♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Friday, September 25, 2009

HENTIKAN MEMINTA-MINTA




Seorang lelaki menemui Rasullullah kerana berdepan dengan masalah kewangan. Baginda bertanya kepada lelaki itu: “Adakah kamu memiliki barang yang boleh dijual?”

Si lelaki menjawab: “Ada, Rasulullah. Sehelai kain yang sudak aku potong dua. Sepotong untuk pakaian dan sepotong lagi untuk alas duduk. Dan ada lagi sebuah piala tempat minum.”

Balas Rasulullah: “Bawa barang itu ke mari.” Si lelaki kemudiannya datang lagi membawa barang-barang yang dimaksudkan. Rasulullah mengambil lantas menawarkan barang-barang itu kepada sahabat yang hadir, “Siapa yang mahu membeli barang ini?”

Seorang sahabat menyahut: “Saya, Rasulullah. Saya mahu membelinya dengan satu dirham.”
Rasulullah bertanya lagi: “Siapa mahu menambah harganya?”
Seorang sahabat menyahut: “Saya, Rasulullah. Saya bayar dua dirham.”

Rasulullah lantas bersetuju dengan tawaran kedua. Lalu baginda memberikan wang itu kepada kepada si lelaki sambil berkata: “Ambil! Satu dirham, belikan makanan untuk isterimu. Lebihnya beli kapak. Selepas itu, kembali ke sini.”

Si lelaki kembali dengan sebilah kapak, dan Rasulullah memberikan seutas tali sambil berkata: “Pergi ke luar kota. Cari kayu api dan jual di pasar. Jangan kamu datang lagi selepas 15 hari.”

Lima belas hari kemudian, si lelaki bertemu Rasulullah dengan wajah berseri-seri. Atanya selama 15 hari mencari kayu, dia mendapat nafkah sebanyak 15 dirham yang dibelanjakan untuk makan pakai keluarga.

Mendengar itu Rasulullah tersenyum lalu berkata: “Itu lebih baik bagimu daripada meminta-minta. Sebab kebiasaan meminta-minta itu akan membuat MUKA mu menjadi CACAT HITAM pada hari KIAMAT.”




Hadis & Falsafah / Majalah NUR, m/s 18, (September 2005)

No comments: