♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Showing posts with label MENU_RESEPI. Show all posts
Showing posts with label MENU_RESEPI. Show all posts

Sunday, July 15, 2012

ADA YANG JAHAT






ADA YANG JAHAT

"Ini sayaur apa, batang keladi bah kan? Gatal ka ni? Berapa harganya?" saya mengajukan pertanyaan terlebih dahulu sebelum membeli sayur batang keladi tersebut. Sepasang mata saya merenung seketika sayur batang keladi yang siap dihiris dan diikat dalam bungkusan plastik lutsinar.

"Ya, keladi. Tidak gatal ni. RM1.00. Rebus dulu lah sebelum masak" pertanyaan saya dijawab dengan baik.

"Kenapa perlu rebus?" saya sengaja memberikan persoalan kerana saya tidak pernah merebus sayur batang keladi sebelum ini. Sambil menanti jawapan, saya memandang tepat ke arah wajah pakcik penjual sayur tersebut.
"Rebus dulu...ada yang jahat" kata Pakcik penjual sayur di sekitar gerai Puncak Damai jalan Kampung Bayangan. Wajah pakcik tersebut kelihatan berumur lingkungan sekitar 60 tahun dan kelihatan selesa memakai topi berwana putih.

"Ada yang jahat? Ermmm...mungkin maksudnya, buang air rebusan yang tidak baik. Tambahan pula, setahu saya keladi sejenis tumbuhan yang gatal. Mungkin juga bertujuan untuk membuang rasa gatal pada sayur keladi tersebut" minda saya sedaya upaya memahami dan memujuk diri mengiakan sahaja jawapan pakcik tersebut.
Bukannya saya tidak pernah memasak sayur batang keladi, namun saya hanya ingin mendengar pesanannya terlebih dahulu. "Siapa tahu ada benda yang baharu" bisik hati kecil saya. Ternyata, saya mendapat maklumat baru. Jika sebelum ini saya memasak sayur batang keladi tanpa merebusnya terlebih dahulu, tapi kini saya mengubah cara seperti pesanan pakcik penjual sayur tersebut.

"Rebus dulu, kemudian baru masak seperti biasa, letak minyak, bawang dan lain-lain" Pakcik memberikan penjelasan lagi.

"Oooo...bah." saya menjawab ringkas. Namun, minda saya sudah mencipta resepi yang sama cuma perlu ditambahkan ikan masin dan serbuk santan kelapa. 

"Kamu tinggal di mana? Bayangan ka?" pakcik tersebut tiba-tiba bertanya ketika saya ingin berlalu pergi 


"Oh, tidak. Kampung saya di Penagatan Ulu. Sekarang tinggal di rumah guru SK Merampong" saya segera membuat pembetulan. Setelah mengucapkan terima kasih, saya memohon diri untuk meninggalkan gerainya.

Monday, May 30, 2011

SAMBAL KICAP



SAMBAL KICAP

Sudah menjadi kebiasaan, aku gemar menyediakan sambal kicap sebagai cicah hidangan makanan terutamnya apabila menu goreng ikan ketika itu. Menu sambal kicap ini adalah hasil rekaan ku sendiri dan amat mudah disediakan.
Bahan-bahan:

(1) 2 biji limau Kasturi
(2) 5 biji cili padi
(3) 1/2 sudu kecil garam halus.
(4) 3 sudu besar kicap manis (Tong Yu: bahasa rakan semenanjung)

Cara menyediakan:

(1) Cuci terlebih dahulu limau kasturi dan cili padi.
(2) Perah air limau kasturi dalam mangkuk kecil dan buang bijinya.
(3) Hiris halus cili padi.
(4) Masukan 1/2 sudu kecil garam halus.
(5) Tambahkan 3 sudu besar kicap manis / tong yu.


Bagi anda yang berminat, bolehlah cuba membuat sambal kicap ini. 2 biji limau itu adalah menu untuk 2-3 orang yang menjamu selera. Jika ramai, bolehlah tambahkan kuantiti limau kasturi, cili padi serta bahan-bahan yang lain. Selamat mencuba ya. :-)

Saturday, January 22, 2011

TERUNG PIPIT


TERUNG PIPIT

24.09.2010 (Jumaat)

Pagi itu aku disapa oleh kak Yam mengenai Terung Pipit. Terung Pipit boleh dijadikan sebagai sayur. Untuk pertama kali aku ingin mencuba Terung Pipit ini sebagai sayur, padahal seingat aku, buah Terung Pipit ini adalah bahan permainan ku dulu. Ku petik sebiji demi sebiji dan meniupnya ke udara denga menggunakan mulut. Siapa bertahan meniup lebih lama dan tinggi melambung dari bibir, dia dikira hebat.

Hari demi hari berlalu, aku buntu bagaimana untuk memasaknya sedangkan sudah diberitahu cara memasaknya. Akhirnya aku biarkan seketika Terung Pipit dalam peti sejuk. Hari berganti minggu hingga aku lupa memasak Terung Pipit tersebut. Hasilnya, aku gagal memasknya dan terpaksa membuangnya kerana terung tersebut telah kelihatan hitam.

"Maafkan aku kak Yam, susah-susah diberi percuma, aku pula yang tidak memasaknya" hatiku berbicara sendiri.