♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Wednesday, March 31, 2010

MANA SILAPNYA??


MANA SILAPNYA??


Kadang-kadang aku terlalai dengan dunia ku sendiri. Ada masanya tidak menyedari masa berlalu. Terasa bagai terlalu pantas masa berlalu. Tiada ruang untuk mengatakan boring. (Ermm...ya ka?? Ada juga...tapi cepat terisi masa di alam maya internet dan melakukan apa jua aktiviti lain.) Di sini kah silapnya??


Ermmm....atau mungkin kesibukan tugas?? (Rasanya tak juga? Malah..kesibukan tetap kesibukan yang tiada sudahnya...itulah yang dinamakan KERJA). Ya ka?? Iskkkkk. Masih banyak ruang masa untuk menyiapkan kerja...cuma RACUN BERTANGGUH selalu menyirami diri. (Nah...kedapatan diri selalu buat kerja last minute ni).


Atau mungkin televisyen? Tapi aku tak la menonton begitu lama. Sekadar menonton seadanya. Dikelilingi persoalan demi persoalan...aku singgah pada lembaran hari kemarin (31.03.2010). Penghujung bulan ini seolah-olah menampar pipiku...mengejutkan aku pada sesuatu.


"Alamak...! Belum beli majalah NUR keluaran bulan Mac di Milimewa. Masih ada ka tu??" hatiku berbisik sendiri.


"Masi sempatkah pos barang, GDX tutup dalam 30 minit. Alamat kawan save di FB, dimana internet terdekat??"


"Isk...baru teringat...kan mau tamatkan perkhidmatan broadband, sempat ka singgah di kaunter broadband ni?"

(Tak habis-habis aku mempersoalkan diri)?


Kenapa semuanya muncul selepas aku tiba di pekan Keningau?? (Mana silapnya?)


Oh...TUJUAN ku tidak JELAS. Walhal itu ARAH ku jadi KELIRU. (Mungkinkah disini silapnya?)


Ermm...aku turun pekan semata-mata untuk membeli sigup kudat, ikan masin dan udang halus yang dipesan oleh seseorang yang jauh diseberang sana. Kebetulan 3-5 April ni aku akan ke KL.


Syukur.... segalanya berjalan dengan lancar. Aku berjaya mengepos barang buat sahabat ku. Aku juga sempat bertanya di kaunter celcom dan ternyata urusan penamatan broadband perlu dibuat di Kota Kinabalu. (Mau tau perjalanan ku yang hanya menggunakan kaki berurusan ke sana sini seperti dikejar pencuri...hikhik.)


Cuma satu yang betul-betul aku terlepas ialah melihat surat-surat penting di peti pos dan membeli majalah NUR keluaran bulan MAC. Tak apa lah...bukan rezeki. (Tapi...dalam hati, masih ada niat mahu mencari majalah Nur bulan MAC ni....erm...sapa2 ada beli, bleh la pinjam2 ya...huhuhu).

Selesai berurusan...aku singgah melihat suasana kesibukan pasar malam pekan Keningau. "Sepetang di pasar malam......melewati ragam-ragam manusia......masing-masing dengan dunianya..." desis hatiku. D.I.A.M...aku hanya sekadar memerhati. Bila disapa...aku segera S.E.N.Y.U.M...hurmmmmm. Sepatutnya aku perlu membeli sayur untuk bekalan bahan mentah dirumah....tapi itu pun boleh TERLUPA.

Analisis...minda ku terus menganalisis...kesilapanku terletak pada sikap asyik BERTANGGUH dan tiada PERANCANGAN. Semoga aku masih mampu BERUBAH dari sikap-sikap negatif ini. :)


4 comments:

Unknown said...

Salam
Alamak musahabah ka tu. Bijak kata-kata anda, sebenarnya kepada pembaca lain ada nilai penulisan ini. Mengena juga pada diri yang membaca.
Pada saya cuma nak cakap " perkara wajib dahulukan semuanya, bila ada kerja disiapkan last minit mesti ada yang terlepas, berbanding yang dibuat awal..hehe ramuannya cukup rasa, namun kekadang ada juga ramuan yg tak ada"..haha! kesimpulannya everyone not complate. Kesempurnaan hanya pada Dia ( Allah).Tahniah!

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

W'salam cg....ehehhehe. Iya...perlu ingatkan selalu diri sendiri ni. Dan mungkin perlu DISIPLIN diri sendiri sebenarnya. Huhuhu. Makasih pendapatnya cg...hee. :D

Rafi Harumin said...

moralnya.. rancang2 la dulu... :)

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

Hikhik.....iya. Biasanya merancang...tulis dulu apa yang perlu di beli ni. Tapi...kebetulan...main turun pekan jak ari tu...heee. Blur2 jadinya. :D