♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Thursday, June 23, 2011

SOLAT ITU TIANG AGAMA


SOLAT ITU TIANG AGAMA

Salah satu peristiwa penting yang sewajarnya diambil perhatian ialah peristiwa PENSYARIATAN ibadat SOLAT LIMA WAKTU pada malam Israk & Mikraj. Ibadat solat difardukan kepada umat Islam melalui pensyariatan secara LANGSUNG daripada ALLAH kepada RASULULLAH di Sidratul Muntaha TANPA penurunan WAHYU dan perantaraan JIBRIL.

Pensyariatan SOLAT secara langsung daripada Allah sekali gus mengangkat MARTABAT dan NILAI solat di SISI ALLAH. Solat adalah TIANG AGAMA, sesiapa MENDIRIKAN SOLAT maka dia MENDIRIKAN AGAMA. Sebaliknya sesiapa MENINGGALKAN SOLAT bermakna MERUNTUHKAN AGAMA.

Pendek kata, PERUMPAMAAN IBADAT SOLAT dalam kehidupan Muslim ibarat SUNGAI MENGA
LIR di depan rumah yang kita mandi lima kali sehari bagi MEMBERSIHKAN DIRI. Ini perumpamaan dibuat RASULULLAH bagi menggambarkan KELEBIHAN SOLAT.


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya AMALAN PERTAMA seseorang hamba yang dihisab pada hari KIAMAT ialah SOLATnya." ( HR Abu Daud dan al-Tirmizi )


Ayat 42 & 43 di dalam surah Al-Muddaththir, مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ. قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ
Maksudnya: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam NERAKA SAQAR? Mereka menjawab, “Kami dahulu BUKAN daripada golongan orang-orang yang BERSOLAT”.


Abu Qatadah r.a menceritakan bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Allah berfirman, 'Hai Muhammad! Aku telah MEWAJIBKAN LIMA KALI SOLAT SEHARI sehari semalam bagi umatmu. Aku telah berjanji dengan diriKu barang siapa mengerjakan SOLATnya pada waktunya, maka dia akan dimasukkan ke dalam SYURGA. Umatmu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini". (Riwayat Abi Daud dan Ibnu Majah).

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TafsirAyat_Israk_Mikrajbuktikukuhkehidupandiakhirat/Article
:
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2010/07/solat.html

Wednesday, June 22, 2011

BELAJAR MENJAHIT (Hari 2)



BELAJAR MENJAHIT (Hari 2)

Kali kedua aku menyambung pelajaran jahitan, aku menggunting kertas lakaran skirt paras lutut mengikut ukuran pinggang ku sendiri. Bahagian skirt tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian hadapan dan bahagian belakang. Selepas itu aku menggunakan kertas tersebut sebagai acuan untuk lakaran pada kain sebenar. Tanda 3 bulatan (tengah-tengah) menunjukkan kain tersebut tidak terputus untuk bahagian hadapan skirt.


BELAJAR MENJAHIT (Hari 1)


BELAJAR MENJAHIT (Hari 1)

Dengan deposit RM200.00 (bulan Februari 2011), aku memulakan latihan menjahit pada tarikh 12.04.2011.

Hari pertama juga aku dibekalkan dengan peralatan asas menjahit:

(1) Pembaris (pinjam)
(2) Kapur biru
(3) Jarum peniti
(4) Pita pengukur
(5) Ketas pembalut
(6) Pensil /pen (sendiri)
(7) Gunting kain

Entah bila masa aku habiskan kursus ini kerana aku agak penat dari sekolah dan tak sempat turun ke pekan untuk menyambung pelajaran jahitan. ^__^

MADU GURUN


MADU GURUN

PertamaBlockquote kali aku mendengar perkataan madu gurun daripada sahabat ku di Melaka, kak Lela. Dan tak ku sangka aku menerima kiriman madu gurun daripadanya. Terima kasih buat kak Lela yang sudi memperkenalkan aku apa itu adu gurun. ^_____^


Madu Gurun adalah minuman kesihatan untuk kegunaan seisi keluarga bagi mengelakkan terkena penyakit.

Cara guna: Satu ketul untuk satu gelas air suam.

Keterangan lanjut : Raja Mohd Tarmizi - 017-5132788

Diedarkan oleh: Jamzibar Arabia Enterprise

No Pendaftaran: KT-0202429-X

Alamat: T.22 Taman Sri Keranji, 16150 Pasir Tumboh, Kelantan Darul Naim.


HAPUS KIRA

HAPUS KIRA

16 pasang kasut yang tamat perkhidmatan pada tuannya. Kasut-kasut ini digunakan sekitar 3 tahun silih berganti. Maknanya 16 di bahagi dengan 3 tahun = 5 pasang kasut setahun. Maknanya aku bakal menyediakan purata 5 pasang kasut setiap tahun. Ya, ia bergantung pada kualiti kasut-kasut tersebut. Dan biasanya aku memilih untuk membeli kasut yang mempunyai harga sederhana dan tidak mahal.

Petang itu aku mengambil kesempatan mengemaskan rak kasut yang agak berserabut. Mulanya aku hanya menyapu dan mengemas kasut-kasut dan selipar, namun rasa rajin telah mendorong ku untuk memilih kasut dan selipar yang tidak dipakai lagi untuk dibuang.

"Ya...disimpan lama akan menyempitkan ruang yang ada." detik hati ku.



Kasut-kasut sekolah dua adik ku (9 pasang) yang tidak lagi dipakai dan rasanya tak perlu lagi disimpan.

"Hapus kira" itu pula yang terlintas di minda ku ketika memilih mana-mana kasut yang kelihatan tidak berguna lagi.

Catatan Peristiwa: 20.06.2011_Isnin_2.00 petang_Rumah Guru ku.


Tuesday, June 21, 2011

ZAMAN ITU


ZAMAN ITU

Aku membuka pintu kenangan
Menerobos memori
Pada sekeping gambar
jauh di zaman itu...

Aku kah itu...?
Berambut halus kekuningan
Memandang satu sudut
Tanpa memandang lensa kamera

Zaman itu...
Usia ku berapa ya?
Mungkin saja 2 tahun...
Atau 3....mungkin juga 4...

Kelihatan sempurna ciptaan-Nya..
Sykur masih dipinjamkan kesempurnaan
Hingga meningkat dewasa
Walau hakikatnya
Parut luka cobaan hidup
Menampakkan kesan hingga kini...

Zaman itu...
Pasti 'mama' dan 'bapa'
Seusia dengan ku tika ini...
Berkat kahwin di usia muda...

Zaman itu...
Pasti indah sahaja...
Yang paling jelas pada ingatan
Aku suka bermain dan berbicara sendiri..

Friday, June 17, 2011

WANITA UBAH PARADIGMA


WANITA UBAH PARADIGMA

Bergelar wanita sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kepada kita dengan pelbagai keistimewaan. Sebagai wanita, isteri dan ibu, tanggungjawab kita sebenarnya luas dan harus peka dengan pelbagai anasir jahat yang boleh memberi impak negatif kepada anak-anak kita kelak.

Oleh itu, isteri harus bersama-sama suami untuk memastikan keturunan kita kelak terselamat daripada siksa api neraka sebagaimana yang ditekankan dalam surah At-Tahrim, ayat 6 yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah diri mu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." - At Tahrim : 6

Jelas di sini bahawa wanita harus mampu mengubah paradigma menjadikan keluarga sebagai aspirasi kepada kegigihan menjalankan dakwah tanpa mengenal jemu. Biarpun sibuk dengan urusan kerja, ia bukan alasan untuk anda menyisihkan aktiviti kemasyarakatan.

Hadis Ar-Rasul s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang mafhumnya:

"Islam mula-mulanya datang laksana (seorang) asing dan akan kembali lagi dalam keadaan asing. Maka berbahagialah orang-orang asing (Ghuraba') itu. Ditanya: 'Siapakah yang termasuk Ghuraba' itu ya Rasulullah?' Rasulullah menjawab: 'Orang-orang yang berbuat baik pada saat manusia berbuat kerosakan'."

Selaku umat akhir zaman, marilah kita sama-sama berusaha agar diri dan keluarga serta seluruh umat Islam dilindungi daripada azab yang menyakitkan. Tanggungjawab kita sebagai wanita bukan sekadar untuk keluarga sendiri malah untuk seluruh masyarakat. Kita wanita yang mampu mengubah paradigma!

Sumber: Hadis & Falsafah_Majalah NUR_m/s 56_September 2009

JANGAN KERANA TUAH


JANGAN KERANA TUAH

Bila seseorag itu berjaya, kita selalu katakan, "Emm...dah tuah dia". Tapi tahukah kita bahawa kita tidak boleh menganggapnya sebagai tuah semata-mata dan menganggap kejayaan yang dicapai disebabkan tuah yang datang bergolek atau kerana takdir anda bertuah hari itu.

Jika ke[ercayaan ini dipegang, bimbang jika menjurus kepda tahyul dan percaya kepada kuasa, selain diri sendiri dan kuasa Allah swt.

Firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah akan membela akan orang-orang yang beriman, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang khianat lagi tidak bersyukur." - Al-Haj : 38.

Oleh itu, usahlah kita bergantung pada nasib atau tuah semata-mata sebaliknya berdoalah kepada Allah agar murahkan rezeki untuk kita. Ingatlah bahawa Allah itu adalah penolong kaum Mukmin dan tidak ada satu kuasa pun yang dapat mengalahkan-Nya.

"Jika Allah menolong kamu (mencapai kemenangan) maka tidak ada (sesiapa pun) yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah) kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal (berserah diri)." - Al-Imran : 160.

Sumber: Hadis & Falsafah_Majalah NUR_ m/s 70_September 2009

USAH GILA HARTA


USAH GILA HARTA

Apabila seseorang individu dilimpahi dengan pelbagai nikmat, perkataan pertama yang diucapkan adalah 'Alhamdulillah'...itu bagi orang yang sedar akan rezeki itu datangnya daripada Allah.

Ingatlah bahawa harta kekayaan itu adalah milik Allah dan ia adalah amanah-Nya untuk kita menggunakannya bagi menegakkan suruhan Allah. Oleh sebab harta itu satu amanah, maka di dalam harta itu ada hak-hak orang lain atau pihak-pihak tertentu.

"Maka (bagi mengatakan kesyukuran) berikanlah kepada kerabat mu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing, pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah, dan mereka itulah orang-orang yang berjaya." - Al-Rum : 38.

Oleh sebab itu, kita hendaklah membuat peruntukan daripada kekayaan untuk diberikan kepada orang yang berhak sebagaimana yang ditentukan oleh Allah misalnya menyalurkan bantuan untuk menghapuskan kezaliman, menegakkan kebenaran, bersedekah, berzakat, memberi peluang pekerjaan kepada orang lain dan sebagainya.

Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman akan jiwa mereka harta benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga". - Al-Taubah : 111.

Sumber: Hadis & Falsafah_Majalah NUR_m/s 109_September 2009.

Tuesday, June 14, 2011

"YA" atau "TIDAK"


"YA" atau "TIDAK"

Katakan saja "YA" kalau mahu...!
Katakan saja "TIDAK" jika tak mahu...!
Susahkah melafazkan yang satu???
Susahkah berterus terang untuk itu???

Atau....ada dilema?
Mungkin juga masih keliru?
Atau masih ada rasa mahu tapi malu?
Atau dalam was-was masih mahu?

Wahai diri...
Masakan begitu sukar
Masakan begitu lemah
memilih "YA" atau "TIDAK"?

Apa lagi perlu ditunggu?
Si dia sering tertunggu-tunggu?
Mahu apa lagi terus diam dan kaku di situ?

Berikan jawapan mu...
Luahkan kata seikhlas hati mu...
Sekali sahaja....biar jelas dan dia tahu
Jawapan terurai walau ada hati yang tak mahu...

Jangan beratkan rasa hati mu...
Air mata jua kelak bertemu...
Andai tiada sifat asertif diri mu
Meleraikan persoalan yang satu itu..

Ayuh....wahai diri...
Jangan lemah terbaring lagi...
Masakan tergamak membiarkan si dia lagi
Terus gelisah menunggu jawapan itu lagi...

Wahai Tuhan pemilik diri...
Hanya pada MU ku serah diri...
Memohon keputusan yang diberkati..

Berat rasa menguasai hati...
Membuat keputusan yang tidak pasti...
Tapi sampai bila harus menanti...

Solat istikharoh terasa tiada hati...
Bila harus ku temukan kepastian hati...
Minda memberat menjerat hati..
Masih juga leka meneliti...
Antara luahan kata hati...
"YA" atau "Tidak".


Nota:
Aku masih berat untuk berkata.
Menatap beberapa smsnya mengenai topik yang sama.
Aduhhh....tidur ku berjam-jam namun tak ku temukan jawapan,
kerana jawapan itu harus bermula dari diri ku sendiri.

"Maafkan diri ini yang masih bertangguh.
Andai kau mampu memahami....mungkin kau tahu JAWAPAN nya bila melihat bahasa badan ku." :-(

Wednesday, June 8, 2011

PERTAMA KALI

Perfume kereta 'I Love U' jadi pilihan dan kaca mata coklat mengelak silau matahari ketika memandu.

PERTAMA KALI

6 Jun 2010 (Isnin), jam 2.30petang, tercipta sejarah kali pertama aku mengambil risiko memandu keretaku dari Keningau ke Kota Kinabalu. Segalanya bermula dari angan-angan dan rancangan biasa. Namun, terlaksana jua hasil sisa-sisa semangat serta permintaan sahabat ku, Yante.

Walaupun sehari sebelum bertolak ke Kota Kinabalu aku dikejutkan dengan kejadian yang meragut semangat ku (peristiwa hampir kemalangan), namun entah kenapa aku mengambil keputusan untuk menyahut rasa takut tersebut sebagai cabaran dan lebih berhati-hati serta fokus.

Alhamdulillah, bukit demi bukit ku rentasi, selekoh demi selekoh ku harungi dengan kelajuan sederhana sekitar 60KM/Jam. Seolah-olah aku tak percaya aku tiba jua ke destinasi Kota Kinabalu melalui jalan Kolam (Bukit Padang) dan destinasi pertama kami ketika itu adalah bangunan Karamunsing. Tujuannya adalah untuk solat di tingkat 10, tapi entah bagaimana setelah masuk, perut dulu dijadikan sasaran untuk di isi di restoran 3 huruf, KFC.

Kali pertama juga aku memandu keretaku menaiki bangunan Karamunsing untuk mencari parking kereta di tingkat 3. Dan aku teringat sesuatu, ya satu kisah yang sudah berlalu 15 tahun dahulu, ketika itu aku berumur 14 tahun (tahun 1996) dalam satu rombongan lawatan pengawas asrama SMK Keningau 1. Ketika itu aku pertama tiba ke destinasi ibukota Sabah iaitu, Kota Kinabalu. Bas yang kami naiki berehat seketika berhampiran dengan bagunan bertulis 'Karamunsing'. Ada sesuatu yang menakjubkan bagiku.

"Wahhhhh...kereta di sini pandai naik bagunan" bisik hati ku.

Satu persatu ku lihat kereta memanjat bangunan bernama 'Karamunsing', entah apa tujuannya, ketika itu aku tak pasti. Maklumlah pertama kali sampai ke destinasi Kota Kinabalu. Banyak saja yang membuatkan aku mengatakan "Oooo...ini pula..."

"Oooo..ini pula laut...masin...biru kehijaun.." bisik ku ketika kami melawat Pulau Manukan.

"Oooo...ini pula lift....jom kita cuba turun naik guna nombor lift..." aku dan beberapa orang rakan perempuan sepakat menaiki lift di pusat membeli belah Centre Point, KK.

"Oooo...ini pula tangga bergerak..." macam-macam ada di Kota Kinabalu yang pada ketika itu tiada di Keningau.

Demikian antara pengalaman pertama ketika aku tiba di Kota Kinabalu termasuklah 'peristiwa kereta naik bagunan' tersebut. Alhamdulillah...... 15 tahun berlalu, aku pula yang membawa keretaku 'Mr Oren' memanjat bangunan bernama 'Karamunsing' tersebut, bukan sekali tapi 3 kali atas urusan bersama sahabat ku Yante.

Seperti tidak percaya aku memandu dari satu destinasi ke destinasi yang dituju seperti:

06.06.2011(Isnin)
Karamunsing (Solat dan makan) ---* Flat Persekutuan berhampiran Kompleks Likas (menginap di rumah abang).

07.06.2011 (Selasa)
Sinsuran (berurusan mengenai insuras di Pejabat KGKS) ---* Pasar Ikan masin (membeli ikan kering dan kuih cincin) ---* Alamesra (berurusan di Hidayan Centre) ---* Masjid UMS (solat jamak Zohor & Asar) ---* 1 Borneo (sahabat ku Yante membeli kain ela di Tamma) ---* Karamunsing (membeli charger laptop dan 2G memori hp iPhone) ---* Flat Persekutuan, Likas (bermalam kali ke dua).

08.06.2011 (Rabu)
Karamunsing (ambil sahabat ku si bapa) ---* DG Centre, Api-APi (membuat persetujuan serah hak milik sim kad telefon) ---* Centre Point-Kedai Buku Popular dan Restoran Farm Square, Tgkt 4 (Melihat buku dan makan bersama adik Anis, Adik Kijul dan sahabat ku si bapa) ---* Karamunsing (solat jamak Zohor dan Asar). Masa balik Karamunsing, sahabat ku si bapa drive jap....sebab aku agak keliru jalan menggunakan fly over. Masa tu sahabat ku si bapa juga salah masuk jalan kami mengambil jalan agak jauh iaitu jalan berpusing melalui masjid Negeri Sabah, Sembulan menuju ke Karamunsing semula.
{Tahniah buat sahabat ku si bapa, baru dapat kerja kerajaan pada 06.06.2011 dan terima kasih juga belanja makan...huhuhu.}

Sekitar jam 2.30 petang, aku dan Yante memulakan perjalanan jauh untuk kembali semula ke destinasi kelahiran kami, Keningau. Sekitar jam 4.oo petang, kami singgah sebentar di Pusat Refflesia, 18 KM sebelum pekan Tambunan untuk berehat seketika sambil mendapatkan sedikit info mengenai jadual melawat bunga Refflesia iaitu dari bermula awal pagi hingga jam 2.00 petang sahaja dan dibuka pada setiap hari dengan yuran masuk RM2.00 seorang.

Kami meneruskan perjalanan pulang dan sempat singgah membeli sayur di tepi jalan. Perjalanan kami dipercepatkan sedikit apabila kami melalui jalan 'short cut' ke pekan Tambunan melalui simpang perkampungan iaiitu "Jalan Kinabaan". Jalan ini tidak melalui jalan SMK Tambunan dan round about 'Halia' menuju KK-Ranau-Tambunan.

"♥ ALHAMDULILLAH ♥ ^__________^" itu lafaz di hati setelah kami sampai dengan selamat ke rumah guru ku di SK Merampong. Sebelum solat Maghrib, aku menghantar sahabat ku Yante pulang ke rumahnya di Kg Pasir putih. Aku masih tidak percaya, bahawa aku telah memandu begitu jauh sekali terutamanya ketika tiba di badaraya Kota Kinabalu yang begitu sibuk dengan kenderaan dan lampu traffic light.

Menyebut perkataan 'traffic', aku teringat akan kisah bertarikh 8.06.2011 (Rabu), ketika itu aku dan Yante akan berangkat balik Keningau. Aku baru saja memulakan perjalanan keluar dari Flat Persekutuan, Likas dan mengambil 'U' turn menggunakan traffic light simpang 4 (Damai, Inanam, Kompleks/Stadium Likas dan Kota Kinabalu) menuju ke jalan Kompleks/Stadium Likas. Setelah lampu hijau bernyala, aku memandu dengan kelajuan sekitar 40 KM/jam memandangkan jalan agak berselekoh ke kanan. 50 Meter dihadapan, aku melihat sebuah lori besar berwarna putih berhenti di tepi jalan dan seorang pekerja JPJ pula sedang melambai tangan ke arah ku tanda untuk memberhentikan kereta.

"Alamak JPJ..." itu sahaja bisikan hati ku dan aku masih percaya aku tidak melakukan kesalahan ketika itu kerana aku sedang memakai tali keledar kereta.

"Haaa....baru mau tarik tali keledar ka? Itu, itu, itu kena denda...pemandu tak kena denda." Kata pekerja JPJ lelaki lingkungan umur 40an tersebut. Walaupun aku memakai kaca mata coklat ketika itu, namun aku sedang membuat muka 'minta kasihan', ya... aku sekadar menatap wajah pekerja JPJ tersebut tanpa bicara.

Sahabat ku Yante dan dua orang adik ku Anis dan Kijul tersenyum-senyum, seolah-olah lucu kerana kedapatan menarik tali keledar sebelum ditegur pekerja JPJ tersebut.

"Tidak apa, saya maafkan, lain kali jangan lupa pakai" kata pekerja JPJ tersebut.

"Terima kasih banyak ya Encik..." itu sahaja yang terluah beserta senyuman paling lebar buat pekerja tersebut yang memberi peluang kemaafan buat kami semua. Aku meneruskan perjalanan perlanan-lahan meninggalkan kawasan pemeriksaan JPJ dan sempat ku saksikan sebuah kereta kancil sedang berurusan dengan beberapa orang pekerja JPJ lagi, mengurus saman barangkali.

Alhamdulillah, tiada sebarang saman yang berlaku sepanjang aku memandu di bandaraya Kota Kinabalu. Semua sewa parking juga telah ku lunaskan: parking Sinsuran -RM1.00, parking 1 Borneo -RM2.oo (Bayar menggunakan mesin), parking Api-Api -RM2.oo, Parking Karamunsing -RM2.00 x 3 = RM6.00. Parking kawasan Alamesra free pula, tiada bayaran, mungkin sebab kawasan tersebut masih kurang pengunjung.

Kaki kiri ku masih terasa lenguh akibat memijak dan menahan clutch agak lama. Sesekali aku menutralkan gear jika keadaan jalan amat sesak bagi merehatkan rasa penat kaki kiri ku. Terkenang pula kereta automatik. Mereka yang berkerja dibandaraya memang patut menggunakan kereta automatik, jika tidak, boleh dapat sakit kaki berpanjangan melainkan mereka memang sudah biasa memijak clutch.

Jika dibandingkan perjalanan ku di badaraya dengan jalan jauh menuju KK-Keningau, adalah lebih baik memandu di perjalanan jauh yang tidak berapa sesak kerana kaki kiri ku tidak letih memijak clutch. Aku hanya perlu menukar gear mengikut keperluan dan bentuk jalan. Kini aku mula memahami cabaran-cabaran di jalan raya. Semoga dengan pengenalan dan pengalaman ini, aku lebih matang dan berhati-hati mengendalikan kereta ku 'Mr Oren' di atas jalan. Aku percaya formula untuk berada di atas jalan hampir sama dengan formula pejalan kaki. Pada pendapat ku, antara "FORMULA" tersebut ialah :

(1) Sebelum bergerak, pastikan kereta dalam keadaan selamat (tayar baik serta tiada kerosakan lain) dan minyak mencukupi.

(2) Pakai tali keledar siap-siap dan kaca mata gelap untuk mengelak silau matahari. (Aku akui mata ku sensitif dan mudah silau, barangkali kerap menatap skrin laptop...huhuhu).

(3) Sentiasa gunakan mata untuk melihat HADAPAN, BELAKANG, KIRI dan KANAN. (Mana tahu ada halangan seperti budak bermain, binatang berkeliaran atau kehadiran kenderaan lain).

(4) Gunakan hon ringkas dan tidak terlalu kuat sekadar untuk peringatan kepada haiwan yang berkeliaran di tepi jalan. (Huhuhu...aku masih phobia dengan peristiwa terlanggar anjing pada 19 April 2011, sehari selepas genap hari kelahiran ku...iskkk.)

(5) Perlahankan jalan di kawasan tidak rata, guna gear 2 untuk mengurangkan hentakan serta break perlahan-lahan iaitu tidak mengejut.

(6) Sentiasa mulakan perjalanan dengn menggunakan gear 1 dan baru diteruskan dengan gear 2. (Beberapa kali juga aku mati enjin di bandaraya KK kerana menahan cluth terlalu lama menggunakan gear 2 kerana malas menukar gear 1 ketika menunggu di trrafic light dan jalan jem....huhuhu...kesilapan ini akan diperbaiki lagi).


Yeazaaa...agak panjang lebar juga cerita warna warni kehidupan ku. Ya....tajuk "PERTAMA KALI" boleh saja dikaitkan dengan apa-apa yang berlaku buat pertama kali dalam kehidupan ini. Semoga pengalaman yang baik sentiasa menjadi panduan dan pengajaran buat diri ini.

Catatan Peristiwa: 06-08 Jun 2011 (Isnin-Rabu) Cuti Sekolah Sem 1, 2011. Kenangan indah Keningau-KK. ^___^


Saturday, June 4, 2011

KEJUTAN DRASTIK


KEJUTAN DRASTIK

Mata ku agak mengantuk namun masih bertahan. Inilah satu kelemahanku, bila mengantuk menguasai, boleh saja terlena di mana-mana. Namun ku lawan rasa mengantuk dengan mempercepatkan sedikit kelajuan pemanduan kereta ku. Rasa mengantuk juga membuatkan fokus ku terhadap pemanduan agak berkurangan namun masih terkawal.

Entah bagaimana aku boleh lupa melihat cermin belakang, walhal biasanya aku gemar menjeling pada cermin depan kereta ku untuk memerhatikan kehadiaran kereta yang mengekori ku. Fokus ku cuma tertumpu pada sebuah motor yang berada dihadapan ku. Kelajuan ku hanya sekitar 70KM/jam di belakang motor tersebut.

Setelah memastikan tiada kereta di arah bertentangan jalan, aku mengambil ruang untuk masuk ke ruang kanan jalan selepas aku memberikan isyarat lampu ke kanan. Tiba-tiba satu kejutan drastik menyapa ku. Bukan sekali tapi berkali-kali.

"Tit...Tit..Tit...Titttttttttttttt."

Mata ku membuulat, perasaan ku berdebar sangat kencang. Kawalan stering ku terhoyong hayang, sukar di kawal kerana amat terkejut lebih menguasai. Aku memutar stering ke kiri namun kelajuan ku menghampiri motor dan hampir saja melanggarnya. Dengan pantas, aku memutar semula ke kanan. Sekali lagi hon kuat menyapaku. Aku terpaksa ke kanan semula.

"Titttttt....tittttttttttttttttttttttt"

Aduh...sukar di kawal....dengan kelajuan hampir 80KM/jam dan tersepit pula antara motor (kiri) dan sebuah kereta Myvi hitam yang mula memasuki lorong di sebelah kanan ku. Aku melepaskan sekikit minyak, untuk menurunkan kelajuan sebelum masuk semula ke lorong kiri jalan untuk memberi laluan kepada kereta Myvi hitam yang seperti mengganas dibelakang ku. Perasaan stress hadir mendadak menyerang ku. Kejutan drastik daripada hon yang berulang kali membuatkan aku naik marah.

"Aduhhhhhhhhhh....apa punya orang. Sudah saya bagi signal mau masuk lorong kanan, takkan tidak nampak? Main hon kuat-kuat dan balik-balik lagi. Hampir kemalangan. Iskkkk...muda-mudahan kau kemalangan sana....sembarang jak mau hon kuat-kuat." Aku menyumpah sesuka ku hati ku. Ya, kerana stress dan kemarahan ku, aku sekuka hati menyumpahnya. Sempat ku perhatikan nombor plat kereta Myvi hitam tersebut, namun tak sempat di hafal dek kerana aku berkali-kali menyumpahnya dalam hati.

Ketika kejadian itu, aku membawa bersama dua murid sekolah ku yang baru habis perkhemahan Motivasi UPSR dan Pertosains dengan kerjasama Perpustakaan Keningau Sabah. Dua nyawa ku bawa bersama dalam ketera Myvi ku. Andai ada kemalangan berlaku, harus bagaimana ku hadapi keluarga mereka? Sekali lagi aku menyumpah dengan geram, rasa sangat marah diperlakukan sedemikian.

Aku cuba meletakkan situasi di tempat Myvi hitam. Mungkin saja situasinya ingin cepat sampai ke destinasinya disebabkan keadaan terdesak? Tapi tidakkah dia melihat tanda isyarat ku. Mengapa tidak memberi laluan kereta yang berada di hadapan, malah disergah dengan hon berkali-kali? Adakah aku juga silap kerana tidak melihat cermin untuk memastikan ada kereta di belakang ku???

Aduh.....kereta MENGGILA...hilang semua semangat ku diterbangkan bersama sergahan hon bertubi-tubi itu. Mujur saja, aku segera mendapatkan fokus dan pemanduanku tidak terhoyong hayang selepas membentuk huruf 'W' ketika kejadian itu. Namun hati ku masih sakittttttttttt......sakit dengan perbuatan kereta Myvi hitam tersebut.

Kenapa harus hon banyak kali hingga amat mengejutkan aku??? Apakah kereta belakang lebih di dulukan dari kereta hadapan??? Aduh, mana silapnya ni??? Aku menyambung sumpahan ku...maafkan aku Myvi hitam....itu saja yang mampu ku lakukan ketika aku geram dengan tingkah mu. Siapa kau??? Huhhhh...langsung tak ku kenal...apapun perbuatan mu amat terkesan di hati....tak bolehkan bertolak ansur sikit???

Aduhhhhhhhhhhh....aku menjadi stress seketika. Niatku untuk ke Kota Kinabalu esok hari menjadi semakin pudar. Aku mula takut menggambarkan situasi berada di lorong perjalanan yang jauh dan berbukit bukau sepanjang perjalanan dari Keningau ke Kota Kinabalu tersebut.

Catatan Peristiwa: 05.06.2011_Ahad_2.10petang_Jalan Lurus Apin-Apin dari pekan Keningau ke SK Merampong.