♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

MADU GURUN


MADU GURUN

PertamaBlockquote kali aku mendengar perkataan madu gurun daripada sahabat ku di Melaka, kak Lela. Dan tak ku sangka aku menerima kiriman madu gurun daripadanya. Terima kasih buat kak Lela yang sudi memperkenalkan aku apa itu adu gurun. ^_____^


Madu Gurun adalah minuman kesihatan untuk kegunaan seisi keluarga bagi mengelakkan terkena penyakit.

Cara guna: Satu ketul untuk satu gelas air suam.

Keterangan lanjut : Raja Mohd Tarmizi - 017-5132788

Diedarkan oleh: Jamzibar Arabia Enterprise

No Pendaftaran: KT-0202429-X

Alamat: T.22 Taman Sri Keranji, 16150 Pasir Tumboh, Kelantan Darul Naim.


Monday, July 12, 2010

SOLAT DARI SUDUT PANDANGAN SAINS


SOLAT DARI SUDUT PANDANGAN SAINS


Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.


Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.


Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.


Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.


Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.


Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.


Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.


Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.


Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.


Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.


Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.


Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).


Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam


Wednesday, July 7, 2010

HIKMAH BERSUJUD


HIKMAH BERSUJUD

Berat otak jika dibandingkan dengan berat badan keseluruhan cumalah 3%. Tapi tahukah anda bahawa otak memerlukan 25% oksigen yg terdapat di dalam badan kita.

Dlm keadaan biasa, sebahagian sel-sel otak tidak menerima oksigen yg diperlukan, kerana aliran darah ke otak mengalami gangguan tarikan graviti bumi. Impaknya, otak kita menjadi lembab dan kurang produktif.



Bagaimana mengatasinya?

Menurut pakar, perbanyakkan bersujud kpd-NYA. Dengan bersujud, darah dari jantung (oksigen) lebih mudah untuk sampai ke otak. Berdasarkan kajian, keupayaan otak meningkat sehingga 14% semasa seseorang sedang bersujud. Hanya Allah & Rasul yang lebih mengetahui.

Nota: Sharing info dari nota FB Umar Al-Longobi. TQ info. Semoga bermanfaat untuk semua. :)

Monday, June 14, 2010

VITAMIN C UNTUK KESIHATAN


VITAMIN C UNTUK KESIHATAN


FUNGSI VITAMIN C

1. Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan untuk gusi yang sihat.

2. Pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting.

3. Untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine.

4. Boleh mengurangkan gejala penyakit asma.

5. Mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti.

6. Meningkatkan penyerapan zat besi.

7. Bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demikian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi.

8. Mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" .
9. Egen dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.


SUMBER VITAMIN C

Buah beri, buah-buahan sitrus, dan sayuran hijau spt asparagus, avocado, black currants, kobis bunga, anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oreng, betik, kacang peas hijau, nenas, bayam, strawberri, tomato, dan selada air.

KESAN KEKURANGAN VITAMIN C

1. Lemah badan.

2. Sakit-sakit dan sengal badan.

3. Bengkak gusi.

4. Hidung berdarah.

5. Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah, gigi mudah tercabut, pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).

6. Anemia

Info ini saya perolehi dari laman : http://tayibah.com/eIslam/vitamin.htm
Nota: Sama-sama kita ambil tahu tentang kepentingan Vitamin C untuk kesihatan kita. Bila sihat pasti nampak ceria dan cantik.

Saturday, September 26, 2009

5 AMALAN KESIHATAN MENGIKUT AL-QURAN



Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan ini:-

(1). Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak terkumpul. Orang yang mandi pagi kebanyakannya mempunyai badan yang tidak gemuk.

(2). Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insya-Allah dijauhkan penyakit.

(3). Waktu sembahyang Subuh disunatkan bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Saintis menemui beberapa millimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud. Darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

(4). Dalam kitab juga, ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Rasulullah pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan, maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus.

(5). Rasulullah juga mengajar kita makan dengan tangan dan apabila habis, hendaklah menjilat jari. Saintis telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim adalah sejenis alat pencerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).


Diet & Pemakanan / Majalah NUR, m/s 59, (September 2005)