♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Wednesday, June 8, 2011

PERTAMA KALI

Perfume kereta 'I Love U' jadi pilihan dan kaca mata coklat mengelak silau matahari ketika memandu.

PERTAMA KALI

6 Jun 2010 (Isnin), jam 2.30petang, tercipta sejarah kali pertama aku mengambil risiko memandu keretaku dari Keningau ke Kota Kinabalu. Segalanya bermula dari angan-angan dan rancangan biasa. Namun, terlaksana jua hasil sisa-sisa semangat serta permintaan sahabat ku, Yante.

Walaupun sehari sebelum bertolak ke Kota Kinabalu aku dikejutkan dengan kejadian yang meragut semangat ku (peristiwa hampir kemalangan), namun entah kenapa aku mengambil keputusan untuk menyahut rasa takut tersebut sebagai cabaran dan lebih berhati-hati serta fokus.

Alhamdulillah, bukit demi bukit ku rentasi, selekoh demi selekoh ku harungi dengan kelajuan sederhana sekitar 60KM/Jam. Seolah-olah aku tak percaya aku tiba jua ke destinasi Kota Kinabalu melalui jalan Kolam (Bukit Padang) dan destinasi pertama kami ketika itu adalah bangunan Karamunsing. Tujuannya adalah untuk solat di tingkat 10, tapi entah bagaimana setelah masuk, perut dulu dijadikan sasaran untuk di isi di restoran 3 huruf, KFC.

Kali pertama juga aku memandu keretaku menaiki bangunan Karamunsing untuk mencari parking kereta di tingkat 3. Dan aku teringat sesuatu, ya satu kisah yang sudah berlalu 15 tahun dahulu, ketika itu aku berumur 14 tahun (tahun 1996) dalam satu rombongan lawatan pengawas asrama SMK Keningau 1. Ketika itu aku pertama tiba ke destinasi ibukota Sabah iaitu, Kota Kinabalu. Bas yang kami naiki berehat seketika berhampiran dengan bagunan bertulis 'Karamunsing'. Ada sesuatu yang menakjubkan bagiku.

"Wahhhhh...kereta di sini pandai naik bagunan" bisik hati ku.

Satu persatu ku lihat kereta memanjat bangunan bernama 'Karamunsing', entah apa tujuannya, ketika itu aku tak pasti. Maklumlah pertama kali sampai ke destinasi Kota Kinabalu. Banyak saja yang membuatkan aku mengatakan "Oooo...ini pula..."

"Oooo..ini pula laut...masin...biru kehijaun.." bisik ku ketika kami melawat Pulau Manukan.

"Oooo...ini pula lift....jom kita cuba turun naik guna nombor lift..." aku dan beberapa orang rakan perempuan sepakat menaiki lift di pusat membeli belah Centre Point, KK.

"Oooo...ini pula tangga bergerak..." macam-macam ada di Kota Kinabalu yang pada ketika itu tiada di Keningau.

Demikian antara pengalaman pertama ketika aku tiba di Kota Kinabalu termasuklah 'peristiwa kereta naik bagunan' tersebut. Alhamdulillah...... 15 tahun berlalu, aku pula yang membawa keretaku 'Mr Oren' memanjat bangunan bernama 'Karamunsing' tersebut, bukan sekali tapi 3 kali atas urusan bersama sahabat ku Yante.

Seperti tidak percaya aku memandu dari satu destinasi ke destinasi yang dituju seperti:

06.06.2011(Isnin)
Karamunsing (Solat dan makan) ---* Flat Persekutuan berhampiran Kompleks Likas (menginap di rumah abang).

07.06.2011 (Selasa)
Sinsuran (berurusan mengenai insuras di Pejabat KGKS) ---* Pasar Ikan masin (membeli ikan kering dan kuih cincin) ---* Alamesra (berurusan di Hidayan Centre) ---* Masjid UMS (solat jamak Zohor & Asar) ---* 1 Borneo (sahabat ku Yante membeli kain ela di Tamma) ---* Karamunsing (membeli charger laptop dan 2G memori hp iPhone) ---* Flat Persekutuan, Likas (bermalam kali ke dua).

08.06.2011 (Rabu)
Karamunsing (ambil sahabat ku si bapa) ---* DG Centre, Api-APi (membuat persetujuan serah hak milik sim kad telefon) ---* Centre Point-Kedai Buku Popular dan Restoran Farm Square, Tgkt 4 (Melihat buku dan makan bersama adik Anis, Adik Kijul dan sahabat ku si bapa) ---* Karamunsing (solat jamak Zohor dan Asar). Masa balik Karamunsing, sahabat ku si bapa drive jap....sebab aku agak keliru jalan menggunakan fly over. Masa tu sahabat ku si bapa juga salah masuk jalan kami mengambil jalan agak jauh iaitu jalan berpusing melalui masjid Negeri Sabah, Sembulan menuju ke Karamunsing semula.
{Tahniah buat sahabat ku si bapa, baru dapat kerja kerajaan pada 06.06.2011 dan terima kasih juga belanja makan...huhuhu.}

Sekitar jam 2.30 petang, aku dan Yante memulakan perjalanan jauh untuk kembali semula ke destinasi kelahiran kami, Keningau. Sekitar jam 4.oo petang, kami singgah sebentar di Pusat Refflesia, 18 KM sebelum pekan Tambunan untuk berehat seketika sambil mendapatkan sedikit info mengenai jadual melawat bunga Refflesia iaitu dari bermula awal pagi hingga jam 2.00 petang sahaja dan dibuka pada setiap hari dengan yuran masuk RM2.00 seorang.

Kami meneruskan perjalanan pulang dan sempat singgah membeli sayur di tepi jalan. Perjalanan kami dipercepatkan sedikit apabila kami melalui jalan 'short cut' ke pekan Tambunan melalui simpang perkampungan iaiitu "Jalan Kinabaan". Jalan ini tidak melalui jalan SMK Tambunan dan round about 'Halia' menuju KK-Ranau-Tambunan.

"♥ ALHAMDULILLAH ♥ ^__________^" itu lafaz di hati setelah kami sampai dengan selamat ke rumah guru ku di SK Merampong. Sebelum solat Maghrib, aku menghantar sahabat ku Yante pulang ke rumahnya di Kg Pasir putih. Aku masih tidak percaya, bahawa aku telah memandu begitu jauh sekali terutamanya ketika tiba di badaraya Kota Kinabalu yang begitu sibuk dengan kenderaan dan lampu traffic light.

Menyebut perkataan 'traffic', aku teringat akan kisah bertarikh 8.06.2011 (Rabu), ketika itu aku dan Yante akan berangkat balik Keningau. Aku baru saja memulakan perjalanan keluar dari Flat Persekutuan, Likas dan mengambil 'U' turn menggunakan traffic light simpang 4 (Damai, Inanam, Kompleks/Stadium Likas dan Kota Kinabalu) menuju ke jalan Kompleks/Stadium Likas. Setelah lampu hijau bernyala, aku memandu dengan kelajuan sekitar 40 KM/jam memandangkan jalan agak berselekoh ke kanan. 50 Meter dihadapan, aku melihat sebuah lori besar berwarna putih berhenti di tepi jalan dan seorang pekerja JPJ pula sedang melambai tangan ke arah ku tanda untuk memberhentikan kereta.

"Alamak JPJ..." itu sahaja bisikan hati ku dan aku masih percaya aku tidak melakukan kesalahan ketika itu kerana aku sedang memakai tali keledar kereta.

"Haaa....baru mau tarik tali keledar ka? Itu, itu, itu kena denda...pemandu tak kena denda." Kata pekerja JPJ lelaki lingkungan umur 40an tersebut. Walaupun aku memakai kaca mata coklat ketika itu, namun aku sedang membuat muka 'minta kasihan', ya... aku sekadar menatap wajah pekerja JPJ tersebut tanpa bicara.

Sahabat ku Yante dan dua orang adik ku Anis dan Kijul tersenyum-senyum, seolah-olah lucu kerana kedapatan menarik tali keledar sebelum ditegur pekerja JPJ tersebut.

"Tidak apa, saya maafkan, lain kali jangan lupa pakai" kata pekerja JPJ tersebut.

"Terima kasih banyak ya Encik..." itu sahaja yang terluah beserta senyuman paling lebar buat pekerja tersebut yang memberi peluang kemaafan buat kami semua. Aku meneruskan perjalanan perlanan-lahan meninggalkan kawasan pemeriksaan JPJ dan sempat ku saksikan sebuah kereta kancil sedang berurusan dengan beberapa orang pekerja JPJ lagi, mengurus saman barangkali.

Alhamdulillah, tiada sebarang saman yang berlaku sepanjang aku memandu di bandaraya Kota Kinabalu. Semua sewa parking juga telah ku lunaskan: parking Sinsuran -RM1.00, parking 1 Borneo -RM2.oo (Bayar menggunakan mesin), parking Api-Api -RM2.oo, Parking Karamunsing -RM2.00 x 3 = RM6.00. Parking kawasan Alamesra free pula, tiada bayaran, mungkin sebab kawasan tersebut masih kurang pengunjung.

Kaki kiri ku masih terasa lenguh akibat memijak dan menahan clutch agak lama. Sesekali aku menutralkan gear jika keadaan jalan amat sesak bagi merehatkan rasa penat kaki kiri ku. Terkenang pula kereta automatik. Mereka yang berkerja dibandaraya memang patut menggunakan kereta automatik, jika tidak, boleh dapat sakit kaki berpanjangan melainkan mereka memang sudah biasa memijak clutch.

Jika dibandingkan perjalanan ku di badaraya dengan jalan jauh menuju KK-Keningau, adalah lebih baik memandu di perjalanan jauh yang tidak berapa sesak kerana kaki kiri ku tidak letih memijak clutch. Aku hanya perlu menukar gear mengikut keperluan dan bentuk jalan. Kini aku mula memahami cabaran-cabaran di jalan raya. Semoga dengan pengenalan dan pengalaman ini, aku lebih matang dan berhati-hati mengendalikan kereta ku 'Mr Oren' di atas jalan. Aku percaya formula untuk berada di atas jalan hampir sama dengan formula pejalan kaki. Pada pendapat ku, antara "FORMULA" tersebut ialah :

(1) Sebelum bergerak, pastikan kereta dalam keadaan selamat (tayar baik serta tiada kerosakan lain) dan minyak mencukupi.

(2) Pakai tali keledar siap-siap dan kaca mata gelap untuk mengelak silau matahari. (Aku akui mata ku sensitif dan mudah silau, barangkali kerap menatap skrin laptop...huhuhu).

(3) Sentiasa gunakan mata untuk melihat HADAPAN, BELAKANG, KIRI dan KANAN. (Mana tahu ada halangan seperti budak bermain, binatang berkeliaran atau kehadiran kenderaan lain).

(4) Gunakan hon ringkas dan tidak terlalu kuat sekadar untuk peringatan kepada haiwan yang berkeliaran di tepi jalan. (Huhuhu...aku masih phobia dengan peristiwa terlanggar anjing pada 19 April 2011, sehari selepas genap hari kelahiran ku...iskkk.)

(5) Perlahankan jalan di kawasan tidak rata, guna gear 2 untuk mengurangkan hentakan serta break perlahan-lahan iaitu tidak mengejut.

(6) Sentiasa mulakan perjalanan dengn menggunakan gear 1 dan baru diteruskan dengan gear 2. (Beberapa kali juga aku mati enjin di bandaraya KK kerana menahan cluth terlalu lama menggunakan gear 2 kerana malas menukar gear 1 ketika menunggu di trrafic light dan jalan jem....huhuhu...kesilapan ini akan diperbaiki lagi).


Yeazaaa...agak panjang lebar juga cerita warna warni kehidupan ku. Ya....tajuk "PERTAMA KALI" boleh saja dikaitkan dengan apa-apa yang berlaku buat pertama kali dalam kehidupan ini. Semoga pengalaman yang baik sentiasa menjadi panduan dan pengajaran buat diri ini.

Catatan Peristiwa: 06-08 Jun 2011 (Isnin-Rabu) Cuti Sekolah Sem 1, 2011. Kenangan indah Keningau-KK. ^___^


1 comment:

Kak Imun said...

Wah, tahniah jalifah. Kak belum pernah lagi driving sampai karamunsing. Memandu ni memang kena berawas, mata pun kena rajin memandang kalau2 ada kemungkinan yg tak baik.....:D