"HIDUP ini sering diberi pilihan demi pilihan. Semoga tidak tersalah membuat KEPUTUSAN terhadap PILIHAN yang dipilih." :)
♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥
ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)
Qasidah Istighfar
Thursday, July 28, 2011
ANDAI KETUA KELUARGA TIDAK SOLAT
Thursday, May 26, 2011
WANITA DAN PILIHAN

WANITA DAN PILIHAN
Razlan Lan'z sebab pergaulan terlalu bebas menyebabkan isu kawin jadi pilihan kedua.
Saturday, May 21, 2011
PENGARUH WANITA DALAM RUMAHTANGGA

Sumber:
Monday, March 14, 2011
23 tips Petua RumahTangga Bahagia

23 tips Petua RumahTangga Bahagia
2.Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3.Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
4.Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
5.Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6.Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
7.Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8.Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
9.Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
10.Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
11.Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
12.Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
13.Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
14.Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
15.Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
16.Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
17.Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
18.Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
19.Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
20.Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
21.Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
22.Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
23.Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.
Wednesday, December 15, 2010
SALAHKAH PERIGI MENCARI TIMBA?

SALAHKAH PERIGI MENCARI TIMBA?
Bagaimana mungkin srikandi Islam yang mulia, Khadijah r.a menawarkan dirinya kepada Rasulullah SAW untuk dijadikan isteri? Apakah itu menggambarkan bahawa Khadijah memiliki sifat TIDAK TAHU MALU?
Ceritanya begini. Seorang gadis merasakan sudah tiba masanya untuk mendirikan rumahtangga. Namun dia bukanlah terlalu terdesak untuk mendapatkan cinta seorang lelaki. Hanya merasakan perlu menamatkan zaman bujang bagi mengelak berlakunya sesuatu yang tidak di ingini. Jua, untuk mengisi fitrah seorang manusia, mengasihi dan dikasihi.
Gadis ini masih belum berpunya. Barangkali tidak punya masa untuk berpacaran sebelum ini. Mungkin uga yang ditunggu tidak kunjung tiba. Boleh jadi pernah ditinggalkan kekasih hati. Namun ketika ini dia sedang meminati insan bergelar lelaki.
Tetapi, malu dan segan rasanya diri. Mahu menyatakan pandangan serong. Hendak meluahkan, apakah mungkin nanti dicop sebagai wanita yang tidak tahu malu. Namun, getaran dihatinya hanya Allah yang tahu.
Benar, bukan dia sahaja yang berhadapan dengan situasi sebegini. Ramai wanita barangkali sedang memendam rasa, menaruh hati kepada lelaki impian. Tetapi bimbang jika diibaratkan umpama perigi mencari timba.
Namun adakah itu satu kesalahan? Ketika hasrat mereka adalah untuk menyunting lelaki sebagai pemimpin diri dan keluarga yang bakal dibina kelak. Atau mungkinkah kita yang gagal memahami antara adat dengan ibadah.
Jika ia satu kesalahan, bagaiman amungkin srikandi Islam yang mulia, Khadijah r.a menawarkan dirinya kepada Rasulullah SAW untuk dijadikan suami? Apakah itu menggambarkan bahawa Khadijah memiliki sifat TIDAK TAHU MALU?
“Wahai anak saudara pakcikku, sesungguhnya akau telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-kata mu…”
Begitulah luahan Khadijah pada saat meghulurkan lamaran kepada Nabi Muhammad. Barangkali tidak ramai yang tahu, perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan.
Sebaliknya merupakan sunah dan kebaikan ini berdalilkan hadis daripada Anas r.a yang berkata telah datang sorang wanita kepada baginda Rasulullah dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:
“Wahai Rasulullah, apakah engkau berhajat kepada aku? Lalu ketika menceritakan hadis ini maka menyampuklah anak perempuan Anas r.a dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas r.a: Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik daripadamu kerana dia mencintai nabi dan menawar dirinya demi kebaikan.” (Riwayat Bukhari no 5120, Nasaie dan Ibn Majah).
Pasti rasa malu itu tetap ada untuk meluahkan perasaan. Apatah lagi daripada seorang wanita kepada seorang lelaki. Namun bukankah masih ada caranya untuk melontarkan hajat dan keinginan kepada lelaki.
Gunakanlah BAHASA BERLAPIK atau KIASAN, perumpamaan dan sindiran kepadanya untuk memahami perasaan. Jua, boleh digunakan khidmat orang tengah sebagai perantara bagi menyampaikan pesanan dan hasrat.
Namun ILMU dan KEFAHAMAN yang mantap perlu diutamakan terlebih dahulu. Benar, Islam tidak melarang wanita meminang lelaki. Bagaimanapun, janganlah ia dilakukan dengan semberono. Asal sukakan lelaki, terus melamar tanpa mengkaji usul asalnya...Awas ya.. ^_^
Sumber: I LUV ISLAM_Sept 2010_M/S 16
* Ermm...pada anda bagaimana? Pada saya, apapun keputusan dan tindakan yang diambil (perigi mencari timba) semuanya haruslah dimulakan dengan ILMU dan bersuluhkan saranan didikan Islam itu sendiri. :-)
Sunday, November 14, 2010
ILHAM INDAH CARI JODOH

ILHAM INDAH CARI JODOH
(Dipetik dari nota sahabat FB saya, Mr Kalijaga. Semoga bermanfaat untuk dibaca.)
Assalamualaikum...
Semoga bermanfaat...baik utk yang melamar ataupunyg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga...
Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga..
Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa ...
Kerana Dia Manusia Biasa...
Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama.
"Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu?" Jawabannya ada bermacam-macam.
Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi.Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah.
Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah.Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja.Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya.
Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius.
Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.
Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya.Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.
Sebenarnya....!!!Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini.
Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk).Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara.Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all...
Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.
Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual;hanya berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua.
Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapakali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.
"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.
"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur"."Ya.. ya" Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampuyang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.
Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu.
Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.
"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit daribaringnya sambil meraih HP dibawah bantalku.
Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja.
"Apa ni?". Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh...dia malah ketawa geli hati.
"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. "Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum.Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya.
Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat ini pun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu…
********* ********* ********* *******
Kepada yang .........,
Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya.
Assalamu'alaikum Wbk...
Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir.Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon,bacalah dulu sampai selesai.
Saya, yang bernama ............menginginkan anda ............untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.
Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.
Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agaristeri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.
Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa.Cinta saya juga biasa saja.
Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk da nmerawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.
Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.
Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.
Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.
Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya.Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin
Wassalamu'alaikum Wkt
********************************************************
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.
"Kenapa kamu memilih dia...?""Kerana dia manusia biasa.. " Dia menjawab mantap.
"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa.Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari.Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku."
"Maksudnya?""Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada.betul tak? Paling tidak....Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.
"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.
"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kam ikembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.
"Gik.....?""Tidur...Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.
Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'.
Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, takhta dan 'nama'.Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orangini/itu), ditanggalkan.Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah.
Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.Maka semua menjadi indah.Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.Kita hanya boleh memohon keredhoan Allah.
MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.Jadi, bagaimana dengan cinta?
Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya.Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa.
Amin... Wallahu 'alam
NOTA: "surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa." Kata si penulis ----> kreatif jua si pengirim surat yang diceritakan tu kan? Barangkali kalau sudah namanya jodoh...ada saja ilham yang indah-indah. Semoga dipermudahkan urusan jodoh kita semua...Amin.