DIARY ABSTRAK SEORANG PENCINTA : SALAM 10 April (10.04.2010_Sabtu).
Bunyi telefon berdering....tertera nama seseorang yang pernah akrab dengan ku 3 tahun lepas. Tiada apa yang penting dibualkan, hanya sekadar bertanya khabar kehidupan, status diri dan kisah-kisah yang berkaitan.
30 minit bercerita sebagai kawan. Perbualan diakhiri disebabkan tuntutan tugas lain. Latihan tempatan Askar Wataniah telah selesai sekitar jam 4.00 petang dan aku perlu segera balik ke kuarters guru SK Merampong, Keningau.
Sepanjang perjalanan balik menaiki bas mini pakcik Shamsudin, aku lebih banyak mendiamkan diri kerana berasa sedikit pening. Tiba di rumah, aku bercerita ala kadar pada adik ku Masnijah tentang panggilan telfon tadi.
"Buat apa lagi dia telefon tu?" kata adik ku.
"Entah..." jawab ku ringkas. Tiba-tiba terdtik satu ingatan silam.
"10 April!! Hari ini 10 April ba kan??" aku meminta kepastian pada adik ku.
"Iya" jawab adik ku.
"Patutlah......10 April tu tarikh bermakna suatu ketika dulu." detik hatiku. Aku betul2 tidak mengingatinya sebelum ini. Ya lah...apa lagi yang perlu dikenang pada tarikh-tarikh yang tidak memberikan harapan di masa depan. Tapi tak sangka dia masih mengingatinya. Jari-jariku menekan huruf pada telefon dan mesej ku sampaikan pada si dia.
"Salam 10 April, moga silaturahim berpanjangan. Salam buat keluarga."
Setelah menghantar ayat ringkas tersebut, hatiku tiba-tiba berombak....sedikit titisan jernih meluncur dipipi. Aku tersedu-sedu seketika dalam baringan ku. Dan entah bila masa aku tertidur nyenyak. Tersedar dari lena....terasa segalanya hanya MIMPI. Mindaku kembali RASIONAL.
"Untuk apa disedihkan pada benda yang sudah berlalu. Si dia sudah bahagia dengan pilihannya." Aku memujuk diri sendiri.
Aku kembali pada rutin hidup ku. Tidak memikirkan sangat peristiwa tadi. Menyibukkan diri dengan apa jua aktiviti yang boleh dilakukan. Hurmm...hidup memang macam ni. Kadang kala keceriaan dirampas dengan kesedihan. Apapun berusahalah berlari dari rasa duka dan sedih.....belajarlah untuk mebahagiakan diri sendiri dan yakinlah pada hikmah yang disebalik ujian yang Allah berikan. (Kata-kata untuk memujuk diri sendiri....heee.) :)
No comments:
Post a Comment