Siapa tidak pernah tengok buah timadang/ tarap (terap) ni?? Sekian lama aku tak makan buah ni, bila aku balik di kampung kakak ku (Kg Menawo), pokok timadang kepunyaan jiran kakak ku ini sedang berbuah dengan lebat. Walaupun sudah satu dua kali minta izin jiran sebelah rumah untuk mengambil buah ini, tapi masa mengambilnya adalah beberapa hari selepas meminta izin untuk mengambil buah ni.
Gambar di atas adalah dua biji buah timadang yang diambil oleh Abang Mat (abnag ipar ku) pada 27.09.2009 (Ahad). Buah ini iambil sebelum aku balik ke rumah guru SK Merampong, “syukur…tidak lah saya kepunan makan timadang ni”, bisik hatiku. Buah tu sedang masak ranum, rasanya manis dan sedap.
Sebenarnya zaman kanak-kanak ku dulu ada kenangan yang dirakamkan bersama buah timadang / tarap (terap), gambar 1 & 2. Buah ini juga adalah antara buah yang paling banyak bertandang dalam kenangan hidupku ketika berusia di sekolah rendah dulu.
Buah tarap ni banyak terdapat di kebun getah bapa ku. Setiap tahun buah tarap ni pasti akan berbuah. Dan setiap tahun itu jugalah aku dan adik beradik ku yang lain pasti akan merasa buah tarap ini. Kami adik beradi seramai 11 orang (6 perempuan, 5 lelaki) kesemuanya dibesarkan hasil dari titik peluh mencari rezeki dengan menorah getah dan kadang-kadang menjual sayur di pasar Tamu Ground, Keningau.
Setiap kali selepas 2 jam menorah getah (6.30 pagi – 8.30 pagi), kami akan berhenti rehat selama 2 jam untuk menunggu susu getah habis menitis. Dalam masa 2 jam itu aku dan abang, kakak dan adik-adik ku akan mencari buah timadang untuk di makan. Kami adik beradik akan berkerjasama mendapatkan buah timadang tersebut dan makan bersama-sama. Abang ku dan adik lelaki ku akan memanjat pokok timadang dan kami beradik perempuan akan menunggu buah terap dijatuhkan ke bawah. Seingat akau, kakak sulung ku sendiri pernah memanjat pokok timadang tersebut jika abang dan adik lelaki ku tiada bersama. Aku selalu mengagumi kecekapan kakak sulung ku itu, malah sehingga dewasa aku suka berdamping dengannya untuk berkongsi cerita.
Kami adik beradik kadang-kadang mengambil buah timadang yang mentah dan matang untuk diperam hingga masak. Biasanya kami akan sembunyikan buah timadang itu di pondok kebun getah atau membawanya balik ke rumah. Pernah juga aku menyembunyikan buah tersebut di dalam bonet kereta usang land rover bapa ku. Selepas memakan buah timadang tersubut, kadang-kadang kami akan mengumpul biji buah timadang tersebut untuk digoreng (gambar 3 & 4). Rasa biji buah timadang yang digoreng seakan-akan sama seperti rasa kacang tanah. Tongkol buah timadang kadang-kadang aku jadikan sebagai mikrofon untuk bermain-main (gambar 4). Selain itu buah timadang muda boleh dijadikan sayur. Rasanya sama seperti buah nangka muda yang dijadikan sayur.