
Pendahuluan.
Menyedari tentang pentingnya penerusan pengajian Islam secara tradisional maka sebuah pusat pengajian ala-pondok tradisional telah diwujudkan di kampung Rosok, Kota Belud pada tahun 1990. Kini Pondok Rosok telah dipindahkan ke Kg. Tamau, Kota Belud pada Januari 2010 dan mula mengambil pelajar bagi sesi 2010 pada 1 Ramadhan. Pondok adalah sebuah tempat pengajian yang menjalankan sistem pengajiannya yang tersendiri dan unik. Sistem talaqqi (Menadah kitab) merupakan sistem utama yang diamalkan di pondok. Di sini Tuan-tuan Guru bukan setakat sebagai seorang tenaga pengajar, akan tetapi sebagai qudwah (teladan) bagi pelajar-pelajar, di samping sebagali penasihat dan pembimbing pelajar tersebut sepanjang masa. Perkara ini berterusan sehinggalah pelajar tersebut mampu untuk membaca kitab sendiri seterusnya sudah mampu berdiri sendiri dan keluar sebagai seorang Tuan Guru yang baru untuk mengembangkan sistem pondok ini khususnya dan Islam amnya.
Visi
Sebagai pusat penyebaran ilmu dan gerakan massa yang berdaya saing.
Misi
Melahirkan generasi muslim yang menghafal al-Qur’an dan berpegang pada ajarannya bagi membentuk para ulama’ dan pemimpin masa depan yang mempunyai ilmu dan maklumat untuk kebaikan dunia dan akhirat.
Objektif
1.Melahirkan generasi muslim yang terpelajar dan mampu menyebarkan Islam berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah serta menguasai perkembangan semasa dan teknologi terkini.
2.Mengajar ilmu-ilmu Islam yang menekankan asas pembangunan manusia dari semua sudut.
3.Melahirkan pelajar yang menguasai Bahasa Arab dengan mahir.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah:
Penaung: Ust.Hj.Madli Hj Manshor
(Imam Daerah Kota Belud)
Penasihat:
Hj.Akriah Abdullah.
(Sarjana Muda Farmasi, USM)
Pengerusi: Ust Mustaqim Aling
(Darul Qur’an, Kuala Trengganu)
Tim.Pengerusi: Che Hamzah Yusof
(Sarjana Muda Sains, USM)
Setiausaha: Saifudin Hj Ahmad
(Sarjana Muda Pengajaran (Matematik), OUM)
Bendahari: Saiful Anuar Abd.Rahman
(Sarjana Muda Pendidikan (Matematik), UPSI)
Ketua Unit:
1Kerja-Kerja Teknikal: Hj Ahinin Dusilin
(Sarjana Muda Sains dan Pendidikan, UMS)
2.Pengurusan Dana: Ust Abd Sattar Muhammad)
(Sarjana Muda Bahasa Arab, Univ. Al-Azhar)
3.Kurikulum: Ust. Samsudin Mohd Yasin
(Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan, UIAM)
4.Ko-Kurikulum: Jumat Sakmat
(Sarjana Muda Psikologi Pembangunan Belia dan Komuniti,UMS)
5.Unit Amal: Ahmad Fauzi Saiffuddin
(Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, UiTM Sabah)
6.Lojistik: Nasdin Pumpunga
(Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling, UPM)
Asik Masteri
(Sarjana Muda Pengajian Melayu, UM)
8.Pembangunan, Keselamatan dan Keceriaan: Daniah Abdullah.
Teori
- Belajar Kitab dengan Tuan2 Guru
- Mengulangkaji Pengajian Dengan Senior atau Mempelajari kitab-kitab
yang tidak diajar.
Amali
- Amalan Harian.
- Pelajar mengikut Tuan2 Guru.
Pengajian.
Kelas terbahagi kepada 2 iaitu:
1.Pengajian Pondok (Pelajar asrama dan harian yang berdaftar)
2.Umum (Pelajar dan masyarakat sekitar – kuliah maghrib)
Tempoh Pengajian
Pengajian pondok tidak mempunyai tempoh tertentu. Ini disebabkan pengajian pondok menitikberatkan kemampuan pelajar itu menerima setiap pelajaran serta kemampuan mereka terhadap pelajaran tersebut. Oleh yang demikian pelajar yang benar-benar mampu sahaja akan menghabiskan pengajian dengan lebih cepat. Walau bagaimanapun mereka yang tidak mampu mengikut pelajaran tersebut mungkin perlu mengulangi pelajaran sehinggalah mereka benar-benar mampu. Walaupun begitu ini hanya terhad kepada sistem pengajian pondok yang berbentuk NIZAMI sahaja, sedang sistem pengajian sekolah biasa tidak sedemikian.
Waktu Pembelajaran
Bagi pengajian pondok, masa dipenuhi dengan aktiviti pengajian sama ada aktiviti itu berbentuk kurikulum atau ko-kurikulum.
Kurikutum di pondok secara umum
- Mengenal Al-Quranul Karim.
- Belajar Kitab-kitab Jawi Kecil , Kitab Rumi dan Asas Bahasa Arab
- Belajar Kitab-kitab Jawi Besar dan Kitab Arab Kecil
- Menghabiskan Kitab-kitab
Berdasarkan asas kurikulum inilah kitab-kitab pengajian akan dibahagikan kepada pelajar untuk mereka mengikutinya. Contohnya Subjek Feqah: Pelajar akan didedahkan dengan kitab yang rendah sebelum berpindah ke kitab yang Iebih besar. Mereka juga akan dilatih membaca kitab kepada junior sebagai latihan asas.
Ko-kurikulum di pondok secara umum
- Belajar Berceramah.
- Belajar Berzanji
- Berzikir
- Latihan Imam Terawih (Senior)
- Menyampaikan syarahan dalam musim tertentu spt. Maulud
- Imam solat Berjemaah
- Kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan.
- Pertanian dan Penternakan
- Seni mempertahankan diri
- Ilmu perubatan Islam.
MATAPELAJARAN YANG DIAJAR
I - Tauhid
2 - Feqah
3 - Nahu (Tatabahasa Arab)
4 - Balaghah (Sastera Arab)
5 – Soraf ( Ilmu kunci Bahasa Arab)
6 - Tasawwuf/Akhlak
7 - Tafsir
8 - Hadis
9 - Mantiq (Ilmu Logik)
10 - Sejarah Islam
Tambahan:
Pondok baru yang telah dibangunkan di kg Tamau, Kota Belud mula mengambil pelajar pada 1 ramadhan lepas. Kini pelajarnya baru ada 9 orang. Kapasiti asrama ialah seramai 20 orang.
Syarat kemasukan:
1.Lelaki bujang. Umur tak kira berapa. Yang penting minat untuk belajar.
2.Tidak merokok/ berikrar untuk berhenti merokok.
3.Sedia patuh pada semua peraturan pondok.
4.Tiada masalah disiplin.
5.Tinggal di asrama.
6.Yuran daftar RM50 dan yuran makanan RM100 sebulan. Bagi mereka yang benar-benar tidak mampu (miskin) boleh dibincangkan pengecualian oleh AJK atau cari sponser.
7.Masak sendiri- beramai-ramai.
Sumbangan kewangan dari seluruh umat Islam amat dialu-alukan. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun pondok di Bank Islam, Kota Kinabalu
( 100 – 160 – 202 – 129 – 36 )