♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Tuesday, April 13, 2010

LAYAK kAH AKU BERHARAP...



LAYAK KAH AKU BERHARAP....


Sekitar jam 11.40 pagi hingga 12.40 tengahari aku memasuki kelas Tahun 5B menggantikan masa seorang rakan ku yang terlibat dengan aktiviti luar sekolah. Masa sejam tersebut dikira dua masa, 30 minit + 30 minit. Aku tidak memberikan sebarang kerja melainkan memberi peluang pada murid ku menyiapkan kerja masing-masing. Aku sendiri sibuk menyemak latihan Pendidikan Sivik & Kewarganegaran kelas 5B tersebut.


Dalam kesibukan ku, aku disapa oleh murid ku 'D' (bukan nama sebenar).


"Cikgu...mana sijil saya?" tanya murid ku.


"Oh...'D'. Ada...nah...tahniah." Kata ku sambil menghulurkan sijil penyertaan aktiviti sempena Minggu Pendidikan Sivik & Kewarganegaaraan Tahun 4 & 5 yang berlangsung pada 05-09 April 2010 kepadanya. 'D' menyambutnya dengan senyuman bangga. Aku turut berbangga dengan kegembiraannya. Dua orang murid di kelas yang sama belum sempat diberikan sijil kerana kesibukan ku dan terpamer rasa hampa pada wajah mereka.


"Nanti cikgu bagi besok" kata ku untuk meleraikan kehampaan mereka.


12.10 tengahari murid tahap satu (Tahun 1 & 2) sudah mula keluar dari kelas masing-masing. Ketidaksabaran murid dikelas Tahun 5B membuatkan suasana menjadi bising.


"Cikgu, boleh balik sudah?" kata seorang murid.


"Belum, ada 30 minit lagi" jawab ku.


Suasana kelas semakin tidak terkawal, masing-masing dengan karenahnya. Beberapa orang murid bermain kapal yang dibuat dari kertas. Pasti kertas dari buku latihan mereka. Kapal tersebut sengaja diterbangkan ke arah kipas yang berputar. Dan pastinya kapal tersebut mersangkut pada kipas.


"Eiii....jangan main dalam kelas ba. Nanti kena mata lagi." Aku bersura agak kuat ke arah beberapa orang murid ku. Suasana nampak hambar...seolah-olah teguran ku tidak terkesan di hati mereka. Walau bagaimanapun...suasana diam seketika.


"Cikgu, saya mau pergi tandas" kata beberapa orang murid lelaki.


Aku membenarkan hanya dua orang, tetapi entah bagaimana semakin ramai yang keluar ketika aku sibuk menyemak latihan. Hampir 10 orang murid lelaki berkeliaran di luar kelas tanpa kebenaran, berkejaran sesama sendiri. Mereka mengambil kesempatan berlari dicelah murid tahap 1 yang sudah ramai berlegar-legar di luar kelas.


"Cikgu, Si 'D' pergi tendang saya tadi. Tiba-tiba cari pasal. Bikin panas ni." kata 'A' dari kelas Tahun 5A yang mengadu disebelah luar tingkap kelas 5B berhampiran meja guru.


"Tak apa, nanti cikgu panggil dia", aku cuba meredakan kemarahan 'A'. 'A' terus membawa diri masuk ke kelasnya, 5A.


" 'D' mari sini! ", aku melambaikan tangan pada 'D' namun 'D' terus melarikan diri. Menyembunyikan diri di luar kelas. Aku mengarahkan beberapa murid lelaki lain untuk memanggilnya namun tetap gagal. Akhirnya aku bertindak tegas, semua murid 5B dikehendaki masuk ke dalam kelas. 'D' masih lagi dengan sikap degilnya, tidak masuk ke kelas. Aku mengambil langkah menahan begnya agar dia akhirnya berhadapan dengan ku.


Tepat 12.40 tengahri, lonceng menandakan sesi pesekolahan tamat dibunyikan. Semua murid bangun dengan penuh semangat dan bersedia untuk balik. Barulah aku melihat wajah 'D' di tepi pintu kelas. Aku melambai ke arahnya agar dia maju menemui ku di meja guru. Kali ini dia menurut. Tanpa berkata apa-apa, dia segera menarik begnya. Tetapi aku lebih dulu menahan beg tersebut.


"Kenapa cikgu balik-balik panggil kamu, tapi kamu tak datang?" aku mula menyoalnya.

'D' hanya diam dan terlihat sedikit senyum tawar. Aku mencubit pinggangnya dengan kadar sakit yang sederhana. Sekadar niat agar dia beringat di kemudian hari. Namun wajahnya berubah muram. Aku berasa serba salah. 'Jangan plak dia berdendam, bukan itu yang aku mahu', hati ku berbisik sendiri.


Aku masih merenung wajah 'D'. Tingkah lakunya tidak tentu arah, dia membelek-belek buku latihan sivik yang baru ku periksa sebentar tadi yang kebetulan berada di atas meja guru. Aku membiarkan suasana senyap sambil memandang jam tangan ku. Tepat 30 saat keadaan diam, aku menyoal 'D'.


"Kamu mau beg kamu ka?" tanya ku.


"Mau.." jawabnya ringkas.


"Cakap, minta maaf dulu?" aku masih memerhatikannya.


"Minta maaf..." katanya dalam nada perlahan tanpa memandang ku, mungkin terpaksa melafazkannya.


Tanpa banyak soal, aku segera menghulurkan beg kepada 'D'. "Hati-hati balik ya" kata ku. 'D' terus melangkah laju meninggalkan kelas. Aku mengharnya dengan pandangan hingga kelibatnya hilang di celah-celah murid lain.


Aku duduk seketika di dalam kelas. Memikirkan semula tindakan ku sebentar tadi. Apakah aku melakukan tindakan yang betul atau sebaliknya??? Aku berharap tindakan ku berada dipihak yang benar dan berharap tiada dendam di hati 'D'. Malah aku berharap agar 'D' boleh mengubah sikapnya. Layak kah aku mengharapkan perubahnnya, sedangkan hati ku ada ragu dengan tindakan ku??


'Ermmm...semoga 'D' boleh berubah menjadi murid yang baik dan berjaya dalam pelajaran.', hanya itu doa ku.


Catatan si pendidik yang masih baru dalam dunia kerjayanya_13.04.2010 (Selasa)

3 comments:

DiL said...

Wahhh, cigu yang baik bah c jelo ni.. Bagus2.. teruskan usaha anda

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

TQ. Hehhehe, kebetulan kali. Cikgu yang selalu senyum macam ko jua pasti punya sikap yang baik.... :)

etuza said...

Salam Jalifah.
Pati sebelum membuat tindakan membetulkan kesilapan murid kita sudah niat baik semasa beri denda. Kecik saja tu, pada saya it's ok. Tak ada apa2, "D" tak dendam punyalah. Kalau kena niat yg baik insyaallah akan beransur berubahlah tu. Jan saja tengking hingga sekampung dengar..tak manis bak seorang guru, tak manis bak seorang wanita. Biarah budak2 tu aktif.bila dah besar hehe sopannya tu..baiknya dia yang dulu peningkan kepala kita. Lepas tu masuk IPTA lagi.terkejutpun ada.hehe