♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Sunday, November 29, 2009

Aktiviti Cuti Persekolahan 2009


Aktiviti Cuti Persekolahan 2009

(Catatan : 29.11.2009 (Ahad)_Raya Haji ke-3 )

Cuti sekolah mebuatkan aku memikirkan apakah aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang. Macam-macam di fikiran ku. Kakak ku Norhafizah mengajak aku pergi menorah getah. Satu idea yang bagus. Tambahan pula harga getah agak naik berbanding bulan lepas.

Perancangan ku sepanjang cuti sekolah tidak menentu. Apa yang pasti banyak masa ku luangkan untuk berada di Kampung Menawo (rumah kak Fizah) dan di Kg Penagatan Ulu (Kampung halamanku, tepat aku dibesarkan). Cuma sejak akhir-akhir ini, aku lebih banyak meluangkan masa bersama kakak ku, adik ku Masnijah dan anak buah ku Mifdhal Ziyad. Hujung minggu husband kakak ku, Abang Mat akan berulang alik dari Kota Kinabalu pulang ke Kg Menawo. Kak Fiza, Mifdhal, aku dan adik Nanak (Masnijah) akan menghantar Abang Mat di stesen bas Tung Ma setaip petang hari Ahad. Tetapi kadang-kadang Abang Mat akan bertolak awal pagi hari Isnin ke Kota Kinabalu. Setiap petang hari Jumaat pula, kami akan menunggu Abang Mat di Stesen bas Tung Ma sambil menempah sayap ayam di hujung restoran Dreamland bersebelahan dengan stesen bas Tung Ma.

“Maafkan saya..”, itu yang terdetik di hati bila mak bapa dan kak Juhasia selalu mempersoalkan kenapa dan mengapa aku suka berdamping dengan Kak Fiza. Entahlah….bagi ku, tinggal di rumah Kak Fiza dan rumah sendiri di Kg Penagatan tiada bezanya. “Em..mungkin mak bapa rindu ba kali ngan sy”, detik hati ku. Apapun aku memang berniat untuk tinggal di Kg Penagatan Ulu juga, tunggu kesesuaian masa. Tambahan pula aku banyak bergantung pada pergerakan kenderaan Kak Fiza untuk aktiviti masa cuti ini.

Satu hal lagi…ketiadaan bilik sendiri membuatkan aku bebas tinggal di mana-mana. Di Kampung Penagatan Ulu, aku sebenarnya tidak mempunyai bilik khas untuk diri ku. Kami adik beradik ada sebelas orang, bilik pula hanya 7 buah. Bilik atas, adalah bilik kak Fiza, bilik adik Kijul (Adey Aizul) dan Kilul (Mohd Adzrol), bilik mak bapa + adik Nonow (Ainul Badriyah) serta Cici (Azwan Shahnizam) dan bilik adik Nanak (Masnijah). Bilik bawah pula untuk bilik adik Didi (Asmade), bilik Kak Nonon (Juhasia) dan bilik abang Kitun/Jack (Jacixion). Pada mulanya bilik abang Jack itu untuk ku dan adik Kirus (Anisarnizah) tapi…bila kumpul semua bilik tu diberi untuk abang sulung ku dan keluarga. Soal bilik jak membuatkan aku malas berfikir… ‘mana-mana boleh tidur ba’, detik hati ku. Itu sebabnya aku bebas tidur dimana saja. Selalunya aku menumpang dibilik adik ku, Didi disebabkan dia jarang pulang ke rumah kerana tinggal bersama keluarga isterinya sambil berkerja sebagai supervisor di kilang getah daerah Beaufort. Kalau semua adik beradik ada di rumah pula, aku akan menumpang tidur di bilik adik Nanak bersama adik Kirus. Barang-barang ku sendiri masih banyak tersimpan dalam kotak. ‘Aku akan membeli almari untuk menyimapan barang-barang ni nanti’, itu niat ku yang masih belum tercapai sejak dulu lagi. “Oh ya…kak fizah pernah kata…dia akan beri bilik dia tu untuk ku…heee. Harap-harap, akan menjadi kenyataan…huhuhu.. :-)”, hidup ku penuh angan-angan pulak daaa.

Itu baru soal tempat tinggal, “ya la…mana-mana boleh tinggal kan? Emm…kalau korang dalam situasi saya, setuju ka dengan tindakan saya untuk tinggal di mana-mana yang disukai?, heee..persoalan untuk pembaca plak yer. Berbalik pada soal aktiviti masa cuti sekolah ni. Bermula isnin depan, 30.11.2009 (Isnin), saya, kak Fiza, Kak Juhasia dan adik Nanak akan memulakan aktiviti menorah getah di kebun getah ayah ku. 08.12.2009 (Selasa), adik sepupu ku ‘Ekong’ akan melangsungkan majlis walimatulurus di Kampung Merampong, Keningau. 12.12.2009 (Sabtu) pula ada jemputan kawen dari rakan-rakan sebaya ku Azianawaty bt Ayub di Kampung Kota Ayangan dan Azalinah bt Ismail di Kampung Banjar. Ada satu satu lagi jemputan kawen pada tarikh yang sama dari rakan KPLI kak Fiza, Mastipah bt Salikin di Kampung Merabau, Kota Belud. Semua pergerakan ku untuk mengunjungi majlis walimatulurus mereka banyak bergantung pada kenderaan kakak ku nanti. Harap-harap kesampaian dan moodnya baik untuk mengunjungi walimatulurus tersebut.

Maklumlah aku sendiri belum lagi memiliki kereta. Bukan masalah tiada lesen, malah lesen kereta ku sudah berusia dua tahun, sudah habis ‘P’. Namun sejak lulus mendapatkan lessen ‘P’, aku tidak pernah memandu kereta lagi. Bulan Jun 2009 lalu rakan ku Nurina pernah mengajak ku untuk menyewa kereta kancil di Kota Kinabalu, namun aku gagal memandu kereta. Segala ilmu memandu yang ku pelajari entah hilang ke mana. Keyakinan ku untuk memandu sebenarnya telah hilang, tetapi keazaman ku untuk memiliki kereta Mayvi SE amat tinggi. Emm…aku kadang-kadang tak pasti di mana kemahuan ku sebenarnya kerana aku masih gagal mengumpulkan sejumlah wang untuk deposit kereta tersebut. Mungkin disebabkan aku menghulurkan bantuan buat adik-adik ku, membayar wang pinjaman belajar di UMS iaitu (PTPTN : Perbadanan Tabung Pendididkan Nasional) dan membayar bil api, air, astro dan broadband. Inilah putaran 'hidup berdikari' yang membuatkan aku harus belajar menyimpan wang.

Sekitar tarikh 18 atau 19.12.2009 pula, aku akan bertemu dengan rakan-rakan ku, Flora David dan Ping di Kota Kinabalu. Keesokan harinya kami akan bertolak ke Kundasang, saja mengisi aktiviti percutian. Aku bercadang untuk mengajak adik Nanak kerana dia mempunyai seorang rakan yang juga kebetulan mempunyai homestay di Kundasang, Ranau, Sabah. Bolehlah tinggal dan merasai hidup suasana kampung yang mempunyai persekitaran cuaca sejuk. Aku juga bercadang untuk membeli buku-buku Sekolah Agama Rakyat buat adik Nonow dan adik Cici di Wisma Muis, Kota Kinabalu nanti. Selain itu aku juga bercadang untuk menemui sahabat ku Yusnita disamping mengambil spirulina yang telah di tempah sejak beberapa bulan lepas. Emmm…banyak juga perancangan ku ni. Semoga apa yang dirancang berjalan dengan baik.

Rumusannya, aktiviti percutian 2009 ini banyak ku habiskan bersama adik beradik ku terutamanya misi menorah getah. Baru petang tadi, aku, Kak Fizah, adik Nanak, Mifdhal dan Abang Mat keluar dan singgah membeli pisau getah dan peralatan lain di sekitar pekan Keningau untuk persiapan menorah bermula esok pagi. Kebetulan pula hari ini Abang Mat singgah di stesen Bas Tung Ma untuk menukar waktu perjalanan tiket bas iaitu balik awal pagi esok. Dan tak sangka, aku sempat melihat kelibat Safwan buat kali ke tiga, itupun dari jarak agak jauh. Tiada kata-kata, hanya lambaian sebagai tanda selamat jalan ku berikan. :-)

No comments: