♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Showing posts with label GURU OH GURU. Show all posts
Showing posts with label GURU OH GURU. Show all posts

Saturday, June 2, 2012

TETAMU MALAM


TETAMU  MALAM


Kelawar (Bahasa Melayu) / Bat (Bahasa Inggeris) / Pungit (Bahasa Dusun)


Kelawar ini keluar menjadi tetamu ketika malam. Ya lah, bilik penginapannya di syiling rumah guru sahaja. Setiap hari akan ada serbuk kehitaman jatuh dari beberapa sudut syiling rumah guru. Aduhh...sungguh kasihan rumah guru seperti ini, sewanya masih kekal dipotong RM250.00 sebulan. Tidak mengapalah...insan penghuninya masih bahagia... ^___^



24.04.2012_8.00malam_kuarters guru.

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU



SELAMAT HARI GURU : 16 MEI 2010 (AHAD)



GURU,
Dalam ajarnya ada HARAPAN.
Dalam tegurnya ada DOA.
Dalam marahnya ada SAYANG.
Dalam diamnya ada BIJAKSANA.
BERBAHAGIA lah menjadi Guru.
"Selamat Hari Guru"

(SMS from: Cikgu Darwninah Mohamad) (Picture Facebook from: Cikgu Gdin Keningau)




I can appreacitae coffee without SUSU,
Nights without LAMPU,
Curry without LEMBU,
Burgers without KEJU,
But NOT school without GURU.
"Happy Teacher's Day"
"Guru Pembina Negara Bangsa"


(SMS from: Teacher Merilyne Milton & Cikgu Mariani)
(Picture Facebook from: Aswina Saibin, Yusniati Yusof & Nong Murni)




Dulu, murid hormat dan takut guru,
Kini, guru takut murid.
Dulu, guru chalk & talk,
Kini, guru kena slow talk.
Dulu, guru boleh claim,
Kini, tak boleh complain.
Dulu, Hari Guru dapat wang saku,
Kini, Hari Guru dapat 'penyapu'...kena gotong royong...
"Selamat Hari Guru"

(SMS from: Ustaz Januar & Cikgu Masnijah Muhamin)
(Picture Facebook from: Jackie Jack)




Apakah cita-cita anda sebelum jadi Guru?
Majistret? Loyar? Enginear?
Adakah anda menyesal jadi guru?
Cuba lihat ada tak loyar yang sanggup pakai topi arkitek?
Ada tak majistret yang berani sarung kot doktor?
Tapi GURU adalah semua itu.
Kitalah DOKTOR bila murid SAKIT.
LOYAR bila parents SOAL.
MAJISTRET bila murid BERGADUH.
Hatta SECURITY GUARD dan AHLI NUJUM pun kita!!
Semalam pula jadi TUKANG KEBUN Gotong Royong Perdana.
Oleh itu, banggalah jadi CIKGU.
"Selamat Hari Guru"


(SMS from: Cikgu Wagimin Sapri - GB SK Merampong)
(Picture download: Cikgu Jalifah Muhamin)


'GURU' bagaikan NTV7 kerana CERIA SELALU.
Guru juga kadangkala seperti TV3 kerana menjadi MENJADI INSPIRASI HIDUP KU.
Yang pasti guru juga bagaikan TV9 DEKAT DI HATI.
Dan yang paling penting.....
Guru juga bagaikan PACKAGE ASTRO
kerana MACAM-MACAM ADA.
"Selamat Hari Guru"
(SMS from: Cikgu Maria Jafflic & Lenny Kong)
(Picture Facebook from: Jackie Jack)


Note: TQ ucapan selamat dari semua rakan-rakan SMS dan ucapan di wall Facebook yang lain: Shima Ku, Rafye Pye, Cikgu Ry Yusrus, Cikgu Ruslinah Idzsang, Cudan Dan, Adik Iman Izzah, Afifin (Indonesia), Cikgu Hasrinah Tudiki, Cikgu Estee Lee, Cikgu Aen Mardiyah, Dzakir Bustamam, Teacher Avella, Midi, juga rakan-rakan yang tak sempat disebutkan namanya.

Friday, April 23, 2010

BICARA GURU PADA ANAK MURID


BICARA GURU PADA ANAK MURIDNYA : (Dipetik dari Nota FB: Myab Aba, nota FB dari Ust Zahazan)
KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan. Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah"Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkatkayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi,tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuhkitatidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa."

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."

"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanyaGuru kepada anak muridnya."

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya......

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar".

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dengan tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan".

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita".

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang".
Note: Pada saya watak guru dalam kisah ini cuba mengajak murid berfikir lebih jauh ke hadapan mengeai senario yang berlaku zaman kini. Menggunakan kaedah berfikir diluar kotak. Mengajak minda murid-murid agar lebih CELIK AKAL memahami senario kehidupan yang memang mencabar pada masa kini. (TQ sahabatku Myab diatas sharing nota dalam FB).

Monday, March 2, 2009

PETUA SEORANG GURU


Kalau guru mengajar sambil duduk,
Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau guru mengajar sambil berlakon,
Murid belajar dengan tekun.

Kalau guru mengajar tanpa alat,
Murid belajar dengan ralat.

Kalau guru menjadi pemudah cara,
Ramai murid pandai bicara.

Kalau guru mengajar tanpa menilai,
Tak akan murid tahu bodoh atau pandai

Kalau guru berbudi bahasa,
Dikenang murid sepanjang masa.

Kalau guru tunggu diarah,
Semua kerja kena kerah.

Kalau guru kurang merancang,
Di bilik darjah banyak temberang.

Kalau guru tunjuk baik,
Semua murid jadi pelik.

Kalau guru suka berdamping,
Semua murid dapat di bimbing.