♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Tuesday, September 22, 2009

TERIMA SEADANYA PASANGAN KITA


Hari ini dalam kehidupan yang semakin maju, moden dan mencabar, di mana kedudukan lelaki dan perempuan hampir setara, banyak pakar kaunseling perkahwinan mengakui bahawa hampir semua masalah rumah tangga berpunca daripada merosotnya rasa hormat terhadap pasangan kita. Rasa hormat perlu dipupuk dari rasa kagum. Justeru, seseorang dianjurkan untuk berkahwin dengan orang yang dikaguminya.

Menghargai atau hormat pada pasangan harus didasari atas satu faktor iaitu PENERIMAAN. Oleh itu kita seharusnya menerima pasangan seadanya, baik kekurangan mahupun kelebihannya. Jadi faktor penerimaan diri pasangan itu adalah prasyarat munculnya rasa hormat.

Hal yang sangat perlu diperhatikan agar kita dapat menghargai dan menerima pasangan kita adalah dengan mengingat kembali segala apa yang kita suka tentang pasangan kita sebelum berkahwin dahulu. Selain itu kita juga harus menerima hakikat bahawa disebalik faktor kekuatan terdapat faktor kelemahan.

Oleh yang demikian hendaklah para suami atau isteri membuang prasangka dan melupakan segala hal-hal yang tidak diingini daripada pasangan hidupnya. Masing-masing harus sentiasa saling mengingatkan diri masing-masing bahawa jika ada sifat-sifat pasangan yang tidak disukai, pasti ada juga sifat-sifat lain yang memuaskan dan menyenangkan hati.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedangkan engkau tidak mengetahui” (Surah al-Baqarah: 216)

No comments: