"HIDUP ini sering diberi pilihan demi pilihan. Semoga tidak tersalah membuat KEPUTUSAN terhadap PILIHAN yang dipilih." :)
♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥
ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)
Qasidah Istighfar
Friday, April 2, 2010
DILEMA PLAN SAAT AKHIR
DILEMA PLAN SAAT AKHIR (02.04.2010_Jumaat)
Pagi itu persiapan tak selesai lagi...sedikit lagi akan siap semuanya. Ermm...akhirnya, selepas solat Zohor aku benar-benar sudah bersiap. Kebetulan rakan ku Mariani singgah bermalam dirumah guruku. Boleh gak minta tolong hantar ke terminal bas Tung Ma tuk perjalanan ke KK jam 4.00 petang ni. "Cantik la perancangan ni.....dipermudahkan urusan" detik hati ku. Jalan berhampiran gereja St Francis agak sesak ketika kami melalui jalan tersebut...mungkin disebabkan sambutan Good Friday pada hari ini. 'Biar lambat...asal sampai dengan selamat'.
Setibanya di terminal, tempahan bas jam 4.00 petang sudah penuh. Mujur 4.30 petang masih ada dan masih ada 1 jam untuk aku menunggu. Setelah berjabat salam dengan sahabat ku, aku menghantar pandangan mengekori hala kereta persona sahabat ku meninggalkan aku. Aku mengambil kesempatan minum di restoran Dreamland. Segelas air lemon tea pink / sejuk selalu menjadi pilihan ku. Selesai minum aku mengheret beg beroda warna hitam jenama Polo (ala-ala beg akademi fantasia) bersama ku ke kedai telefon berhampiran. Menghabiskan masa menukar housing telefon pula. Jam 4.05 petang, bas Tung Ma sudah sedia menerima penumpang. Beg ku sudah di simpan di rruang penyimpanan bas oleh seorang pekerja yang kelihatan bisu dan menggunakan isyarat tangan.
Tiba-tiba aku bagai dikejutkan sesuatu yang penting. Jauh tertinggal di rumah. "Aduhhhhhhh...macam mana ya?? 20 minit lagi bas akan bergerak." Aku tiba-tiba cemas seketika. Segera ku hubungi seseorang di seberang sana.
"Macam mana ya....surat tu tertinggal d rumah...bas Tung Ma mau jalan sudah ni?" kata ku.
"Alaaa..itu yang paling penting. Dan itu tujuan mau kau datang sini." Katanya.
BLANK........tak tau mahu buat apa. Telefon dihujung sana diputuskan sendiri oleh suara di seberang sana. 'Marah barangkali', aku membuat andaian sendiri.
"Aku tak boleh meneruskan perjalanan ini ke KK. Meneruskan bermakna akan melukakan hati si dia...akan menghancurkan harapan si dia...akan mengeruhkan lagi keadaan. Iya...'burn' tambang pun tak apalah" aku bermonolog sendiri.
Beberapa saat aku berdiri. Kehabisan idea, segera aku ke kaunter tiket bertanyakan perjalanan bas paling akhir dan info yang ku dapat bas akhir akan bergerak sekitar jalm 5.00 petang. Dua pekerja perempuan memandang kasihan kepada ku. Mungkin juga kerana wajah ku seperti wajah orang paling sedih...iskkk.
"Suruh orang rumah pos la?" Kata si gadis yang memberi ku tiket tadi.
"Tiada orang di rumah" jawab ku dan diam seketika.
('TING'.....tercetus idea baru). "Boleh ka tunggu saya pergi ambil barang kejap di Merampong...saya naik teksi la..." kata ku.
"Tak sempat...jauh ba tu Merampong. Masa tu bas mesti sudah jalan." Aku mengakui kebenaran kata-kata si gadis di kaunter sebelah kanan ku.
Dalam situasi aku keliru...si gadis disebelah kiri kaunter sudah mengembalikan wang RM13.00 kepada ku. "Ohh..boleh ambil balik duit juga ka...makasih la ya." Aku segera mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan mereka. Setahu ku...biasanya tambang tersebut akan dikira 'hangus' / tidak dikembalikan. Mungkin disebabkan rasa kasihan...tambang ku dikembalikan??? Apapun...ni kali pertama aku menerima pengembalian wang akibat tidak dapat menaiki bas yang dibooking.
"Perjalanan ke KK ini harus diteruskan...tapi wajib ambil surat tu dulu" tekad ku. Aku tidak menemui teksi berhampiran dan situasi itu membuatkan aku menarik beg beroda ku merentasi pekan Keningau dari terminal bas Tung Ma hingga ke parking teksi KK. Perjalanan hanya menggunakan kaki beralaskan kasut yang baru dibeli mengambil masa 20 minit. Terasa diri yang sibuk menarik beg beroda menjadi perhatian ramai....apa boleh buat. Ini saja yang dapat ku lakukan.
Tiba di kawasan terminal teksi. Beberapa pemandu berebut meluru kerah ku. "KK...KK" katanya. "Iya, ada ka yang lalu ikut Tambunan atau boleh singgah ambil barang dulu d Merampong?" Aku meminta kepastian. Namun dari raut wajah mereka...aku tahu tiada persetujuan...tiada kesanggupan. Mereka beransur meninggalkan diriku. Aku hanya mampu tersenyum sendiri.
Perjalanan ku teruskan lagi ke kawasan kereta sapu di depan pejabat pos. Sekali lagi aku jadi rebutan pada pemandu-pemandu yang mungkin tidak berlesen. Apapun...aku berusaha mencari wajah-wajah yang boleh dipercayai. Perjalanan kini meluncur laju ke destinasi. Hanya tinggal 20 minit untuk sampai jam 5.00 petang. Pastinya aku tidak mampu mengikuti perjalanan akhir bas Tung Ma.
Tiba di rumah guru, aku sempat mengerjakan solat Asar.Setelah mengambil surat yang tertinggal, aku segera mengunci rumah dan masuk ke dalam kereta kancil yang ku ikuti. Dalam perjalanan aku menerima soalan yang buat aku cuba berselindung dari jawapan sebenar.
"Suami kakak di mana?" tanya si pemandu.
"Jalan." jawabku ringkas. ('Boleh plak dia fikir saya dah kawen', hatiku berkata-kata.)
"Oh...dia bawa kereta la kan. Dia kerja di mana?" dia bertanya lagi.
"KK" jawab ku lagi.
Aku berharap tiada lagi soalan yang buat aku terus memberikan jawapan yang tidak benar. Mujurlah kini perhatian si pemandu disibukkan oleh pandangan ke arah jalan dan tiada lagi perbualan diantara kami. Kami tiba di di terminal bas mini ke Keningau-KK sekitar jam 5.15 petang. Aku segera menghulurkan tambang RM30.00 pada si pemandu tadi.
Kebetulan sebuah bas mini Keningau-KK baru sahaja merangkak memulakan perjalanan dan sempat ditahan untuk aku turut serta menaikinya. Aku segera menghulurkan tambang RM13.00 pada pemandu bas sebelum memulakan perjalanan. Penumpang hanya 5 orang termasuk diri ku dan aku satu-satunya jantina perempuan. Hanya tawakal dan doa ku bisikkan dalam hati semoga perjalanan ini tiba ke Kota Kinabalu dengan selamat.
Syukur...sekitar 7.30 malam aku tiba dengan selamat ke Kota Kinabalu. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment