♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Tuesday, April 20, 2010

28 TAHUN AKU DI HAMPARAN INI



28 TAHUN AKU DI HAMPARAN INI

Syukur alhamdulillah....18.04.2010 merupakan penggenap kepada hidup ku selama 28 tahun di dunia ini. Terasa cepat benar masa berlalu. Dengan rezeki yang ada aku mengajak adik-adik ku serta beberapa orang rakan (Mariani, Fazidah, Cg Ahllan serta anak2-AriQ & Alia) menjemu selera di KFC pada 17 April 2010 (Sabtu).


18 April 2010 (Ahad) pula aku membuat sedikit majlis kesyukuran di rumah guru ku. Mujur ada adik ku Masnijah yang banyak membantu di ruang dapur. Majlis kecil-kecilan ini hanya melibatkan bapa ku (Mr Muhamin @ Azlan), 4 orang adik (Masnijah, Mohd Adzrol, Azwan & Ainul) dan seorang kakak serta suami dan anaknya (Kak Juhasia, Abang Hardy & Talhah). Selebihnya rakan serumah sewa ku (Merilyn Milton), 8 orang murid (kumpulan nasyid dibawah bimbingan ku) dan rakan jemputan ku, Mariani dari SK Binakaan. Turut hadir, teman adik ku (Nanak) iaitu Jabideh, teman adik ku (Adzrol) iaitu Raihan, dan teman adiku (Azwan) iaitu Azmirul dan Iwan.

Majlis berjalan serba sederhana. Jamuan makan berupa nasi, ayam kari, sayur kubis, sup labu dan sardin goreng. Dua jenis kek (kek tempahan dan kek coklat dari adik Shafiq, jiran rumah ku). Buah tembikai kuning dan merah serta puding tiga rasa menjadi pencuci mulut. Air sirap perisa oren, cumi-cumi, gula-gula juga dihidang. Dan sengaja ku buat keropok cabutan bertuah buat yang hadir untuk memeriahkan suasana.

Majlis dimulakan sekitar jam 1.00 petang. Dimulakan dengan bacaan doa daripada abang ipar ku, kemudian potong kek dan makan-makan. Suasana berjalan ringkas tetapi meriah. Murid-murid ku sibuk dengan karenah masing-masing. Suasana juga nampak ceria dengan aksesori topi hari jadi murid ku malah aku sendiri turut memakainya.
Keesokannya pula (19.04.2010-Isnin) aku membuat jamuan ringkas di sekolah. jamuan sempena kenaikan sedikit elaun gaji ku dan juga kesyukuran hari ulang tahun kelahiran ku. Sungguh meriah ku rasakan apabila diraikan oleh seluruh rakan pendidik di SK Merampong. Masing-masing mengucapkan doa, aku sekadar senyum dan meng'amin'kan.

Tentang hadiah...bukan itu yang diharapkan sangat. Sekadar niat memeriahkan suasana dan mensyukuri umur yang ada dan masih dipanjangkan. Apapun aku menerima hadiah kasut sandel putih dari adik ku Masnijah, hadiah dua bijih gelas dan rantai dari anak murid ku serta selimut warna pink berbunga dari sahabat rumah ku. Susah-susah jak....ya la...kadang mulut ni bercakap acah-acah jak...tapi ada jua yang sampai. Teringat plak masa dibilik guru...beberapa rakan pendidik mengusik ku dengan menghadiahkan sayur yang dijual oleh murid, pen marker dan macam-macam mengikut naluri nakal mereka. Tak apa...dilayan dengan baik...memeriahkan suasana. Pendidik lain hanya ketawa. Wah...memang meriah jadinya.

"Muda-mudahan cepat kahwin"....itu adalah doa yang kerap kali ku terima. Aku sekadar senyum dan meng'amin'kan sahaja. Doa yang sama ku terima daripada hampir 100 lebih rakan-rakan ku di Facebook. Beberapa mesej juga sampai kepada ku. Suasana menjadi sibuk seketika dan aku cuma membaca dan membaca mesej yang sampai dan tak sempat membalasnya kerana sibuk. Kegembiraan ku juga ku kongsikan bersama rakan yang memiliki tarikh lahir kembar (serupa tarikh, bulan dan tahun) iaitu sahabat ku Petronella Damianus, Fidelia Lia dan Taufiq Hussin.

Aku turut menerima panggilan free pada 8pax list celcom ku. Aku sempat membuat panggilan beberpa rakan yang tersenarai dalam 8 senarai friends & family. Suasana menjadi seronok dapat berbual tanpa bayaran. Tiga hari meraikan hari kelahiran lebih kepada mengeratkan silaturahim dan menjamu rakan-rakan. Disamping itu, aku dapat membuat sesuatu untuk menghargai diri. Ucapan yang panjang serta doa yang berderet jua membuatkan aku amat bersyukur menemui sahabat yang ramai walau hanya di alam maya.

"Terima kasih wahai shabat-sahabat ku, anda semua amat dihargai". :)


( Aku sekadar merakamkan memori ini buat kenangan terindah diusia ku mejangkau 28 tahun ini. Semoga dipanjangkan umur dalam mentaati-Nya. )

1 comment:

etuza said...

Selamat hari lahir...
Semoga bahagia di sisi rahmatNya.