♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Wednesday, August 5, 2009

Diary Abstrak Seorang Pencinta (290709)

FLASH BACK (290709)

Setelah apa yang berlaku terus ditinggal pergi, terasa sedikit kelegaan dihati. Cuma bayangan-bayangan kenangan yang lalu sahaja yang difikirkan. Aku mengenagkan kembali bagaimana aku mengenalinya. Ya, aku hanya mengenalinya daripada hujung jari yang menekan huruf-huruf ditalian internet. Sekadar niat mencari kawan yang ramai dan rakan untuk bersembang. Hanya sekadar bertukar-tukar email. Dan sepanjang aku mengenalinya, hanya sekali sahaja aku dan dia bersua muka. Itupun berlaku tanpa dirancang ketika aku ingin menemui seorang rakan lama. Walaupun aku dan dia bermastautin di daerah yang sama, namun terasa dunia ini luas kerana aku tidak pernah menemuinya dikedai mahupun ditempat-tempat tertentu yang dikunjungi ramai orang.

Pernah di satu ketika, angin nakal si dia melanda hingga tergamak menghantar mesej yang memburukkan bunyi nama ku. Tak perlu disebutkan nama itu kerana sememangnya aku tidak menyukai coretannya pada masa tersebut. Mood ku yang agak letih berjalan kaki 15 minit balik ke rumah makcik ku (adik kepada emak ku) dari sekolah memburukkan lagi keadaan. Sejurus selepas membaca mesejnya, aku hanya mendiamkan diri serta menaip sesuatu mesej kepadanya. Naluriku berkata ‘aku tak suka berkawan orang ini lagi’ dan niat perasaan ku itu telah ku sampaikan kepadanya tetapi melalui bentuk mesej yang berlainan pula. Selang sehari, datang mesejnya yang membuatkan aku tersenyum sendirian. ‘Iskkk…si dia ni, kasihan pula kat dia’ bisik hati kecilku. Mood ku pada ketika itu agak baik dan aku kembali bersahabat dengannya seperti biasa. Dan hingga kini aku dan dia masih kekal bersahabat di dunia internet. Kepada si DIA…aku ingin memberi gelaran nama buatmu. Apa nama yang sesuai ya??



GELARAN NAMA “SAFWAN” (290709)

SAFWAN…nama yang agak ku gemari di zaman persekolahan ku d SMK Gunsanad, Keningau, Sabah. Ketika itu aku sedang membaca dan mengetahui nama tersebut di senarai nama-nama yang baik dalam Islam. Kalau tak silap aku, Safwan bermaksud ‘IKHLAS’. Dan bermula dari sekarang si dia yang ku maksudkan akan ku gelar sebagai SAFWAN. Senyumanku terukir seketika mengenangkan nama yang ku berikan ini. Siapakah sebenarnya gerangan SAFWAN yang ku maksudkan itu? Biarkan aku saja yang mengetahuinya. Tiba-tiba dalam ukiran senyumku, wajahku berubah sedih. Aku tiba-tiba terkenang kembali akan kisah silamku yang pahit pada tahun 2007.


KISAH SILAM KU (290709)

Hampir dua tahun berlalu iaitu pada tahun 2007 merupakan tahun dimana aku menerima MEHNA (UJIAN) Tuhan yang amat berat ku rasakan. Tahun itu juga merupakan musim airmataku tak habis-habis berlinangan mengenangkan ikatan perhubunganku selama 4 tahun yang terjalin dengan seorang insan bergelar lelaki telah putus ditengah jalan. Entah dimana silapnya, hingga hubungan itu menemui ajal jua akhirnya. Aku hampir tak terdaya mengawal kesedihan diri. Beratus-ratus wang ringgit dibuang untuk mencarinya dan memperbaiki semula hubungan yang retak dan hancur tetapi kesudahannya terkubur ditengah jalan. Aku terpaksa akur dengan ketentuan Tuhan yang telah mengubah hati insan bergelar lelaki itu sehingga ia tidak mempedulikan aku lagi. Aku hanya melutut dikubur cinta yang telah mati. Kerongkogku terasa bagai dijerut tali, sedih yang tidak terkira.

Aku sempat merasakan duniaku gelap seketika. Terasa bagai hilang arah jalan haluanku. Aku tercari-cari dimana silapnya. Hingga aku rendahkan ego diriku. Malah aku telah lontarkan jauh segala egoku itu ke dalam tong sampah. Aku merayu kepadanya untuk membina semula ikatan perhubungan yang sememangnya telah retak. Bak kata pepatah melayu “Buang yang keruh, ambil yang jernih”. Aku telah cuba sedaya upaya memperbaiki dan membinanya semula walaupun pada hakikatnya hubungan itu telah hancur.

Dan akhirnya, aku hanya terkulai layu dalam tangisan dan luka yang amat menyakitkan. Perlahan-lahan aku bangun dan mencari siapa saja tempat mengadu kisah sedihku. Rakan-rakanku, adikku, kakak ku juga ibuku pernah menjadi pendengar paling setia terhadap kesedihanku. Tapi kisah sedih yang ku ceritakan berulang-ulang kalinya sehingga mencapai tempoh enam bulan telah mengundang JEMU pada pendengaran telinga mereka. “SABAR…SABAR...ADA YANG LEBIH BAIK”. Itu sahaja yang diperkatakan oleh insan-insan disekelilingku.

Terasa bagai aku kehilangan tempat mengadu. Hingga akhirnya aku muhasabahkan diriku dihamparan sejadah, mengadu kesedihanku sepenuhnya kepada ALLAH yang maha mengetahui. Berkali-kali ku panjatkan doa memohon ketenangan daripada-Nya. Hingga kini telah hampir genap dua tahun aku meninggalkan kisah silamku ini. Terasa masih ada sebak di dada yang boleh mengundang linangan air mata. Dan diakhir tulisan yang baru ku coretkan ini sempat juga cecair jernih keluar dari kedua-dua kelopak mataku.



BERFIKIR SEJENAK (290709)


Hubungan persahabatan dan komunikasi yang baik dan berterusan menyebabkan aku masih kekal bersahabat dengan insan yang ku gelarkan SAFWAN. Pada tahun 2008 aku telah berjaya ditawarkan sebagai guru pelatih selama setahun di Institut Perguruan Tawau, Sabah. Hubungan ku dengan SAFWAN yang sentiasa ada pasang surutnya itu masih terus berkekalan.

Sehinggalah pada 08.01.2009 aku telah dipostingkan di sebuah sekolah rendah iaitu yang hanya 20 minit dari pekan Keningau, Sabah. Sempat juga naluriku berbisik, ‘mungkin jodohku disini?’. Kebetulan hanya aku dan seorang pendidik lelaki dipostingkan disekolah tersebut. Keakraban kami begitu terserlah pada mulanya sehingga sering menimbulkan pelbagai gosip. Aku berfikir sejenak dan jauh disudut hatiku berkata “inikah jodohku?”. Sehinggalah hari-hari yang dianyam bersamanya, aku semkin mengenali hati budinya. Si dia yang ku bahasakan namanya ‘pendidik’ itu kelihatan amat baik tetapi terasa bagai ada satu boundry (batas) yang memisahkan perasaan SELESA dalam diriku terhadap insan pendidik itu yang sememangnya juga berstatus bujang dan masih single. Aku selalu cuba membuat yang terbaik untuk menyesuaikan pergaulan bersamanya, tetapi terasa ada saja yang membuatkan hatiku kurang berkenan terhadap sikap dan personalitinya. Maafkan aku wahai ‘pendidik’ jika kau mengetahui perasaanku ini. Dan akhirnya, aku menganggap si pendidik itu layak untuk orang lain dan bukan insan seperti aku. Walaupun mungkin pernah terlintas feeling diantara dua hati, bagai terasa aku telah menetapkan keputusan yang muktamad iaitu ‘SAHABAT’. Si ‘pendidik’ itu adalah sahabat yang baik buat selamanya.

Mungkin juga disebabkan hatiku yang sebenarnya masih menanti seseorang yang masih kuharapkan. SAFWAN….hatiku kecilku menjerit. Kenapalah insan yang ku gelarkan SAFWAN ini tidak menonjolkan dirinya? Atau hanya aku yang berangan-angan? Abaikan sajalah harapan itu. Kerana semuanya telahpun berlalu. Hilang berlalu bagai angin yang bertiup hanya seketika.

No comments: