♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Friday, June 17, 2011

WANITA UBAH PARADIGMA


WANITA UBAH PARADIGMA

Bergelar wanita sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kepada kita dengan pelbagai keistimewaan. Sebagai wanita, isteri dan ibu, tanggungjawab kita sebenarnya luas dan harus peka dengan pelbagai anasir jahat yang boleh memberi impak negatif kepada anak-anak kita kelak.

Oleh itu, isteri harus bersama-sama suami untuk memastikan keturunan kita kelak terselamat daripada siksa api neraka sebagaimana yang ditekankan dalam surah At-Tahrim, ayat 6 yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah diri mu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." - At Tahrim : 6

Jelas di sini bahawa wanita harus mampu mengubah paradigma menjadikan keluarga sebagai aspirasi kepada kegigihan menjalankan dakwah tanpa mengenal jemu. Biarpun sibuk dengan urusan kerja, ia bukan alasan untuk anda menyisihkan aktiviti kemasyarakatan.

Hadis Ar-Rasul s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang mafhumnya:

"Islam mula-mulanya datang laksana (seorang) asing dan akan kembali lagi dalam keadaan asing. Maka berbahagialah orang-orang asing (Ghuraba') itu. Ditanya: 'Siapakah yang termasuk Ghuraba' itu ya Rasulullah?' Rasulullah menjawab: 'Orang-orang yang berbuat baik pada saat manusia berbuat kerosakan'."

Selaku umat akhir zaman, marilah kita sama-sama berusaha agar diri dan keluarga serta seluruh umat Islam dilindungi daripada azab yang menyakitkan. Tanggungjawab kita sebagai wanita bukan sekadar untuk keluarga sendiri malah untuk seluruh masyarakat. Kita wanita yang mampu mengubah paradigma!

Sumber: Hadis & Falsafah_Majalah NUR_m/s 56_September 2009

No comments: