USAH GILA HARTA
Apabila seseorang individu dilimpahi dengan pelbagai nikmat, perkataan pertama yang diucapkan adalah 'Alhamdulillah'...itu bagi orang yang sedar akan rezeki itu datangnya daripada Allah.
Ingatlah bahawa harta kekayaan itu adalah milik Allah dan ia adalah amanah-Nya untuk kita menggunakannya bagi menegakkan suruhan Allah. Oleh sebab harta itu satu amanah, maka di dalam harta itu ada hak-hak orang lain atau pihak-pihak tertentu.
"Maka (bagi mengatakan kesyukuran) berikanlah kepada kerabat mu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing, pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah, dan mereka itulah orang-orang yang berjaya." - Al-Rum : 38.
Oleh sebab itu, kita hendaklah membuat peruntukan daripada kekayaan untuk diberikan kepada orang yang berhak sebagaimana yang ditentukan oleh Allah misalnya menyalurkan bantuan untuk menghapuskan kezaliman, menegakkan kebenaran, bersedekah, berzakat, memberi peluang pekerjaan kepada orang lain dan sebagainya.
Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman akan jiwa mereka harta benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga". - Al-Taubah : 111.
Sumber: Hadis & Falsafah_Majalah NUR_m/s 109_September 2009.
No comments:
Post a Comment