Bleh juga la. Cuma saya sendiri pun baru belajar." kata ku cuba mengoyahkan harapan yang ada. (Wah....ehehhehe...apa jadi dengan saya sebenarnya?)

Kak R tersenyum. "Yang sorang tu kerja sendiri. Ada yang satu lagi kerja askar. Yang satu tu tak payah la....dia mudah marah...kasihan orang baik macam kamu." kak R mengulas watak-watak beberapa orang yang mungkin mahu diperkenalkan.

Aku sekadar senyum. Sebolehnya mengelak daripada mengulas apa-apa.
Teringat pula dengan Kak A. Bulan Januari lepas, soalan yang sama di ajukan oleh Kak A buat ku untuk dipadankan dengan anak lelakinya yang berkerja sebagai askar. Namun aku cepat berdalih kononya aku sudah punya teman istimewa.
"Kerja askar ok juga, cuma aku tak punya keyakinan orang yang berkerja askar hasil dari cerita-cerita pengalaman orang lain." Hati ku berbicara sendirian. (Entah...apa yang aku mahu sebenarnya...?).
"Heee...biarlah masa dan takdir menentukannya. Ya Allah...permudahkanlah aku bertemu dengan jodoh ku. dan permudahkanlah aku menyatukan hati ku dengan hati jodoh ku yang sebenar."
Ermm..menyatukan dua hati itu sukar pula yerrr...heee. :)
Diary Abstrak Seorang Pencinta_23.06.2010 (Rabu)_1.00 petang.

No comments: