USAH BERAHSIA
Seorang penyair menulis sebuah puisi:
Ketika engkau tidak mampu melepaskan fikiran dari material,
Walaupun hanya sehari,
Maka jangan katakan bahawa engkau telah melepaskannya,
Tetapi katakanlah bahawa Allah akan selalu megawasi gerak-geriku.
Jangan sesekali menyangka bahawa Allah akan lalai,
dari pengawalan-Nya terhadap mu,
Walaupun hanya sekelip,
Dan tidak sesuatu pun yang kamu sembunyikan
luput daripada ilmu-Nya,
Kerana agi-Nya,
Tidak ada yang tersembunyi dan rahsia.
Apakah kamu tidak melihat bahawa hari ini sangat CEPAT BERLALU?
Sedangkan hari esok sangat DEKAT bagi mereka yang memang menantikannya.
INFO: Berzikir dengan nama Ar-Raqib dengan penuh keikhlasan hati, insyaAllah akan dijaga daripada bahaya yang akan menimpa harta peribadi dan keluarga.
Hadis & Falsafah_Majalah NUR_m/s 176_April 2010
No comments:
Post a Comment