♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Saturday, June 19, 2010

HIDUPNYA MENYUNTIK SEMANGAT BARU KU


HIDUPNYA MENYUNTIK SEMANGAT BARU KU

09 Jun 2010 (Rabu)_Taman Pertanian Lagud Seberang, Tenom.
Tarikh ini merupakan tarikh aku dan rakan ku Yante (Noorefayanteh) pergi ke Taman Lagud Seberang Tenom bersama ibu Yanteh. Mulanya kami berdua sahaja yang akan ke Tenom, namun kebimbangan ibu bapa Yante tehadap cara memandu Yante yang masih baru menyebabkan ibu Yante harus menemani perjalanan kami. Awal pagi lagi Yante mengambilku di kuarters/rumah guru SK Merampong. Persiapannya dimulakan sejak jam 4.00 pagi dengan menyiapkan 6 bukngkus nasi tapau.

Kami tiba di kawasan Taman Pertanian Lagud Seberang sekitar jam 9.30 pagi. Misi rakan ku adalah untuk berjumpa dengan rakannya di Pusat Anggrek Tempatan. Kami berbual2 seketikan sambil bersarapan dengan nasi ayam yang di tapau oleh Yanteh. "Wah...boleh tahan jua masakan kau" jujur ku puji masakan Yanteh.


Selepas menjamu selera, kami di bawa ke tapak penyemaian orkid untuk membeli beberapa anak-anak atau tunas muda orkid. Tapi kali ini kami diberi keistimewaan dengan harga yang istimewa yang buat kami tersenyum. Pada mulanya rakan ku Yanteh sahaja yang mengambil orkid, tapi aku akhirnya mahu mencuba untuk menanam bunga orkid tersebut.

Tapak penyemaian orkid banyak dipenuhi pasu-pasu tanah liat. Hanya 5-10% tanah yang digunakan dalam pasu orkid. Penyemaian orkid lebih banyak menggunakan serpihan arang, batu bata dan sabut kelapa. Namun untuk orkid tanah, ia 100% menggunakan tanah sebagai medium untuk tumbesaran. Sekitar jam 11.30 pagi kami beredar meninggalkan kawasan Taman Pertanian Lagud Seberang, Tenom.

16.06.2010 (Rabu)_Menanam bunga Orkid.

Tarikh ini (seminggu selepas balik dari Taman Lagud Seberang Tenom), barulah aku dapat meluangkan masa mencari 5 biji pasu tanah liat (RM2.90 sebiji), tapak pasu (RM0.50 sen sekeping), arang (RM5.00 sebungkus) dan sabut kelapa (RM2.00 sebungkus-dibeli di pasar tani).

Tarikh ini amat istimewa kerana, penantian ku terhadap kehadiran kakak ku di depan kedai perabot bersebelahan Restoran Dreamland telah menemukan aku dengan teman lama, Farziana Usidie, sepupu rakan ku Yanteh. Setelah 13 tahun tak bertemu, kami akhirnya bertemu jua. Pada mulanya Yanteh ingin mengajak Farziana untuk turut sama ke Tenom, namun kesibukan kerjanya tidak mengizinkan kami pergi ke Tenom bersama-sama. Namun, Tuhan mengatur pertemuan ku dengannya. Sekadar bertegur sapa dan bersalaman, namun aku bangga dapat menemuinya.

Baru sahaja aku melambainya, ada salam menyapa beberapa langkah dari tempat ku berdiri.

"W'salam...uik...cikgu Wan. Selalu jak nampak cikgu ni."

"Dunia sekecil daun kilor ba..." ringkas jawapannya sambil berlalu.


"Iya..." jawab ku. Perbualan setakat disitu.

Beberapa minit kemudian, aku disapa oleh cikgu Ahini. Rupanya Cikgu Zali turut berada di dalam kereta barunya beberapa langkah dari tempat ku berdiri. Kami bertegur sapa seketika. "Nanti cerita di blog" katanya. "Iya.." aku mengiyakan. Namun kesibukan selalu membuatkan aku jarang berkunjung ke blog orang lain. Mungkin aku masih belum dapat membahagiakan ruang masa mengunjungi blog orang lain. "Mohon maaf jika saya jarang berkunjung." hati ku berbisik sendirian.

Sebelum maghrib, aku memulakan aktiviti menanam tunas bunga orkid ku. Arang yang besar, ku pecahkan agar menjadi serpihan kecil. Tangan ku dipenuhi arang. Arang yang ku pegang mengingatkan aku kepada zaman kanak-kanak ku. Zaman kanak-kanak yang masih memasak menggunakan kayu api. Tanpa sedar, arang akan tercalit di baju, muka dan anggota lain. Sabut kelapa agak besar dan aku memotong dengan saiz kecil untuk dimuatkan kedalam pasu yang agak kecil juga.

Sesungguhnya penanaman bunga orkid langsung tak terlintas di fikiran ku. Tiba-tiba saja hobi baru ini berlaku dengan diri ku. "Mungkin dah datang seru untuk tanam orkid" aku tersenyum sendiri. Teringat zaman sekolah menengah dulu, aku suka menanam bunga di halaman rumah. Malah ku pertaruhkan sepohon bunga untuk sama-sama ku membesar. Bunga tersebut ku tanam sekitar tahun 2000 (aku tingkatan 6 rendah) hinggalah aku berjaya memasuki Universiti Malaysia Sabah (2002-2005).

Ketika akau memasuki UMS (2002), bunga yang ku tanam telah menghasilkan bunga-bunga warna purple dan berbuah warna hijau kekuningan. Bunga yang ku tanam seolah-olah meraihkan kejayaan ku memasuki UMS. Tanpa sedar aku amat berbangga dan menyayangi bunga tersebut yang mempunyai daun sebesar 10 sen berwarna hijau berjalur putih. Entah, aku tak pasti apakah panggilan sebenar bunga tersebut. Daripada ketinggian paras buku lali hingga ketinggian melangkau ketinggian ku membuatkan aku rasa telah berjaya membesarkan bunga tersebut seiring dengan kejayaan ku dalam pelajaran ku. Kegembiraan itu luar biasa bagi ku walaupun akhir hayat bunga tersebut telah ditebang oleh ayah ku kerana ingin mendirikan kedai runcit di hadapan rumah.

Kini ku gantikan pula dengan menanam bunga orkid. Ermm...entahkan jadi....entahkan tidak. Namun aku berusaha juga membesarkannya. Motivasi ku mekar bila melihat bunga orkid ku hijau dan sihat. Kehidupan orkid kini sebahagian kehidupan ku. Hidupnya menyuntik semangat baru ku. :)

2 comments:

Unknown said...

realiti kehidupan gadis bernama jfah.alamak ada pula kami dalam n3 baru ni.
Pasal bunga2an tu yg orkid. Bila kita sayang bunga, bunga akan membalas dengan memekarkan kuntuman bunga2annya. Kita dpt melihat kebesaran Allah ketika melihat keunikan bunga2an termasuk sifat daunnya. teruskan..

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

Ehehhehe...cg Zali. Iya...hari terserampak kawan2. Tu yg raa unik jak...dan mau kasi masuk d blog. Teringat pula kawasan rumah cikgu ba...banyak bunga2an kan. Kagum sy tgok...cikgu rajin jaga bunga ni...hee. :)