♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Tuesday, May 25, 2010

CARI PASANGAN TAK MEROKOK...


CARI PASANGAN TAK MEROKOK...

Mufti Perlis (Bekas) Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.

Ini atas beberapa ALASAN;

1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.

2. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.

3. Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.

4. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.

5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka Suci menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan di masa hadapan.

Sumber: http://drmaza.com/home/

Nota: Info ni saya dapat dari nota Facebook Suci. Ada sesuatu yang bermanfaat boleh dikongsi bersama. :)

Kata Suci: Ini artikel menarik yang Suci baca dari blog Dr MAZA. Tentang pemilihan pasangan yang tidak merokok. Coretan ini sekadar pandangan dari beliau. Orang lain mungkin berpandangan lain.. terutama bagi lelaki merokok, mesti ada rasa tak puas hati kan? ;)

4 comments:

najihah said...

saya setuju dan impian saya sebenarnya utk bersuamikan lelaki yg bukan perokok..

lelaki perokok tak ikut maqasid syariah~ menjaga nyawa..
kalau asas ini pun tidak boleh dijaga,bagaimana hendak menjaga rumah tangga?

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

Iya...setuju gak dengan kamu. InsyaAllah...semoga jodoh kita seorang yang tak merokok dan menghargai nyawa. ;)

c.i said...

Salam..

Doakan sentiasa agar Allah kurniakan pasangan terbaik untuk anda. Namun, jangan anti atau benci sangat pada lelaki merokok kerana jika Allah tetapkan jodoh anda seorang perokok, bagaimana?

Untuk Tukang kata : Tidak semestinya seorang perokok tidak mampu menjaga rumah tangga. Jangan menilai seseorang hanya berdasarkan satu aspek sahaja.

Sekadar pandangan seorang perokok.

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

C.I: Ada benarnya kata2 kamu. Dan biasanya apa yang kita kata/lafazkan selalu "DIUJI" semula buat diri kita. Apapun semoga ada cara penyelesaian yang terbaik buat diri masing2. :D