♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Tuesday, June 8, 2010

KEMBALILAH KEPADA FITRAH


KEMBALILAH KEPADA FITRAH

Pada yang mempunyai harta melimpah
Hulurkanlah zakat dan sedekah
Pada yang gagah, sihat dan kuat,
Berilah tenaga dan keringat

Pada yang berbakat dan cendikiawan
Murahlah dengan khidmat dan pengajaran
Pada yang miskin dan kesempitan
Bersedkahlah dengan senyuman

Semua kita harus pemurah
Memberi bukan untuk bermegah
Tetapi itulah perintah Allah
Sebagai perantara rahmat dan barakah

Di dunia menyemai kebaikan
Di akhirat nanti menuai keredaan
Disini tempat bekerja memerah tenaga
Di sana tempat berehat menikmati syurga

Dunia ini medan bermujahadah
Satu mujahadah kembali ke fitrah
Perjuangan memang pahit
Kerana Syurga itu manis
Susah di dunia-menempuh UJIAN
Senang di akhirat-menempah KEJAYAAN

Petikan dari Buku 'Di Mana Dia Di Hatiku', hasil tulisan Pahrol Mohd Juoi, terbitan Karya Bestari. (Untuk maklumat lanjut hubungi 03-55118820/21).

Sumber: Hadis & Falsafah, Majalah Nur, M/S 12, Jun 2010.

3 comments:

Unknown said...

Salam
masjid di kl ka tu..uniknya, cantik rumah kesukaanNya ni..

Unknown said...

Salam, kiranya ada kesempatan dtglah mewarnakah hari2 etuza blog.komenlah pada yang terlintas di benak..tq

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

W'salam cikgu...heee...masjid d Sembulan, KK tu. Iya...insyaAllah..akan berkunjung jua. :)