♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Tuesday, April 6, 2010

LELAKI ACUAN AL-QURAN




LELAKI ACUAN AL-QURAN

Lelaki Acuan Al-Quran
Adalah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Ketaqwaan
Yang Punya Iman Bersalut Ketaatan
Hatinya Bertaut Tunduk Pada Ar Rahman
Dalam Sunyi, Mahupun Bingarnya Kehidupan
Dia Tetap Malu Melakukan Kemaksiatan...

Dia Lelaki Acuan Al Quran
Yang Sujudnya Penuh Ketaatan
Yang Tidak Punya Masa Untuk Dibazirkan
Yang Matanya Kepenatan Kerana Pembacaan
Yang Suaranya Lesu Setelah Penat Mengalunkan Al Quran
Yang Tidak Takut Suarakan Kebenaran
Yang Tidak Pernah Gentar- Nafsu Dilawan



Lelaki Acuan Al-Quran
Adalah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Di Dada
Yang Tidak Riak Dengan Harta Dunia


Lelaki Acuan Al-Quran
Adalah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Sederhana
Kerana Dunia Baginya Hanyalah Rumah Sementara

Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan As-Sunnah Di Setiap Langkahnya
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan Berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat ALLAH Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa Mengingati Kematian
Yang Baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Menjadi Igauan
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga, Di Beri Perhatian
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Kecerdasan
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran
Adalah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran Juga.




SIAPA LAGI LELAKI YANG BERADA DALAM TADAHAN DOAKU JIKA BUKAN DIRIMU..... :)
(Sharing from Suci_Note_FB_2010). :D

2 comments:

Unknown said...

Salam
Cantik sajak in...tak pernah saya baca sajak seumpama ini. Itulah lelaki yang sebenar2 lelaki dalam sajak anda. Tahniah karya bermutu untuk santapan rohaniah.

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

W'salam cg. Iya....semoga bermanfaat. Puisi sy share dari seorang teman juga ni. :)