♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Friday, December 18, 2009

INGAT ALLAH SENTIASA


INGAT ALLAH SENTIASA

Jika dilihat dari segi mata kasar, kebanyakan Muslimah tampil sempurna dengan pakaian menutup aurat. Memang menawan. Namun seseorang itu tidak cukup ‘indah’ jika ‘tiangnya’ masih lemah iaitu IMAN.

‘TIANG’ yang dimaksudkan itu ialah SOLAT iaitu rukun Islam yang WAJIB dilakukan dalam apa jua keadaan kecuali atas beberapa sebab seperti mana yang digariskan di dalam Al-Quran. Laksanakan ia sebaiknya kerana SYURGA adalah janji-Nya di kemudian hari.

Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya amalan pertama yang akan disoal pada hari kiamat kelak adalah ibadat solat. Jika baik amalan solatnya, beruntunglah dia. Jika rosak amalan solatnya, pasti dia akan menyesal dan berasa sangat rugi. Jika orang itu mendirikan solat wajib secara tidak sempurna, Allah akan menyatakan kepada para malaikat, ‘Wahai para malaikat, periksalah hamba-Ku ini. Adakah mereka melakukan solat sunat?’ Apabila ada solat sunat yang dilakukan, ia dapat menampung kekurangan solat wajib yang didirikan secara tidak sempurna. Begitu juga dengan amalan wajib yang lain.” – H.R Tirmidzi.

Jadi ingatlah walau bagaimana sibuk pun diri kita, ingatlah Dia Yang Maha Agung, Maha kaya dan Maha Pencipta.Jika kita lupa pada-Nya, dia juga akan melupakan kita. Di saat kita ditimpa bencana, kepada siapa kita akan meminta jika bukan kepada kepada Dia, Alalh Yang Maha Mendengar, Maha Mengasihani, Maha Menyayangi? Tidakkah ketika itu kita malu untuk mengangkat tangan yang selama ini tidak pernah menadah kepada-Nya memohon perlindungan?

Mohonlah keberkatan daripada-Nya dengan melaksanakan solat. Yakinlah diri kita akan dilindungi di dunia dan azab api neraka di akhirat kelak. Didiklah anak-anak kita dan sematlah di jiwa mereka tidaka ada yang lebih utama di dunia ini melainkan Allah. Letakkan Allah di tempat paling utama di dalam hati sanubari, insyaAllah hidup ini akan terus diberkati-Nya.


Hadis & Falsafah / Majalah NUR, m/s 78, (Oktober 2009)

No comments: