♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Tuesday, April 27, 2010

MARAH MARAH SAYANG

MARAH MARAH SAYANG

Malam itu adik bongsu ku merintih sesak nafas.

"Nah...sapa suruh makan manis jak. Tengok...hemo-hemo sudah" aku sengaja tidak mempamerkan risau ku...malah cuba menyalahkan diri adik ku itu.

'Hemo-hemo' pula ada gelaran pada kesesakan nafas yang dialami oleh adik bongsu ku. Menurut cerita adik Anis di Facebook ---> "kak ipa: hahahhaaa..lucu dlu c nanau nangis2 pasal sakit dada..pas kena pujuk trus diam sekejap..pastu tba2 dia datg g tpt kmi sambil ckp.."hemo hemo" hahahhaha..sudahla suara dia bonsongon (tersumbat) + trcungap-cungap masa tu..hehhee..nanau2..moga cpt sembuh..hehee."

26 April 2010 (Isnin), aku menerima berita daripada dua orang murid sekolah.

"Cikgu, si Ainul sakit jantung tadi" lapor mereka.

"Iya...nanti cikgu cari dia" kata ku memberi jawapan agak selamba, walhal dalam hati ku agak risau jua menerima laporan ke dua dari murid ku. Namun tindakan ku mencari adik ku tidak kesampaian kerana hal-hal lain yang perlu diuruskan.

Sekitar jam 12.40 tengahari, sesi persekolahan habis. Adik ku, Ainul Badriyah muncul dihadapan pintu rumah guru ku.

"Ko sakit ka?" tanya ku.
"Iya...sakit jantung saya" kata adik ku. Aku melihat wajahnya yang kelihatan agak lemah. Tak pa, petang ini aku akan membawa adik ku untuk mendapatkan rawatan di klinik Dr Junainah seperti yang dipesan oleh kakak ke Norhafizah. Sekitar jam 2.00 petang kami bergerak menaiki bas mini. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit dari simpang Kg Merampong hingga ke pekan Keninagau dengan menaiki bas mini. Dalam perjalanan menaiki bas mini kami berdua sempat terlelap. Sekitar 2.30 petang kami tiba ke destinasi. Baru dua tiga langkah meninggalkan bas mini tadi, aku merasakan tempias sejuk di belakang kaki kiri ku, padahal cuaca sangat panas dan mana mungkin ada lopak air di jalan.

Aku segera menoleh ke belakang, rupanya adik ku baru sahaja muntah cecair berwarna putih kecoklatan, air susu coklat dari sekolah barangkali. "Alamak...napa dia muntah plak ni?" Aku tertanya-tanya plak situasi dirinya. "Demam selesma boleh muntah plak" aku masih tertanya-tanya dalam hati. Segera ku cari tisu dalam beg. "Laaaa...lama dah saya tak beli tisu", hati ku berbisik lagi. Aku masih mencari...ada juga ku temui sehelai tisu...mungkin lebihan simpanan dari restoran yang sempat ku singgahi sebelum ini.

Mujur muntah adik ku tidak terkena pada pakainnya. Hanya mulut dah hidung saja yang perlu dibersihkan. Setelah memasang payung, barulah aku memimpin tangan adik ku berjalan. Padahal sebelum berlaku peristiwa muntah tadi...aku biarkan dia mengekori ku melangkah dari belakang. "Tiada manja-manja, mentang-mentang anak bongsu, hikhik" aku selalu saja cuba untuk tidak memanjakan adik ku ini.

Setibanya di ruang klinik Dr Junainah Amin di Tingkat 1, aku segera mendafarkan adik ku. Selalunya proses mendapatkan rawatan berjalan dengan cepat. Cuma kali ini agak ramai pesakit yang hadir mendapatkan rawatan. Antara yang ku temui, bekas guru ku dulu di SMK Keningau 1, Ustazah Kartini Hamzah, kakak kepada sahabat ku Samiatun Hamzah. Aku turut menemui rakan pendidik d SK Liau, Kak Maria yang mengalami alahan mengandung dua bulan. Sempat pula aku bercerita dengan penduduk sekampung, pak cik Saidin yang kebetulan mempunyai urusan dengan Dr Junainah.

Keluarga Dr Junainah Amin sebelah ibu khabarnya mempunyai pertalian saudara dengan ayah ku. Nenek Dr Junainah merupakan adik beradik dengan moyang sebelah ayah ku, itu pun jika aku tak silap memahami cerita mengenai pertalian persaudaraan kami. Perbualan kami agak mesra setiap kali mendapatkan rawatan. Dan aku amat berbangga menemui doktor tempatan yang berbangsa Dusun/Kadazan.


Semasa adik ku berada di bilik rawatan untuk mencuci pernafasan, aku sempat menceritakan keadaan adik ku yang termuntah selepas turun dari bas. Pada saya, mungkin adik ku mengalami mabuk naik bas. Tapi tidak pada kepakaran Dr Junainah. Katanya, adik ku mengalami muntah disebabkan kekurangan udara masuk ke dalam badan. Keresaha segera meresap dalam sanubari ku. Menyesal pula memperlekehkan kesihatan adik ku sebelum ini. Malan Dr Junainah yang lebih mesra ku panggil "kak" mengingatkan aku agar jangan pandang ringan terhadap simptom sakit yang dialami oleh adik ku.
Selesai mendapatkan rawatan, aku mendapatkan ubat sakit 'asma' atau panggilan sakit 'ampus' bagi ibubapa ku. RM 65.00 untuk jenis ubat iaitu ubat sembur asma dan dua botol ubat cecair untuk sakit asma. Urusan mendapatkan rawatan selesai sekitar jam 4.00 petang. Aku sebenarnya mempunyai urusan lain iaitu membayar bil astro dan bil streamyx. Dengan kelebihan langkah kaki ku yang suka berjalan laju seperti dikejar pencuri, aku sempat menyelesaikan urusan bayaran tersebut di kaunter Telekom dan mesin Public Bank yang berdekatan. Itupun setelah bertuah menemui Kak Rosmi (kerani sekolah yang juga merupakan jiran quarters sekolah) yang kebetulan berada di pejabat pos. Aku tinggalkan seketika adik ku bersamanya demi mempercepatkan urusan ku. Syukur....urusan dipermudahkan jua.

Dalam MARAH... sebenarnya ada SAYANG yang tak terhingga. Tetapi selalu sahaja ku sembunyikan sayang itu dengan niat mendidik mereka agar lebih bedikari. Semoga adik ku beroleh kesembuhan. Aminnnn. :)

4 comments:

Unknown said...

salam.
saya terpanggil mengulas selepas membaca n3 anda kali ini.Asma ( ampus) jika x di bendung dari kanak2 bila tetap menyerang kata orang. Cegah masa kanak2 lebih baik. Kawalan makanan. Pernah dengar sipirulina elken kah? inilah produk yang bantu dan izinNya anak saya afif yang pi MTQ hari itu..alhamdulillah masa 7 bulan hingg 6 tahun dia x henti kena..mujurlah guna produk ini.hingga sekarang kami penggunanya di samping produk lain.

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

W'salam Cg. TQ berkongsi pengalaman. Sangat bermakna buat saya. Kebetulan saya ahli dan pelenggan ELKEN spirulina skang. Kadang-kadang saya beri jua adik-adik spirulina ni. Muda2han ada manfaatnya juga kalau selalu bagi makan selepas ni. Patutlah anak2 cikgu bijak...makan makanan tambahan kesihatan pula. :)

Norgadis said...

Salam,
"marah marah sayang" tajuk yang menarik, moga adik saudari cepat sembuh...
Ada masanya kasih saya perlu dipamerkan sebelum terlambat. Mendisplinkan adik2 tu baik agar dia boleh belajar berdikari tetapi kasih sayang juga turut penting untuk meringankan derita sakit yang ditanggungnya...

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

Makasih ingatannya...tu la...insyaAllah..belum terlambat. Mungkin terlalu menganggap sakitnya tu biasa2 saja...rupanya sakit asma yang lama tiada khbr datang menyerang balik. Skang adik sy semakin baik...ermm..harap2 terus baik. :)