♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Monday, March 15, 2010

5 PERKARA ROSAKKAN AKIDAH MUSLIMAH


5 PERKARA ROSAKKAN AKIDAH MUSLIMAH

Menurut Dr Aidh Al-Qarni dalam sebuah coretannya khusus buat Muslimah bertajuk As’Ad Al-Mar’ah Fil Alam (Tip menjadi wanita paling bahagia di dunia) berkata,

“Jangan biarkan hati mu dihancurkan oleh tangan mu sendiri”.

Bagaimana kita boleh menghancurkan diri sendiri?

Segala-galanya menerusi HATI.

Jangan resah gelisah – Usah selalu mengeluh dengankeadaan kerana ramai lagi yang lebih malang berbanding kita.

Jangan sedih dan berasa derita – Hapuskan perasaan ini dengan beristighfar, berdoa, dan mohonlah pertolongan daripada-Nya.

Jangan lemah dan malas – Aktifkan diri dengan ibadat, berzikir, mencari ilmu, bekerja dan beribadat.

Jangan banyak berhutang – Nafsu jika dituruti kita tidak akan puas. Akibatnya hidup tidak akan tenteram jika terlalu mengejar harta, pangkat dan duniawi.

Jangan kedekut dan pengecut – Rezeki yang Allah beri bukan milik peribadi kerana padanya ada hak orang miskin dan anak yatim. Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap ibu bapa kerana keredhaan Allah juga bergantung pada keredhan mereka.

Baginda s.a.w mengajarkan doa untuk selamatkan diri daripada lima perkara diatas :


“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada resah gelisah, dari sedih dan derita, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan pengecut dan dari lilitan hutang dan tekanan orang”.


Hadis & Falsafah_Majalah NUR_m/s 33_Februari 2010

4 comments:

Unknown said...

Khamis lepas afif ke kelas kafa, kasihan dia berkaki ayam selipar di curi orang lain yang lalu di kelas kafa, jumaat pi surau afif kata bapa itulah selipar saya...diambil oleh si...hem! tak payalah sebut..tak apalah afif kita halalkan saja nanti bapa beli baru ya, budak tu memerlukannya bukan rezeki kaulah tu.ak apa ya...lalu kami naik kereta dan balik dari surau mapua. biarlah kami ikhlas..tak apa2
salam satu cerita afif kehilangan selipar...

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

Ermmm...cian Afif...nasib ayahnya baik hati. Muda2han dimurahkan rezeki dengan keikhlasan yang diberi. :D

Unknown said...

Sejak banyak membaca di blog kawan2 termasuk blog kifah, jiwa saya seakan serat...penuh dengan nada tangisan, keinsafan kerana ada saja paparan tragis, bayi di bunuh, kanak2 dihempas ingga mati, bunuh diri dan lain2..lepas itu saya membaca n3 Abdul Razak dan saudara Azrai serta Alimaz...sungguh saya rasa terinsaf..diri. Saya takut siksa Allah..bayak dosa rasanya...wallahualam.

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

Iya...banyak membaca...banyak juga hikmahnya. Semoga apa yang dibaca sentiasa mendatangkan maanfaat bersama. :D