♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Thursday, September 17, 2009

PEREMPUAN BERKALONG SORBAN


RERLEKSI KU : Movie_”Perempuan Berkalong Sorban”

13.09.2009 (Ahad) / 23 Ramadhan 1430

Sekian lama movie “Perempuan Berkalong Sorban” ku simpan dalam pen drive, maka akhirnya aku meluangkan masa untuk menontonnya selepas majlis berbuka puasa dan solat tarawih di surau Kg Merampong, keningau.. Sekitar jam 11.00 malam aku selesai menonton part 7,8,9,10,11 dan 12. Sekitar jam 4.00 – 5.30 petang tadi aku telah menonton part 1,2,3,4,5 dan 6. Movie ini ku perolehi dari seorang teman yang ku gelarkan namanya “SAFWAN”. Sekitar bulan Julai ku terima, tetapi bulan September baru berkesempatan menonton. Mungkin disebabkan oleh line broadband ku yang telah meragam hingga aku tak dapat melayari internet menyebabkan aku mencari aktiviti lain. Detik itulah baru aku teringat movie yang belum ku tonton ini.

Sebelum ini SAFWAN telah memberikan aku lagu Siti Nurhaliza yang bertajuk "Ketika Cinta" lagu khas dari filem Perempuan Berkalong Sorban. Best jua lagu tu. Senikata lagu tu telah ku sematkan di ruangan profile friendsterku leyfah82@hotmail.com hingga kini. Tajuk lagu yang sama versi lelaki yang dinyanyikan Opic jua ada dalam simpananku. Menurut maklumat yang ku ketahui, penyanyi asal lagu ini ialah Opic dari Indonesia.

Sesungguhnya menonton filem ini banyak memberikan pengajaran buat diriku. Terutama dalam soal nasib seorang perempuan. Ya…seorang perempuan dengan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri kepada suami dan seorang ibu kepada anak-anak. Emmm…tak dapat ku bayangkan kalau bakal suamiku seorang yang garang, bagaimanalah agaknya hidupku…penuh berjaga-jaga dan takut. Suami yang tahu menggunakan hukum-hukum agama…tapi sebenarnya digunakan untuk kepentingan diri, terbela kah nasib sang perempuan???

“Wahai perempuan sekalian…beringatlah, kita kaum hawa punya hak untuk membela nasib. Semoga kelembutan yang kita miliki kita gunakan sebaiknya untuk melembutkan hati kaum adam. Kita gunakan untuk perbincangan penuh hikmah. Bukan kekerasan dan kelantangan jeritan suara, kerana kekerasan itu hanya akan menaikkan api kemarahan.” Demikian kata-kata yang ingin ku laungkan buat teman-teman perempuan ku setelah menonton movie ini.

Berikut adalah kata-kata yang sempat ku rakamkan dari movie ini:

“Pada kesempatan kali ini, saya hendak membicarakan kesetaraan diantara manusia. Termasuk kesetaraan perempuan. Kita harus bijak membedakan mana yang nature dan mana yang non nature. Nature itu adalah perempuan melahirkan dan laki-laki tidak. Sedangkan non nature adalah baik laki-laki maupun perempuan itu memiliki kesempatan dan ruang untuk berekriasi, mengembangkan diri, sampai dengan belajar. Sebenarnya hal-hal seperti perempuan harus di dapur, itu bukan sifat nature. Itu tidak lebih dari tuntutan budaya itu sendiri.”

Oh ya…watak yang ku sukai ialah watak utama iaitu “Anissa” dan juga watak lelaki bernama “Le’”. Anissa seorang yang agak lasak dan suka mempertahankan diri. Anissa juga suka mempersoalkan hak perempuan berbanding lelaki. Anissa sukakan ilmu yang mana dia akhirnya berjaya menyambung pelajarannya dan menjadi seorang kaunselor disamping menulis buku.

“Le’” pula, seorang lelaki yang suka merendah diri dan berjiwa lembut. Sikap rendah diri itu menyebabkan ia tak berani meneruskan hubungannya dengan “Anissa” (anak seorang kiay). Le’ tahu Anissa amat menyayangi dan memerlukannya, tetapi ia hanya akur pada pilihan keluarga Anissa. Le’ dihantar ke Kairo oleh ayah Anissa untuk belajar dan membela nasib pasentran. Kepergiannya membuatkan Anissa amat sedih.

Dialog Anissa dan Le’

“Aku tidak penah memaafkan diriku Nissa. Sampai detik ini.”

“Kenapa kamu tinggalkan aku Le’”

“Aku takut hanya perasaanku yang tidak pantas buat mu Niss.”

“Jadi, apa yang pantas buat aku?”

“Allah pasti menunjukkan jalan yang terbaik buat kamu Nissa.”

“Jauh-jauh ke Kairo belajar Islam cuma untuk bilang ‘Allah pasti menunjukkan jalan buat aku’? Allah sebenarnya sudah menunjukkan jalan terbaik buat aku Le’. Tapi jalan itu terputus sejak kamu pergi.”


Anissa akhirnya dinikahkan dengan seorang anak orang kaya. Perkahwinan itu juga demi kepentingan pasentran yang memerlukan pembelaan dari segi wang. Anissa bernikah kerana beranggapan akan ada muhrimnya menemaninya untuk menyambung pelajarannya. Tapi sebaliknya berlaku. Anissa hanya menjadi suri rumah dan melayani sepenuhnya kehendak suami. Anissa tidak diberikan peluang untuk belajar seperti yang dijanjikan sebelumnya. Keganasan suaminya juga menyebabkan Anissa berasa trauma. Malah Anissa sukar mengandung. Suaminya telah menikahi perempuan lain kerana beranggapan Anissa mandul.

Dipendekkan cerita, akhirnya Anissa bercerai dengan suaminya. Talak dilepaskan oleh suaminya dikhalayak ramai. Anissa difitnah berzina dengan Le’. Walaubagaimanapun, penceraian itu membuatkan Anissa berasa BEBAS dari kongkongan hidup. Anissa membawa dirinya ke kota untuk menyambung pelajarannya semula. Disitulah Le’ kembali mencari Anissa.

“RISALAH LELAKI” : Le’

“Mungkin sudah terlambat untuk mengatakan ini. Tapi aku tidak pernah meningalkan kamu Nissa. Demi Allah, kamu membuatkan aku tidak bisa mencintai perempuan lain. Tapi semua itu sudah takdir. Jika jalan terbaik mu terputus kerana aku, maka keterputusan itu menjadi sesalku sekarang.”

Anissa akhirnya berkahwin juga dengan lelaki yang disayanginya selama ini iaitu Le’. Le’ seorang suami yang amat memahami Anissa. Hidup Anissa kembali harmoni disamping dorongan suami yang penyayang malah rajin menolongnya berkerja di dapur. Tetapi ujian tuhan ke atas Anissa masih belum berakhir. Setelah melahirkan seorang bayi comel, suaminya, Le’ telah meninggal dunia kerana kemalangan. Anissa hilang arah tujuan buat seketika. Nasiblah Anissa segera bangun dari kesedihannya.

Bekas suami Anissa dahulu (Shamsudin) pula cuba mendekatinya semula. Tetapi mujurlah Anissa telah belajar dari pengalamannya. Anissa menjadi seorang wanita yang kuat hatinya dan tidak lagi mudah dipermainkan oleh lelaki seperti bekas suaminya itu. Misi akhir Anissa adalah untuk mewujudkan perpustakaan di pasentran keluarganya. Pada mulanya ia menerima tentangan hebat. Namun kesungguhannya dan keberaniannya menerima risiko menyebabkan ia tak mengalah. Dan..lahirlah satu transformasi yang mana akhirnya Anissa berjaya mewujudkan perpustakaan sekaligus mengubah minda guru-guru pasentran yang menolak buku-buku luar selain buku-buku agama.

Kata-kata Anissa buat perempuan yang menuntut di pasentran:

“Kalian semua adalah calon muslimah, calon isteri untuk suami kalian tercinta. Dan calon ibu untuk anak-anak yang kalian sayangi. Syurga janji Allah, ada di telapak kaki kita, PEREMPUAN. Tapi jangan lupa satu hal, bahawa Allah juga memberi manusia kebebasan. Mau jadi apapun kalian nanti, pilihlah JALAN ALLAH dengan rasa BEBAS, dan dengan hati yang ikhlas. Dengan begitu insyaAllah kita akan hidup dengan tenang dan tanpa rasa benci.”

Kata-kata Umi buat Anissa:

“DIAM bukan bererti tidak membela Niss. Ada hal yang kadang tidak bisa kita lakukan seperti yang kita inginkan. Kita adalah perempuan, yang hidup dalam kondisi yang tidak seimbang. Seperti yang sering kamu bilang. Yang Umi bisa lakukan cuma DIAM.”

“Setiap tindakan, pasti ada akibatnya. Yang paling penting bagaimana kita bisa mengatasi akibat itu. Dan kamu, kamu sudah bisa mengatasinya. Umi bangga sama kamu.”

Kata-kata Anissa buat anak lelakinya yang tidak sempat mengenali ayahnya:

“Abi itu seperti apa Umi?”

“Abi itu mukanya persis kei kamu. Apa lagi bibirnya. Abi itu adalah orang kedua paling baik dalam hidup Umi.

Kesimpulannya, movie ni lebih banyak memperlihatkan saya bagaimana situasi yang akan dihadapi setelah berumah tangga. Antaranya ialah bersedia berkhidmat untuk suami, melayani makan minum, melayani keperluan batin, melalui kesakitan melahirkan anak, mencari rezeki sendiri serta bersedia menghadapi lain-lain risiko. Contohnya risiko kehilangan suami yang tercinta, risiko fitnah orang di sekeliling serta komitmen terhadap ibubapa setelah berkahwin. Anissa telah melalui kehidupannya dengan tabah. Semoga cerita ini boleh dijadikan contoh teladan buat kaum hawa. Sebelum ku akhiri catatan ni, ingin ku coretkan ucapan “ribuan terima kasih buat SAFWAN yang telah memberiku movie yang penuh pengajaran dan makna hidup seorang perempuan ini”. :D

MOYANG KU DAN NENEK KU


MOYANG KU DAN NENEK KU (Keluarga sebelah emak) – 17.09.09 (Khamis)

Moyang perempuan keluarga sebelah mak ku bernama BUTIRID BTE GURAT. Dilahirkan pada tahun 1912 dan telah meninggal pada 26.02.1994. Beliau berbangsa DUSUN. Suaminya bernama LINTAK, berbangsa CINA. Namun khabar carita yang disampaikan buatku, moyang lelaki LINTAK telah hilang semasa zaman perang dunia kedua. Ketika itu orang Jepun datang memasuki kawasan Tambunan dan Keningau. Moyang perempuan diarahkan pergi melarikan diri terlebih dahulu oleh moyang lelaki kerana moyang lelaki mengemaskan barang. Setelah lama menunggu moyang lelaki tak muncul-muncul lagi. Ada khabar yang mengatakan, orang Jepun ketika itu amat benci pada orang cina. Mereka akan membunuh orang cina dan menjadikannya hidangan makanan. Kisah itu dibuktikan oleh nasib jiran moyang saya yang mana suaminya dipinjam sementara oleh orang Jepun yang datang. Selang sehari, orang Jepun tersebut datang membawa dulang yang berisi tangan yang direbus dan masih memakai cincin. Demikianlah kisah yang sempat ku ikuti daripada cerita ibuku.

Nenek ku bernama ROSALIA ALAN LINTAK. Ia dilahirkan pada tahun1940 dan telah meninggal pada 08.09.2009 kerana keradangan hati yang disebabkan alcohol. Mendiang nenek ku telah dikebumikan tidak jauh dari kubur moyangku di tanah perkuburan Kg Pantai Baru. Peristiwa yang tidak disangka ialah setelah nenek meninggal dunia, kami baru mengetahui nenek mempunyai simpanan wang di dalam peti kayu sebanyak RM7850.00. Wang tersebut terdiri daripada wang RM50.00 yang disusun kemas dan terdapat juga wang kertas RM100.00 design lama. Ssalang anggap itu berlaku disebabkan enek selalu mengatakan ia tidak mempunyai wang untuk ke hospital. Dengan adanya wang itu, upacara pengkebumian nenek dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Keranda bernilai RM1400.00 dan kalin salib RM50.00 telah dibeli. Persiapan pinggan berharga RM280.00 juga telah dibeli bagi menyediakan makan kepada saudara mara yang datang dari jauh.

Adik beradik ibuku seramai 7 orang (4 perempuan dan 3 lelaki). Seramai 3 beradik perempuan yang telah memeluk islam. Kami yang beragama islam hanya memerhatikan upacara bacaan doa pada jasad nenek sehinggalah mayat nenek dimasukkan ke liang lahad pada jam 2.30petang (09.09.09_Rabu). Mujurlah aku tiba agak awal di rumah nenek iaitu sekitar jam 11.00pagi, aku telah menaiki teksi dari pekan Keningau ke Kg. Pantai Baru. Seandainya aku terlewat datang, sudah pasti aku tidak sempat melihat jenazah nenek ku buat kali terakhir. Seperti biasa, setiap upacara pengkebumian, ada saja hidangan makanan untuk menjamu saudara yang datang dari jauh. Dan tak ketinggalan beberapa buah tajau berisi tapai turut dihidangkan. Aku cuma menjadi pemerhati dari jauh kemeriahan mereka menikmati hidangan.

Sebelum bergerak pulang ke Kg Penagatan Ulu, aku sempat mengambil mangga dihalaman rumah nenek. Wah…mangga kelapa 3 biji dan 1 biji mangga besar yang ku lupa namaya telah ku perolehi dari sepupu ku yang tinggal bersama nenek. Aku dan keluarga bergerak balik ke Kg Penagatan Ulu sekitar jam 5.00 petang kerana kami akan berbuka puasa pada jam 6.19 petang.

Tuesday, September 8, 2009

NENEK KU PERGI BUAT SELAMANYA


09.09.2009 (Rabu) – 01.20 pagi


“Jalifah, hari ni berapa tarikh?” tanya kawan ku Faridah Hanum.
“09” jawab ku.
“bulan?” ia bertanya lagi.
“09” jawabku lagi.
“tahun?” tanyanya lagi
“2009. Oh…skang 09.09.2009” aku segera faham apa yang dimaksudkannya.
“Kenapa” aku bertanya sahabat serumahku itu.
“Cantik tarikh hari ini” jawabnya.
“Ya la kan. Emmm..apa peristiwa yang menarik ya??” kami saling tersenyum.
“Kalaulah saya declare tarikh ni dengan..tuttt…mesti best kan” aku saja-saja berangan.

Aku tercari-cari apa peristiwa pada tarikh ni. Rasanya kosong sahaja. Tetiba hatiku digerakkan untuk membaca sms dalah handphone. Satu sms dari kakak kedua ku, Kak Juhasia.

“Salam Ipa. C nenek pantai baru meninggal suda. Baru yang jam 11 lebih tadi”.

Opsss…aku bagai tak sanggup membaca sms tu, tapi itulah hakikatnya. Allah dah nak ambil nyawa yang dipinjamkannya. Lemah seketika ku rasakan. Apa harus ku katakan?? “Ina…opsss…nenek ku bukan beragama Islam. Emm…moga rohnya tenang dan damai di sana” bisik hatiku.

Baru hari Isnin lepas (07.09.09) ibuku menelefon ku dan memberitahu mengenai nenek ku yang tidak dapat bercakap sepatah perkataan pun. Ibuku berpesan agar aku segera mengkhabarkan berita sedih itu kepada makcik ku yang kebetulan bertugas sebagai tukang masak RMT SK Merampong. “Mak…sabar aarr”, itu saja yang dapat ku katakan kepada ibu ku.

Dalam kesibukan ku melayan karenah muridku di kelas tahun 5 Amanah, aku mengambil jua kesempatan menelefon makcik ku yang sudah berada di rumahnya (sekitar KG Merampong). Ku khabarkan pesanan ibu ku yang bersuara cemas itu. Dapat ku bayangkan kesedihan ibu ku melalui suara lemas di hujung telefon. Ibu ku merupakan anak pertama daripada 7 orang adaik beradik, 4 perempuan dan 3 lelaki (Salimah, Gendu, Petina, Lewin, Keniwon, Paina & Pailina ).

Selepas habis menunaikan solat tarawih di surau Kg Merampong sekitar 8.45 malam tadi, aku sempat berbual dengan sepupuku Norasmila @ Nana yang sedang menghadapi UPSR 08 hingga 10.09.2009. Ku bertanyakan persiapannya untuk menghadapi UPSR dan sempat ku bertanyakan khabar ibunya yang juga merangkap makcik ku.

“Semalam makbapa balik lewat malam dari Kg Pantai Baru. Dorang p tengok nenek.” Sepupuku yang comel dan cerdik itu memberi penjelasan padaku.

“Oh ya ka…nenek sakit kuat sudah. Dia ndak boleh bercakap sudah tu.” Aku turut memberi info yang ku ketahui.

“Oh ya, selamat menempuhi UPSR besok”, sempat ku beri kata-kata sokongan buat sepupuku sebelum kami berpisah.

Kini aku masih merenung diriku. Jam sudah menunjukkan jam 1.30 pagi. Mataku terasa segar, hatiku berasa amat sayu. Aku mengimbas kembali detik-detik kenangan bersama nenek perempuan sebelah ibuku itu. Aku masih mengingati detik kesihatan yang dialami nenekku. Ia kelihatan cergas dan badannya berisi pada tahun 2004. Ketika itu umurku sekitar 24 tahun. Aku sempat mengambil gambar nenekku bersama “tapai manis” yang dibuat oleh ibuku khas untuk nenek ku itu. “Iti no tambalutku : Inilah kawan saya” kata nenek ku selepas aku merakamkan gambarnya bersama sebotol tapai manis.

“Penyayang sungguh mak saya. Disediakan makanan kegemaran ibunya semasa Hari Raya. Padahal, ibuku tidak pernah membuat tapai selama kami berada dirumah.” hatiku berbisik sendirian.

Setelah gambar nenek ku itu siap dicuci, aku telah menyimpannya di sebuah bingkai gambar yang dibeli di kedai RM2. Aku telah memberikan gambar nenekku itu seperti mana yang telah dipesannya. Segaris senyuman tergambar semasa aku menyerahkan gambarnya yang telah siap ku bingkaikan.

Demikianlah kisah yang ku ingati bersama nenek ku empat tahun lepas. Kini aku berusia 27 tahun. Nenek ku kini telah pergi meninggalkan semua insan yang masih menyayanginya. Aku tidak mungkin dapat bertemunya lagi di dunia ini. Masihkah ada kesempatan untuk aku melawat jasadnya esok sebelum dikebumikan? Tambahan pula, esok UPSR masih dilaksanakan dan aku tidak terlibat untuk menjaga peperiksaan tersebut. Tapi…aku tak mempunyai kereta untuk bergerak dengan segera ke KG Pantai Baru. Dengan menaiki bus mini, perlu tunggu sehingga bus penuh penumpang, barulah boleh bergerak ke destinasi. Ahhh…itu ku rasakan pasti gagal, mustahil aku sempat mengejar waktu ke kampung nenek ku itu.

“Apapun…aku patut mencuba untuk esok hari. Siapa tahu…usaha ku itu nanti menghasilkan kejayaan yang tak dijangka” hatiku berbisik sendirian.

Aku tamatkan coretan ku ini sekitar jam 2.21 pagi. Terasa berat mataku. Aku kuatkan jua semangatku untuk menyiapkan coretan ku ini. Dan kalau berkesempatan akan ku sematkan coretan ku ini ke dalam blog ku sebagai tatapan kenangan dan muhasabah diriku sendiri. Tambahan pula, sekitar jam ini aku perlu bersiap untuk sahur dan berpuasa esok hari.

Monday, August 31, 2009

SYUKURI NIKMAT KEMERDEKAAN






KEMERDEKAAN merupakan salah satu nikmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia. Oleh hal yang demikian itu, kita wajib mensyukuri atas nikmat kurniaan Allah itu kerana kita diberi kesempatan menyambut kemerdekaan diri dan negara ke-52 dalam suasana yang penuh aman, damai dan sejahtera.

Menginsafi akan nikmat yang dianugerahi Allah s.w.t kepada kita dengan pelbagai kekayaan hasil bumi, kemudahan infrastruktur, pendidikan, pekerjaan dan lain-lainnya, maka eloklah kita merenung diri sendiri dan bertanya: Apakah sumbangan kita terhadap agama, bangsa dan negara selepas 52 tahun negara kita mencapai kemerdekaan?

Sekiranya kita menyedari akan hakikat kemerdekaan sebagai titik permulaan terhadap kebebasan dalam erti yang sebenar-benarnya, maka sewajarnya kita bersyukur akan nikmat Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Dan (ingatlah mereka wahai Muhammad) ketika Nabi berkata kepada kaumnya: “Wahai kaumku! Kenanglah nikmat Allah (yang diberikan) kepada kamu ketika ia menjadikan dalam kalangan kamu beberapa orang Nabi, dan ia menjadikan kamu bebas merdeka (setelah kamu diperhambakan oleh Firaun dan orang-orangnya) dan ia memberikan kepada kamu barang yang tidak pernah diberikan kepada seseorang pun dari umat-umat (yang ada pada masa itu).” (Al-Maidah: 20)

Intipati daripada seruan Nabi Musa a.s yang menyeru bangsanya mengingati nikmat kemerdekaan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t agar kita memperbaiki diri akan kebebasan kita daripada penjajahan mental dan moral oleh kolonial dan neokolonialisme.
Dalam konteks kesyukuran terhadap nikmat Allah ini, secara realitinya kita dapat bandingkan dengan negara lain seperti yang terpapar di kaca televisyen, internet dan akhbar jelas tergambar akan pelbagai bala bencana dialami manusia - banjir, gempa bumi, kemarau, runtuhan salji, letupan gunung berapi dan peperangan dialami di negara-negara lain itu.
Misalnya, di beberapa negara benua Afrika, masih ramai yang menderita kelaparan dan tidak menikmati pendidikan asas sebagai tunjang pembangunan bangsa dan negara. Dengan demikian, kita sepatutnya memetik hikmah itu agar kita tidak lupa diri dan sentiasa mensyukuri nikmat keamanan, kekayaan dan kedamaian yang diberikan kepada negara kita yang tercinta ini dan seterusnya mendekatkan diri kepada-Nya. Untuk itu, kita wajar merenung firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan salah sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezeki yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya yang disebabkan apa yang mereka telah lakukan.” (An-Nahl: 112)

Mensyukuri nikmat kemerdekaan dan tidak mengkufurinya bererti kita memanfaatkan segala anugerah Allah dengan turut serta mengisi kemerdekaan iaitu melakukan kerja-kerja yang bermanfaat dalam melestarikan pembangunan fizikal dan pembangunan rohani, sebagaimana yang digariskan dalam wawasan negara. Kestabilan ekonomi, kekayaan hasil bumi dan kebebasan rakyat mencari rezeki di setiap inci muka bumi kita ini merupakan anugerah Allah s.w.t dan kita wajib bersyukur di atas segala-galanya itu.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (Ibrahim: 7)

Antara Islam dan syukur itu ada hubungan yang tidak mungkin terpisah dan tidak mungkin
adanya yang satu tanpa hadirnya yang lain. Dapatlah ditegaskan bahawa kedua-duanya merupakan dua sisi dari satu mata wang, saling melengkapi antara satu sama lain.
Jelas bahawa bersyukur itu merupakan tugas pertama dan utama bagi setiap Muslim mensyukuri segala nikmat yang telah diterimanya daripada Maha Penciptanya, jika tidak, ia masih dinilai belum Islam dalam erti kata yang sebenar. Orang yang tidak pandai bersyukur sebenarnya dianggap telah kufur pada nikmat meskipun tidaklah sampai dianggap kufur akidah.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau-lampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka (tidak bersyukur) dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.” (Al-Isra’: 16)

Wednesday, August 5, 2009

Diary Abstrak Seorang Pencinta (030809)

HATIKU MENANGIS (030809)

Kesan dari sedikit demi sedikit keresahan, hatiku kini resah ditahap maksimum. Apa yang aku bimbangkan sangat? Siapa difikiranku hingga membuatkan aku resah gelisah? Ya…si dia lagi…SAFWAN. Si dia buat aku resah dan gelisah. Si dia buat fikiran ku tak menentu, kerja-kerja ku bagai terhenti-henti mengenangkan si dia. Hingga sampai tahapnya…terasa bagai sakit d hati ini. EGO ku yang sememangnya telah RAPUH kesan dari patah hati dua tahun lalu tak mampu mengatasi rasa sebak di hati. Terasa bagai HATI KU MENANGIS lagi. Hatiku tak kuat…kenapa DUGAAN ini datang lagi. Hatiku tak tahan. Pada siapa aku meminta pertolongan. Aku segan dan malu dengan kawan-kawan ku, apalagi terhadap si dia. Tanpa ku sedari…aku menangis seketika. “Ya Allah, hatiku tak kuat. Sampai bilakah aku harus DI UJI dengan PERASAAN ini?”, bisik hatiku.

Diary Abstrak Seorang Pencinta (020809)

RESAH DI HATI (020809)

Hatiku resah. RESAH tak menentu…..kenapa masih ada perasaan sedemikian. LEMAH aku dibuatnya. Lemah memikirkan si dia. Terasa mood ku dirampas oleh fikiran yang terganggu memikirkan si dia. Ya Allah, apakah jenis perasaan ini. Hati ku tak kuat menaganinya. Hati ku terasa RAPUH, anggota badanku terasa KAKU. Aku lemah melakukan sebarang kerja dek kerana memikirkan si dia. Tolong aku……..aku bagai TERPERANGKAP dalam sangkar perasaan yang tidak berkesudahan semenjak memilih jalan buntu sebelum ini. Dimanakah penyelesaian kekusutan perasaan ini Ya Allah?



BENARKAH AKU JATUH CINTA (020809)

Ya Allah, tidak ada tempat ku mengadu. Hanya pada Engkau yang maha mengetahui. Bantulah aku mengatasi masalah yang ku hadapi ini. Keluarkanlah aku daripada keresahan yang berpanjangan ini. Aku lemah menghadapinya. Aku sentiasa mengintainya dari kejauhan ini. Kenapa aku terus-terusan seperti ini? Hatiku TAK KUAT dengan anugerah perasaan selembut ini. Ia terlalu halus meresapi hatiku. Benarkah aku JATUH CINTA terhadapnya? Sesungguhnya aku takut bertepuk sebelah tangan. Malu tak berkesudahan akhirnya. Perlukah aku ABAIKAN saja perasaan ini? Atau patutkah aku MENCUBA dulu. Seperti idea seorang rakan ku yang mengatakan aku perlu berani memulakan dulu? Aku bukan sepertinya, aku adalah aku yang masih tak kuat menghadapinya. Luaranku yang agak aktif dalam Askar Wataniah tidak melambangkan jiwaku seberani dan sekuat mental serta fizikal sebagai seorang anggota pertahanan.


DOA KU (020809)

Ya Allah, hati ku lemah. Bantulah aku mengatasi kelemahan perasaan ini. Limpahkanlah aku RAHMAT, HIDAYAH serta PETUNJUK mu agar aku redha menghadapi ujian Mu ini. Tabahkanlah hatiku. Berikanlah aku jalan penyelesaian yang yang sebaiknya. Sekiranya si dia memiliki perasaan seperti ku, maka bukakanlah pintu hati si dia agar hati kami disatukan. Jauhkanlah sengketa, sikap cemburu membuta tuli serta perasaan menjauhkan diri di hati kami. Permudahkanlah urusan perhubungan ku ini ya Allah. PERMUDAHKANLAH URUSAN JODOH KU ini. Amin.

Diary Abstrak Seorang Pencinta (290709)

FLASH BACK (290709)

Setelah apa yang berlaku terus ditinggal pergi, terasa sedikit kelegaan dihati. Cuma bayangan-bayangan kenangan yang lalu sahaja yang difikirkan. Aku mengenagkan kembali bagaimana aku mengenalinya. Ya, aku hanya mengenalinya daripada hujung jari yang menekan huruf-huruf ditalian internet. Sekadar niat mencari kawan yang ramai dan rakan untuk bersembang. Hanya sekadar bertukar-tukar email. Dan sepanjang aku mengenalinya, hanya sekali sahaja aku dan dia bersua muka. Itupun berlaku tanpa dirancang ketika aku ingin menemui seorang rakan lama. Walaupun aku dan dia bermastautin di daerah yang sama, namun terasa dunia ini luas kerana aku tidak pernah menemuinya dikedai mahupun ditempat-tempat tertentu yang dikunjungi ramai orang.

Pernah di satu ketika, angin nakal si dia melanda hingga tergamak menghantar mesej yang memburukkan bunyi nama ku. Tak perlu disebutkan nama itu kerana sememangnya aku tidak menyukai coretannya pada masa tersebut. Mood ku yang agak letih berjalan kaki 15 minit balik ke rumah makcik ku (adik kepada emak ku) dari sekolah memburukkan lagi keadaan. Sejurus selepas membaca mesejnya, aku hanya mendiamkan diri serta menaip sesuatu mesej kepadanya. Naluriku berkata ‘aku tak suka berkawan orang ini lagi’ dan niat perasaan ku itu telah ku sampaikan kepadanya tetapi melalui bentuk mesej yang berlainan pula. Selang sehari, datang mesejnya yang membuatkan aku tersenyum sendirian. ‘Iskkk…si dia ni, kasihan pula kat dia’ bisik hati kecilku. Mood ku pada ketika itu agak baik dan aku kembali bersahabat dengannya seperti biasa. Dan hingga kini aku dan dia masih kekal bersahabat di dunia internet. Kepada si DIA…aku ingin memberi gelaran nama buatmu. Apa nama yang sesuai ya??



GELARAN NAMA “SAFWAN” (290709)

SAFWAN…nama yang agak ku gemari di zaman persekolahan ku d SMK Gunsanad, Keningau, Sabah. Ketika itu aku sedang membaca dan mengetahui nama tersebut di senarai nama-nama yang baik dalam Islam. Kalau tak silap aku, Safwan bermaksud ‘IKHLAS’. Dan bermula dari sekarang si dia yang ku maksudkan akan ku gelar sebagai SAFWAN. Senyumanku terukir seketika mengenangkan nama yang ku berikan ini. Siapakah sebenarnya gerangan SAFWAN yang ku maksudkan itu? Biarkan aku saja yang mengetahuinya. Tiba-tiba dalam ukiran senyumku, wajahku berubah sedih. Aku tiba-tiba terkenang kembali akan kisah silamku yang pahit pada tahun 2007.


KISAH SILAM KU (290709)

Hampir dua tahun berlalu iaitu pada tahun 2007 merupakan tahun dimana aku menerima MEHNA (UJIAN) Tuhan yang amat berat ku rasakan. Tahun itu juga merupakan musim airmataku tak habis-habis berlinangan mengenangkan ikatan perhubunganku selama 4 tahun yang terjalin dengan seorang insan bergelar lelaki telah putus ditengah jalan. Entah dimana silapnya, hingga hubungan itu menemui ajal jua akhirnya. Aku hampir tak terdaya mengawal kesedihan diri. Beratus-ratus wang ringgit dibuang untuk mencarinya dan memperbaiki semula hubungan yang retak dan hancur tetapi kesudahannya terkubur ditengah jalan. Aku terpaksa akur dengan ketentuan Tuhan yang telah mengubah hati insan bergelar lelaki itu sehingga ia tidak mempedulikan aku lagi. Aku hanya melutut dikubur cinta yang telah mati. Kerongkogku terasa bagai dijerut tali, sedih yang tidak terkira.

Aku sempat merasakan duniaku gelap seketika. Terasa bagai hilang arah jalan haluanku. Aku tercari-cari dimana silapnya. Hingga aku rendahkan ego diriku. Malah aku telah lontarkan jauh segala egoku itu ke dalam tong sampah. Aku merayu kepadanya untuk membina semula ikatan perhubungan yang sememangnya telah retak. Bak kata pepatah melayu “Buang yang keruh, ambil yang jernih”. Aku telah cuba sedaya upaya memperbaiki dan membinanya semula walaupun pada hakikatnya hubungan itu telah hancur.

Dan akhirnya, aku hanya terkulai layu dalam tangisan dan luka yang amat menyakitkan. Perlahan-lahan aku bangun dan mencari siapa saja tempat mengadu kisah sedihku. Rakan-rakanku, adikku, kakak ku juga ibuku pernah menjadi pendengar paling setia terhadap kesedihanku. Tapi kisah sedih yang ku ceritakan berulang-ulang kalinya sehingga mencapai tempoh enam bulan telah mengundang JEMU pada pendengaran telinga mereka. “SABAR…SABAR...ADA YANG LEBIH BAIK”. Itu sahaja yang diperkatakan oleh insan-insan disekelilingku.

Terasa bagai aku kehilangan tempat mengadu. Hingga akhirnya aku muhasabahkan diriku dihamparan sejadah, mengadu kesedihanku sepenuhnya kepada ALLAH yang maha mengetahui. Berkali-kali ku panjatkan doa memohon ketenangan daripada-Nya. Hingga kini telah hampir genap dua tahun aku meninggalkan kisah silamku ini. Terasa masih ada sebak di dada yang boleh mengundang linangan air mata. Dan diakhir tulisan yang baru ku coretkan ini sempat juga cecair jernih keluar dari kedua-dua kelopak mataku.



BERFIKIR SEJENAK (290709)


Hubungan persahabatan dan komunikasi yang baik dan berterusan menyebabkan aku masih kekal bersahabat dengan insan yang ku gelarkan SAFWAN. Pada tahun 2008 aku telah berjaya ditawarkan sebagai guru pelatih selama setahun di Institut Perguruan Tawau, Sabah. Hubungan ku dengan SAFWAN yang sentiasa ada pasang surutnya itu masih terus berkekalan.

Sehinggalah pada 08.01.2009 aku telah dipostingkan di sebuah sekolah rendah iaitu yang hanya 20 minit dari pekan Keningau, Sabah. Sempat juga naluriku berbisik, ‘mungkin jodohku disini?’. Kebetulan hanya aku dan seorang pendidik lelaki dipostingkan disekolah tersebut. Keakraban kami begitu terserlah pada mulanya sehingga sering menimbulkan pelbagai gosip. Aku berfikir sejenak dan jauh disudut hatiku berkata “inikah jodohku?”. Sehinggalah hari-hari yang dianyam bersamanya, aku semkin mengenali hati budinya. Si dia yang ku bahasakan namanya ‘pendidik’ itu kelihatan amat baik tetapi terasa bagai ada satu boundry (batas) yang memisahkan perasaan SELESA dalam diriku terhadap insan pendidik itu yang sememangnya juga berstatus bujang dan masih single. Aku selalu cuba membuat yang terbaik untuk menyesuaikan pergaulan bersamanya, tetapi terasa ada saja yang membuatkan hatiku kurang berkenan terhadap sikap dan personalitinya. Maafkan aku wahai ‘pendidik’ jika kau mengetahui perasaanku ini. Dan akhirnya, aku menganggap si pendidik itu layak untuk orang lain dan bukan insan seperti aku. Walaupun mungkin pernah terlintas feeling diantara dua hati, bagai terasa aku telah menetapkan keputusan yang muktamad iaitu ‘SAHABAT’. Si ‘pendidik’ itu adalah sahabat yang baik buat selamanya.

Mungkin juga disebabkan hatiku yang sebenarnya masih menanti seseorang yang masih kuharapkan. SAFWAN….hatiku kecilku menjerit. Kenapalah insan yang ku gelarkan SAFWAN ini tidak menonjolkan dirinya? Atau hanya aku yang berangan-angan? Abaikan sajalah harapan itu. Kerana semuanya telahpun berlalu. Hilang berlalu bagai angin yang bertiup hanya seketika.