♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Saturday, November 28, 2009

11 (MURID) + 1 (GURU) = 1 DOZEN DALAM KENANGAN


11 (MURID) + 1 (GURU) = 1 DOZEN DALAM KENANGAN

16.10.2009 (Jumaat) : 11.40pagi

Dari jauh kelihatan 10 orang murid perempuan tahun 6 meluru kearah ku selepas selesai sesi perskolahan pada hari Jumaat.

“Cikgu jadi ka?” tanya seorang murid.

“Alamak, macam mana ya, tapi esok tiada aktiviti juga.” Hati ku berbisik sendiri.

“Emm…semua dapat pergi ka?” aku bertanya pada mereka.

Safikah memuncungkan mulut. “Cikgu nantilah..” katanya bersuara lembut dan merayu.

Aku senyum dan memandang satu demi satu wajah mereka. Belum ada jawapan ku berikan.

“Cikgu, jadi ke tidak?” agak tegas pertanyaan dari seorang murid ku, Rassainira. Dia satu-satunya murid tahun 6A dan selebihnya dari kelas tahun 6B.

“Jadi” ringkas jawapan ku.

“Yeahhhh”, suara mereka hampir serentak bersorak. Banyak mata memandang kearah keriuhan mereka.

“Pukul 8.00 pagi ya. Datang rumah cikgu dulu, kumpul di sana, kita minum jap. Nanti dalam jam 9.00 pagi kita naik bas”, aku memberi penjelasan kepada mereka.

Setelah mendapat pejelasan dariku, mereka mengangkat langkah untuk pulang. Kelihatan mereka tersenyum riang sesama mereka. Aku hanya tersenyum melihat keringan mereka. “Apapun kos perbelanjaan yang keluar, itu adalah tanggunganku nanti”, detik hatiku.

17.10.2009 (Sabtu) : 6.00 pagi

Seawal jam 6.00 pagi aku mengemaskan ruang tamu, mengisi baki kuih raya dalam hidangan kuih dan menyediakan air jagung. Selesai persiapan, aku membersihkan diri dan menyiapkan diri dengan pakaian untuk keluar ke pekan. Seluar jeans biru gelap, baju maroon lengan panjang dan tudung kelabu kehitaman menjadi pilihan pakaian ku ke pekan.

Selesai bersiap, aku melihat kalau-kalau ada mesej telefon bimbitku.

“Kul berapa jalan?” sms dari Khairul, driver bas yang ku tempah.

“Sekarang sudah jam 7.30 pagi, murid tak sampai ni”, aku berbicara sendirian.

“Jam 10.00 pagi”, aku membalas mesej / sms untuk Khairul.

Tepat jam 8.00 pagi, hanya 4 orang murid ku yang datang, Hawa, Ashikin, Nadira dan Saidatul. “Mana yang lain”, tanya ku pada mereka.

“Entah, dorang cakap mau singgah, tapi tiada pula”, jawab Saidatul.

“Ba…mau jam 8.00 pagi sudah ni, kumpul jam 8.00 pagi kan, kasi tinggal lah yang lambat ni?”, aku saja memberi persoalan untuk menduga mereka.

“Eh…mana dorang ni, kasi tinggal sajalah”, jawab salah seorang diantara mereka.

“Ndak apa, kamu duduk dululah, tengok tv”, aku cuba meredakan kerisauan mereka.

Sementara itu aku memotong sebahagian baki buah tembikai untuk dihidangkan pada mereka. Itu lebih baik daripada buah tersebut dibuang kerana masih banyak makanan yang tak dimakan. Jika dibiar lama, pasti ada saja makanan yang dibuang seperti yang ku lakukan sebelum ini.

Tepat jam 9.00 pagi, semua muridku hadir dan berada di rumahku. 11 orang semuanya. Aku menjemput mereka makan kuih raya dan minum air jagung yang dibuat awal pagi tadi. Sudah ku jangka, penantian pasti memboringkan mereka.

“Cikgu, jam berapa jalan, ada sudah ka bas?”, tanya salah seorang diantara mereka. Aku melihat jam pada dinding rumahku, 9.30 pagi.

“Jam 10.00 pagi kita jalan, kamu yang lambat datang. Tu yang cikgu tunda jam 10.00 pagi baru jalan. Kamu tengok tv dulu la arr”, aku cuba mengalihkan penantian mereka.

Muridku melayan rancangan astro 180 muzik aktif. Sebentar kemudian siaran tv bertukar-tukar. Adakalanya ruang tamu yang dipenuhi tadi terasa kosong. Muridku kini keluar dan masukke rumah. Entah apa tujuannya.

“Cikgu, pinjam parang, mau buka kelapa”, tiba-tiba permintaan Hawa mengejutkan aku. Hawa ialah antara dua orang murid tahun 5 Bestari yang turut terlibat dengan aktiviti ke pekan Keningau hari ini.

“Uikk…tak payah, kejap lagi mau jalan sudah kita ni, kamu simpan la dulu, mana kamu dapat kelapa muda tu?”, aku bertanya.

“Baru tadi jatuh di sana”, kata adik sepupu ku, Nor Asmilah. Aku hanya tersenyum. Aku sebenarnya bimbang kalau-kalau mereka terpotong jari ketika mengerjakan buah kelapa tersebut. “Tak pasal-pasal, lain plak jadinya”, itu yang terdetik di hati ku.

Sekitar jam 10.30 pagi, pemandu bas, Khairul yang berasal dari Kg Bunga Raya tiba di hadapan pintu pagar sekolah. Agak lambat ia datang seperti yang kami janjikan. Tetapi kelewatan itu juga ada hikmahnya. Aku sempat menggoreng nasi untuk sarapan pagi ku bersama adik Farhah. Aku juga sempat menemui resit pembelian kain dan tudung yang ku cari-cari selama ini.

Sejak pagi tadi, minda ku telah menyusun aktiviti di pekan. Lokasi pertama ialah Kedai Jahit Firdaus sebaris dengan Bunir Textile untuk menyukat pakaian nasyid bagi 9 orang murid SK Merampong. Lokasi kedua ialah Servay dan diakhiri dengan aktiviti makan di KFC. Demikian aktiviti yang bermain di mindaku.

Tetapi semua perancangan ku berubah. Selesai mengukur pakaian nasyid, murid-muridku berharap dapat membeli ‘Rubiks’ / Magic Cube iaitu sejenis mainan bentuk petak segi empat berwarna merah, kuning, hijau dan oren pada tiap permukaan di Servay atau Hiap Lee. Tiap permukaan mengandungi 9 petak kecil. Petak itu akan diasingkan dari susunan asal kemudian disusun semula mengikut warna permukaan yang sama. Aku sendiri sebenarnya masih gagal menyusun warna pada petak tersebut. Kali pertama aku melihat mianan ‘Rubiks’ / Magic Cube ini pada tahun lalu. Abang sulung ku, Jacixion, selalu memutar-mutar susunan 'Rubiks' / Magic Cube tersebut. Pelbagai jumlah petak yang berlainan telah dicubanya. Dari 9 petak, 16 petak dan 4 petak. Menurut abangku, empat petak agak susah diselesaikan berbanding 16 petak.

Kami berusaha mencari ‘Rubiks’ / Magic Cube di tingkat tiga kedai Servay, namun hanya terdapat 'Rubiks' / Magic Cube untuk 4 petak sahaja. Kegagalan mendapatkan mainan tersebut menyebabkan murid-muridku merayu agar kami mencari di kedai Hiap Lee pula. Sebelum keluar dari Servay, kami singgah membeli makanan ringan di bahagian grand floor Servay. Aku sendiri telah membeli 12 kotak kecil minuman kacang soya untuk kami semua.

“Cikgu, saya mau coklat ni” pinta seorang murid ku.

“Mana boleh pilih-pilih, nanti yang lain pun mau pilih juga. Biar sama semua. Ndak pun, tak payah beli”, kata ku dengan nada agak mengugut.

“Ya lah…ya lah..kacang soya lah..” mereka akhirnya bersetuju.

“Kacang soya bagus untuk kulit”, aku memujuk sambil tersenyum. Aku sebenarnya berusaha memenuhi permintaan mereka, tapi aku perlu merancang juga bajet perbelanjaan ku. “Nanti tak pasal-pasal lari bajet plak. Satu lagi, payah mau melayan karenah murid-murid ku yang gemar berebut”, kata hati ku.

Selesai membeli belah di servay, kami mengatur langkah ke Hiap Lee baru. Agak tercabar juga membawa murid ku menyeberangi jalan raya dari depan Bank BSN menuju kearah Hiap Lee. Mereka terlari- lari dan kelihatan teragak-agak untuk menyeberangi jalan. Syukurlah semuanya sudah agak dewasa dan pandai melihat kesesuaian situasi untuk melintas di jalan raya.

“RUBIKS” / Magic Cube, itu saja tujuan utama murid ku di kedai Hiap Lee. Selesai memilih barang, urusan membayar pula di kaunter. Sementara menunggu giliran barisan untuk membayar, kami terserampak dengan Cikgu Kamil yang sedang membayar di kaunter bayaran. Cikgu Kamil agak hairan melihat ramai murid bersama ku.

“Oh..kamu manja sama Cikgu Jalifah arr”, katanya ditujukan kepada sekumpulan murid-muridku. Muridku hanya tersenyum-senyum.

“Saja bawa dorang jalan pergi sukat baju nasyid tadi”, aku tersenyum memberi penjelasan tanpa diminta.

Sementara menunggu murid ku, aku sempat membeli majalah wanita berhampiran dengan pintu luar Hiap Lee. Murid ku pula berkumpul rapat dihadapan mesin ‘Crazy Catch’. Sorang muridku, Nadira, amat berminat untuk mendapatkan anak patung dalam mesin tersebut. RM1.00 iaitu dua keeping syiling 50 sen diperlukan untuk sekali permainan.

“Saya mau tu na harimau”, Nadira beria-ia mahukannya.

“Cikgu, macam mana main ni?”, tanya mereka pada ku.

“Cikgu ndak pernah main ni. Ndak apa, kita panggil pekerja dorang untuk minta tunjuk”, aku cuba mencari penyelesaian.

“Kak, macam mana main ni, boleh tunjuk dulu”, aku bertanya pada seorang pekerja perempuan berbaju merah lingkungan umur sekitar akhir 30-an. Pekerja tadi segera membantu kami. Tetapi percubaan untuk mengambil patung itu gagal.

“Alaaaa…” semua murid ku bersuara hampa apabila mesin tersebut gagal mengangkat patung harimau tersebut.

“Saya mau cuba di sana lagi”, pinta Nadira tanpa putus asa sambil menunjuk kearah sebuah lagi mesin “Crazy Catch” di sebelah kiri pintu masuk Hiap Lee. Kesemua 11 orang murid ku serentak mengerumuni mesin tersebut. Sekali lagi kakak berbaju merah tersebut membantu. Dan akhirnya percubaan kedua berjaya mendapat anak patung tikus berwarna kuning. Saat anak patung itu diangkat dan dijatuhkan pada lubang keluar, semua murid ku bersorak.

“Yeahhh…dapat”, suara sorakan mereka menarik perhatian orang ramai disekeliling kami. Kakak berbaju merah tadi segera beredar meninggalkan kami sambil mengatakan sesuatu.

“Sudahlah…nanti bos marah saya pula” katanya sambil beredar cepat. Aku memberikan semyuman tanda terima kasih.


Muridku berganti-ganti memegang patung kecil tersebut. “Comel ooo..” itu antara kata-kata positif yang ku dengar.

Kami meneruskan lagi perjalanan dan kali ini ke destinasi KFC. Berjalan beramai-ramai memang mudah menjadi perhatian ramai orang di sekeliling. Aku agak malu ditatap oleh orang ramai dipersekitaran ku. Walaupun saiz ketinggian ku lebih kurang dengan anak-anak murid ku, tetapi raut wajah ku kelihatan agak berumur dan pasti dianggap ketua dalam kelompok kami. Penampilan ku yang menggalas beg berisi laptop juga agak membezakan penampilanku dengan murid-murid ku.

Dari jauh seorang pekerja KFC memerhatikan kami di sebalik dinding kaca dan segera membuka pintu untuk kumpulan kami. Aku tidak memilih meja yang jauh, malah aku segera mengajak murid-murid ku duduk di meja berhampiran dengan pintu KFC tadi. Aku sempat menarik sebuah meja untuk digabungkan pada dua meja yang berhampiran. Setelah semua murid ku duduk di kerusi masing-masing dan agak diam, aku bangun ke kaunter untuk mengambil pesanan. “12 pinggan nasi, 12 ketul ayam dan 12 gelas air oren”, pinta ku pada seorang pelayan di kaunter. Sementara menunggu pesanan makanan, aku memandang menu bergambar yang terpampang di ruang atas dapur KFC. Tiba-tiba aku dapat merasakan orang di sebelah kaunter memerhatikan aku. Aku menoleh ke kanan. ‘Macam pernah nampak, tapi di mana’, hati ku berbisik.

“Assalamualaikum”, dia memberi salam.

“Wa’alaikumsalam…oh..ustaz..dekat saya ndak kenal sebab ndak pakai ini”, tangan ku halakan kearah kepala ku.

“Dua kali jumpa sudah pun ndak kenal lagi”, katanya. “Ustaz tu kan dalam bahasa arab maksudnya ‘cikgu’ juga”, dia menyambung kata lagi.

Aku hanya memberikan senyuman. “Saya bawa murid saya jalan-jalan”, aku saja memberitahu tujuan ku di pekan.

“Saya tunggu servis kereta di sana”, dia turut nmemberi penjelasan sambil menunjuk kearah Shell bersebelahan dengan Restoran KFC.

Perbualan kami habis setelah masing-masing sibuk dengan pesanan di kaunter. Aku sempat mengingat Facebook. “‘Friends Of The Day’ yang ku klik di Facebook adalah dia. Kebetulan pula jumpa pula kali ke dua di KFC ni. Hari pertama dulu jumpa di majlis kawen. Itupun aku ditegur olehnya terlebih dahulu”, aku mengingat semula kali pertama aku bertegur sapa dengannya. Inilah situasi zaman teknologi, hanya berkenalan melalui talian internet. Namun ia memudahkan kita mengenalpasti dan terasa telah kenal lama bila bertemu secara realiti.

Selesai menjamu selera, aku memenuhi permintaan murid ku untuk ke destinasi terakhir iaitu singgah di kedai Skiss Marketing untuk membeli sedikit makanan sebelum menaiki bas untuk pulang. Beberapa muridku sibuk meronda kedai Skiss Marketing dan beberapa orang muridku yang tidak membeli menunggu di hadapan kedai Skiss Marketing. Aku turut menyertai mereka sambil bercerita. Tiba-tiba seorang murid ku mencampakkan bekas minuman KFC di hadapan kedai.

“Eh…siapa buang tu? Pungut balik, kamu ni macam ‘pilak’ pula, sembarang jak buang sampah. Buang dalam tong sampah ba. Kalau tiada tong sampah, simpan dulu. Nanti jumpa tong sanpah baru buang”, aku menegur perlakuan murid ku.

Beberapa orang murid ku tergelak bila aku samakan perbuatan membuang sampah dengan ‘pilak’. Bukan niat ku untuk memperlekehkan ‘pilak’, cuma kebanyakan pembuangan sampah juga banyak dilakukan oleh golongan tersebut. Walaubagaimanapun aku tidak menafikan masyarakat tempatan juga sebenarnya banyak yang tidak mempunyai kesedaran sivik mengenai pentingnya menjaga kebersihan dengan cara membuang sampah dengan betul.

Setelah urusan membeli selesai, aku membawa murid ku ke pondok perhentian bas bersebelahan dengan Pejabat Pos sepertimana yang aku persetujui dengan pemandu bas. Beberapa minit menunggu, Khairul tiba di hadapan pondok bas. Murid-murid ku berlari-lari anak kearah bas dan agak berebut masuk ke dalam bas. Aku segera membayar tambang pergi balik sebanyak RM60.00 kepada Khairul. Pada mulanya, niatku terus balik ke Kampung Penagatan Ulu, namun aku mengambil keputusan untuk turut sama dengan pemandu bas untuk menghantar muridku hingga sampai ke Kg Merampong. Syukurlah semua urusan berjalan dengan lancar tanpa sebarang kemalangan.


Selesai urusan menghantar pulang murid ku, aku segera menaiki bas Kg Penagatan Ulu yang terletak di hadapan kedai Mee Woo bersebelahan dengan bagunan kuning kedai Rakyat. Agak lama menunggu penumpang memenuhi ruang kerusi bas. Aku agak boring menunggu. Bas hanya akan bergerak apabila bas penuh. Aku membelek-belek majalah ‘Wanita’ yang ku beli di kedai Haip Lee. Satu demi satu penumpang bas memenuhi ruang kerusi. Dari suara-suara yang sibuk bercerita dibelakang ku, aku agak mengenali suara tersebut. Aku menoleh ke belakang dan memang sah, suara itu milik adik lelaki ku, Adzrol bersama rakannya, Jahir. Mereka sedang menjamah keropok sambil menekan-nekan butang ‘handphone’ masing-masing.

Aku segera menukar kedudukan dan duduk bersebelahan dengan adikku. “Minta”, aku segera menyertai mereka untuk makan keropok. Beberapa minit berbual, dua orang rakan sekampung adik ku menaiki bas, Kudin dan Gotoi. “Aik…ramai-ramai juga kamu turun Keningau arr”, aku menegur mereka. Hanya senyuman yang mereka berikan. Penantian dalam bas membuatkan, rakan-rakan adik ku tadi keluar sebentar untuk membeli ais krim. Empat batang ais krim dibahagikan untuk mereka berempat.

“Oh…kamu jak makan ais krim ya? Ndak ingat orang satu kampung ni? Baru saya mau belanja tambang, tapi kamu ndak belanja ais krim, ndak jadilah mau belanja kamu”, aku saja bergurau dengan niat untuk menerapkan nilai prihatin dengan orang sekampung. Aku dapat rasakan mereka yang berumur sekitar 14-15 tahun agak segan bertegur dengan ku.

“Alaaa…betul ka mau belanja ni? Nah tolong pegi beli satu lagi ais krim”, Kudin mengajukan soalan pada ku sambil menghulurkan syiling 20 sen pada Gotoi. Gotoi segera turun untuk membeli ais krim. Gotoi adalah nama panggilan dan nama sebenarnya 'Alfred' kalau saya tak silap.

“Betul ba”, aku memberikan senyuman pada Kudin. Sebentar kemudian, aku menerima ais krim dari mereka. “Wah…sekali sekala makan ais krim dengan budak-budak ni, meriah gak”, desis hati ku.

Beberapa minit kemudian, konduktor bas, Rano, memungut tambang bas. Aku bertanya untuk tambang 5 orang dan segera menghulurkan RM10.00 untuk tambang kami berlima. Aku berasa puas hati dapat mengembirakan adikku dan juga rakan-rakannya yang juga merangkap adik-adik di kampung ku. “Bagaimanalah masa depan mereka ni???”, aku agak bimbang memikirkan masa depan mereka yang tidak pasti kerana minat mereka untuk belajar kurang baik. Perjalanan ku tamat apabila kami semua selamat tiba di destinasi yang dituju, Kg Penagatan Ulu. :-)

4 comments:

Rina said...

wahh..bagus la..sy baca sampai habis..ada bakat menulis oh si ifah...kalau sa beli dairy pun susah sy mau luah apa yg ingin sy tulis...

Jalifah Muhamin said...

Hehhee...baru mau cuba2 untuk menulis jua ni. Tulis jak apa yang terlintas..ehhehe. :D

access code said...

boring2 aku baca ko punya blog ni...terhibur juga...klu sudi add saya di facebook...buli kah...

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

Access code: Heee...terima kasih. Ba...sila2 add saja. Ada link facebook sy d blog tu. Nanti sy approve kamu. :)