♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Thursday, September 17, 2009

PEREMPUAN BERKALONG SORBAN


RERLEKSI KU : Movie_”Perempuan Berkalong Sorban”

13.09.2009 (Ahad) / 23 Ramadhan 1430

Sekian lama movie “Perempuan Berkalong Sorban” ku simpan dalam pen drive, maka akhirnya aku meluangkan masa untuk menontonnya selepas majlis berbuka puasa dan solat tarawih di surau Kg Merampong, keningau.. Sekitar jam 11.00 malam aku selesai menonton part 7,8,9,10,11 dan 12. Sekitar jam 4.00 – 5.30 petang tadi aku telah menonton part 1,2,3,4,5 dan 6. Movie ini ku perolehi dari seorang teman yang ku gelarkan namanya “SAFWAN”. Sekitar bulan Julai ku terima, tetapi bulan September baru berkesempatan menonton. Mungkin disebabkan oleh line broadband ku yang telah meragam hingga aku tak dapat melayari internet menyebabkan aku mencari aktiviti lain. Detik itulah baru aku teringat movie yang belum ku tonton ini.

Sebelum ini SAFWAN telah memberikan aku lagu Siti Nurhaliza yang bertajuk "Ketika Cinta" lagu khas dari filem Perempuan Berkalong Sorban. Best jua lagu tu. Senikata lagu tu telah ku sematkan di ruangan profile friendsterku leyfah82@hotmail.com hingga kini. Tajuk lagu yang sama versi lelaki yang dinyanyikan Opic jua ada dalam simpananku. Menurut maklumat yang ku ketahui, penyanyi asal lagu ini ialah Opic dari Indonesia.

Sesungguhnya menonton filem ini banyak memberikan pengajaran buat diriku. Terutama dalam soal nasib seorang perempuan. Ya…seorang perempuan dengan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri kepada suami dan seorang ibu kepada anak-anak. Emmm…tak dapat ku bayangkan kalau bakal suamiku seorang yang garang, bagaimanalah agaknya hidupku…penuh berjaga-jaga dan takut. Suami yang tahu menggunakan hukum-hukum agama…tapi sebenarnya digunakan untuk kepentingan diri, terbela kah nasib sang perempuan???

“Wahai perempuan sekalian…beringatlah, kita kaum hawa punya hak untuk membela nasib. Semoga kelembutan yang kita miliki kita gunakan sebaiknya untuk melembutkan hati kaum adam. Kita gunakan untuk perbincangan penuh hikmah. Bukan kekerasan dan kelantangan jeritan suara, kerana kekerasan itu hanya akan menaikkan api kemarahan.” Demikian kata-kata yang ingin ku laungkan buat teman-teman perempuan ku setelah menonton movie ini.

Berikut adalah kata-kata yang sempat ku rakamkan dari movie ini:

“Pada kesempatan kali ini, saya hendak membicarakan kesetaraan diantara manusia. Termasuk kesetaraan perempuan. Kita harus bijak membedakan mana yang nature dan mana yang non nature. Nature itu adalah perempuan melahirkan dan laki-laki tidak. Sedangkan non nature adalah baik laki-laki maupun perempuan itu memiliki kesempatan dan ruang untuk berekriasi, mengembangkan diri, sampai dengan belajar. Sebenarnya hal-hal seperti perempuan harus di dapur, itu bukan sifat nature. Itu tidak lebih dari tuntutan budaya itu sendiri.”

Oh ya…watak yang ku sukai ialah watak utama iaitu “Anissa” dan juga watak lelaki bernama “Le’”. Anissa seorang yang agak lasak dan suka mempertahankan diri. Anissa juga suka mempersoalkan hak perempuan berbanding lelaki. Anissa sukakan ilmu yang mana dia akhirnya berjaya menyambung pelajarannya dan menjadi seorang kaunselor disamping menulis buku.

“Le’” pula, seorang lelaki yang suka merendah diri dan berjiwa lembut. Sikap rendah diri itu menyebabkan ia tak berani meneruskan hubungannya dengan “Anissa” (anak seorang kiay). Le’ tahu Anissa amat menyayangi dan memerlukannya, tetapi ia hanya akur pada pilihan keluarga Anissa. Le’ dihantar ke Kairo oleh ayah Anissa untuk belajar dan membela nasib pasentran. Kepergiannya membuatkan Anissa amat sedih.

Dialog Anissa dan Le’

“Aku tidak penah memaafkan diriku Nissa. Sampai detik ini.”

“Kenapa kamu tinggalkan aku Le’”

“Aku takut hanya perasaanku yang tidak pantas buat mu Niss.”

“Jadi, apa yang pantas buat aku?”

“Allah pasti menunjukkan jalan yang terbaik buat kamu Nissa.”

“Jauh-jauh ke Kairo belajar Islam cuma untuk bilang ‘Allah pasti menunjukkan jalan buat aku’? Allah sebenarnya sudah menunjukkan jalan terbaik buat aku Le’. Tapi jalan itu terputus sejak kamu pergi.”


Anissa akhirnya dinikahkan dengan seorang anak orang kaya. Perkahwinan itu juga demi kepentingan pasentran yang memerlukan pembelaan dari segi wang. Anissa bernikah kerana beranggapan akan ada muhrimnya menemaninya untuk menyambung pelajarannya. Tapi sebaliknya berlaku. Anissa hanya menjadi suri rumah dan melayani sepenuhnya kehendak suami. Anissa tidak diberikan peluang untuk belajar seperti yang dijanjikan sebelumnya. Keganasan suaminya juga menyebabkan Anissa berasa trauma. Malah Anissa sukar mengandung. Suaminya telah menikahi perempuan lain kerana beranggapan Anissa mandul.

Dipendekkan cerita, akhirnya Anissa bercerai dengan suaminya. Talak dilepaskan oleh suaminya dikhalayak ramai. Anissa difitnah berzina dengan Le’. Walaubagaimanapun, penceraian itu membuatkan Anissa berasa BEBAS dari kongkongan hidup. Anissa membawa dirinya ke kota untuk menyambung pelajarannya semula. Disitulah Le’ kembali mencari Anissa.

“RISALAH LELAKI” : Le’

“Mungkin sudah terlambat untuk mengatakan ini. Tapi aku tidak pernah meningalkan kamu Nissa. Demi Allah, kamu membuatkan aku tidak bisa mencintai perempuan lain. Tapi semua itu sudah takdir. Jika jalan terbaik mu terputus kerana aku, maka keterputusan itu menjadi sesalku sekarang.”

Anissa akhirnya berkahwin juga dengan lelaki yang disayanginya selama ini iaitu Le’. Le’ seorang suami yang amat memahami Anissa. Hidup Anissa kembali harmoni disamping dorongan suami yang penyayang malah rajin menolongnya berkerja di dapur. Tetapi ujian tuhan ke atas Anissa masih belum berakhir. Setelah melahirkan seorang bayi comel, suaminya, Le’ telah meninggal dunia kerana kemalangan. Anissa hilang arah tujuan buat seketika. Nasiblah Anissa segera bangun dari kesedihannya.

Bekas suami Anissa dahulu (Shamsudin) pula cuba mendekatinya semula. Tetapi mujurlah Anissa telah belajar dari pengalamannya. Anissa menjadi seorang wanita yang kuat hatinya dan tidak lagi mudah dipermainkan oleh lelaki seperti bekas suaminya itu. Misi akhir Anissa adalah untuk mewujudkan perpustakaan di pasentran keluarganya. Pada mulanya ia menerima tentangan hebat. Namun kesungguhannya dan keberaniannya menerima risiko menyebabkan ia tak mengalah. Dan..lahirlah satu transformasi yang mana akhirnya Anissa berjaya mewujudkan perpustakaan sekaligus mengubah minda guru-guru pasentran yang menolak buku-buku luar selain buku-buku agama.

Kata-kata Anissa buat perempuan yang menuntut di pasentran:

“Kalian semua adalah calon muslimah, calon isteri untuk suami kalian tercinta. Dan calon ibu untuk anak-anak yang kalian sayangi. Syurga janji Allah, ada di telapak kaki kita, PEREMPUAN. Tapi jangan lupa satu hal, bahawa Allah juga memberi manusia kebebasan. Mau jadi apapun kalian nanti, pilihlah JALAN ALLAH dengan rasa BEBAS, dan dengan hati yang ikhlas. Dengan begitu insyaAllah kita akan hidup dengan tenang dan tanpa rasa benci.”

Kata-kata Umi buat Anissa:

“DIAM bukan bererti tidak membela Niss. Ada hal yang kadang tidak bisa kita lakukan seperti yang kita inginkan. Kita adalah perempuan, yang hidup dalam kondisi yang tidak seimbang. Seperti yang sering kamu bilang. Yang Umi bisa lakukan cuma DIAM.”

“Setiap tindakan, pasti ada akibatnya. Yang paling penting bagaimana kita bisa mengatasi akibat itu. Dan kamu, kamu sudah bisa mengatasinya. Umi bangga sama kamu.”

Kata-kata Anissa buat anak lelakinya yang tidak sempat mengenali ayahnya:

“Abi itu seperti apa Umi?”

“Abi itu mukanya persis kei kamu. Apa lagi bibirnya. Abi itu adalah orang kedua paling baik dalam hidup Umi.

Kesimpulannya, movie ni lebih banyak memperlihatkan saya bagaimana situasi yang akan dihadapi setelah berumah tangga. Antaranya ialah bersedia berkhidmat untuk suami, melayani makan minum, melayani keperluan batin, melalui kesakitan melahirkan anak, mencari rezeki sendiri serta bersedia menghadapi lain-lain risiko. Contohnya risiko kehilangan suami yang tercinta, risiko fitnah orang di sekeliling serta komitmen terhadap ibubapa setelah berkahwin. Anissa telah melalui kehidupannya dengan tabah. Semoga cerita ini boleh dijadikan contoh teladan buat kaum hawa. Sebelum ku akhiri catatan ni, ingin ku coretkan ucapan “ribuan terima kasih buat SAFWAN yang telah memberiku movie yang penuh pengajaran dan makna hidup seorang perempuan ini”. :D

No comments: