♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Saturday, June 26, 2010

MUSUH TAK NAMPAK

MUSUH TAK NAMPAK


Leka menonton rancangan 106 Astro Oasis, aku tertarik dengan kata-kata seorang lelaki mualaf yang ditebual di rancangan Sehiris Peria Secawan Madu.


"Saya ternampak dua org lelaki mengejar saya dengan parang. Dalam ketakutan bersembunyi, saya membaca ayat rumi yang ditulis oleh girlfriend (beragama islam) iaitu ayat ke-9, Surah Yasin. Dua orang lelaki bersenjata langsung tak melihat saya."


Itu antara ayat yang sempat ku ingat dari televisyen. Segera ku buka tafsir A-Quran yang ku bawa dari Kg Penagatan Ulu milik kak Norhafizah, membaca tafsiran bagi ayat ke 9 surah Yaasin.


"Dan kami adakan satu tutup di hadapan mereka dan satu tutup dibelkangnya, lalu kami tutup mata mereka, sehingga mereka tiada melihat (suatu apapun)." Surah Yaasin, ayat 9.


"Wah...hebat sungguh ayat ni. Dibaca seorang lelaki yang belum memeluk agama Islam. Dibaca dengan yakin....dan Allah mengabulkan bacaannya. Sungguh Allah juga tempat kita berlindung." hatiku berbisik.


Aku masih kurang berpuas hati dan mencari maklumat di ruang internet mengenai kelebihan ayat ke 9 surah Yaasin ini. Dan ku temui ayat ini:


Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.


Betapa ayat-ayat Al-Quran ini banyak manfaatnya. Boleh dijadikan pelindung diri dan boleh juga diamalkan untuk sembuh dari penyakit. Seperti dalam ayat Surah Yaasin ke 35:


Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.


Kata sumber penulis-Afifzahrah: Amat mujarab buat sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik, I've practiced this method subhanallah, effective.

Nota: Pada saya....banyak kelebihan yang akan diperolehi sekiranya kita cuba menyelami...mendekati dan menghayati setiap ayat yang di turunkan dalam Al-Quran. Masih banyak yang saya tak ketahui. Selepas ini akan cuba mencari sedikit demi sedikit info untuk menambahkan pengetahuan yang ada disamping dapat berkongsi ilmu dengan teman-teman. :)

No comments: