♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Sunday, June 13, 2010

APA...DIA MAHU...???


APA...DIA MAHU...???

"Apa....dia mau kahwin bulan 12 tahun ni??? Tak bagi tahu pun....ndak apa la. Tahniah...saya ndak mau datang tengok...nanti sedih....huhuhu." bisik hati kecil ku.

Demikian reaksi ku apabila kali ke dua aku menerima khabar si dia akan berkahwin hujung tahun 2010 ni. Hari tu aku dan dia saling bertanya khabar tapi tiada pula dikhabarkan berita baik tentang dirinya (mahu kahwin). "Tak apa lah...mungkin ada hikmahnya dia tak bagi tahu."

Aku akui ada sedikit gangguan fikiran menerima khabar si dia yang disampaikan oleh dua orang rakan ku. Sedih terasa jauh di sudut hati ku. "Iskkk....buat apa mau sedih??" aku memujuk diri.

"Kadang-kadang tersasar dari sikap rasional...sikap logik. Apa sebenarnya yang aku mahukan?? Mungkin tiada MATLAMAT di hati menyebabkan aku masih terbawa-bawa perasaan sedih ini...hurmmm..." persoalan mula bermain di minda ku.

Syukur aku memiliki ramai teman-teman yang selalu memberi respon yang positif ketika berbicara di Facebook:

Kata Salmeeza "jgn sedih ya......smilee....:) "

Kata Siti Norizyan "Barang Lepas Usah Di Kenang.... :)"

Kata Dzakir "kamu baik-baik aja ya jalifah...doakan yang terbaik untuk dia juga untuk kamu..."

Kata Dzarina "mungkin dia bukan yang terbaik untuk kamu..mungkin TUHAN akan beri yg lebih baik utk kamu..."
Kata Masirin "Sebanarnya Allah mahu beri anda yg lebih baik...itulah hakikatnya... yang pentingnya kena sabar dan redha dgn ketentuannya..."

Kata Nur Aisyah @ Dabie " sabar je.."

Terima kasih buat teman-teman yang memberi sokongan. Sesungguhnya hati yang sedang dilanda ribut kesedihan ini sedang mencari-cari dahan untuk berpaut dan anda semua antara dahan tempat ku berpaut. Biar hati ini lebih kuat dan tak hanyut dilanda badai kesedihan yang kembali datang menguji.

Syukur jua....secara tak langsung aku juga disedarkan dengan bait-bait lagu dari penyanyi nasyid Amar - "Memori Bersama". Dalam hiburan lagunya, ada unsur nasihat yang dapat ku manfaatkan.

"REDHA dan SYUKUR apa kehendak-NYA. Itulah tanda KASIH SAYANg kita." :)

MELODI BERSAMA – AMAR

(Adik)

# Duhai kekanda usah membisu
Mengapa kau bersedih
Duhai kekanda ku rasa sayu
Mengapa kau begitu
Dini hari datang menanti ku kesepian

(Kekanda)

## Duhai adik kau tak mengerti
Mengapa ku begini
Ku kenangkan kisah silam
Memori indah bersama
Apakah saat itu mungkin berulang
Ku harap saat itu akan berulang

(Adik)

### Kiaskan hidup ibarat roda
Terkadang di ata,s di bawah, di atas semula
Redha dan syukur apa kehendak-Nya
Itulah tanda kasih sayang kita

( Ulang #, ## & ### )

(Kekanda)

Tutur kata mu itu amat bermakna
Kini hilanglah kerinduan di jiwa

(Adik)

Wahai kekanda tenangnya di hati ku
Melihat wajah mu kembali ceria

( Adik & Kekanda : Ulang # & ## )

Ku harap saat itu akan berulang (2x)

Diary Abstrak Seorang Pencinta: LeyFah82_14.06.2010_Isnin_12.55 petang.

2 comments:

Ce'gu JAERA said...

bnykkan bersabar Jelo

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

Ehehe....iya. Pasti smua ni akan berlalu jua. Hurmm....biarlah cepat berlalu ba kan. :)