"HIDUP ini sering diberi pilihan demi pilihan. Semoga tidak tersalah membuat KEPUTUSAN terhadap PILIHAN yang dipilih." :)
♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥
ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)
Qasidah Istighfar
Tuesday, May 14, 2013
MADAH DAN KARENAH - Ramlah Ram
Madah dan Karenah - Ramlah Ram
Biar buta penglihatan
Jangan buta hati dan fikiran
Biarpun miskin harta
Jangan papa adat dan bahasa
Helang-helang buana
Janga lupa saudara tetangga
Bila hujung dijumpa
Jangan pula pangkal yang kau lupa
* :
Harummnya bunga rampai
Oleh kerna ramuan yang pandai
Indahnya sang pelangi
Tapi sayang tiada bererti
Hidup dalam dunia banyak ceritanya
Selagi bernyawa ada saja karenahnya
Yang indah hanyalah bahasa
Disebut dibaca gurindam serta seloka
Namun kenyataan hidup
Masih tetap sama
Tidak kira walau di mana
Tepuk dada tanya selera amalan biasa
Harummnya bunga rampai
Oleh kerna ramuan yang pandai
Indahnya sang pelangi
Tapi sayang tiada bererti
Ooo.. Penyair atau pujanga
Bermadah kelana
Dunia begitu jua
Dahulu mahu pun sekarang
Tiada berbeza
Puck pangkal hati jua
Kalau emas emas jua
Dibuang tetap berharga
Kalau besi besi jua
Kan karat akhirnya
Dunia banyak ceritanya
Selagi bernyawa ada saja karenahnya
Yang indah hanyalah bahasa
Disebut dibaca gurindam serta seloka
Namun kenyataan hidup
Masih tetap sama
Tidak kira walau di mana
Tepuk dada tanya selera amalan biasa
( Lagu : M Nasir - Lirik : M Amin Sahab )
Link youtube: http://www.youtube.com/watch?v=YTsFfs_q554
Tuesday, February 12, 2013
JAUH DAN SEMAKIN JAUH
JAUH DAN SEMAKIN JAUH
Teman...
Sering saja ku tanya khabar mu
Mahu bertukar kisah suka dan duka
Juga hidup pahit dan manis
Yang sama-sama kita rasakan.
Teman...
Walau jarak memisahkan kita
Sering saja ku meluangkan masa
Istimewa buat perkongsian cerita
Bila kau kembali ke desa
Teman...
Kini ku dengar kau punya khabar gembira
Engkau bakal menamatkan zaman bujangmu
Bersama seorang insan
Yang kini paling kau kasihi
Teman...
Tiada lagi waktu kau luangkan bersama ku
Kerana kau kini perlu mengubah rutin hidup mu
Mula menyulam tanggungjawab diri mu
Kepada insan bernama kekasih hati mu
Aku memujuk diri sendiri
Yang kini mula diresapi sepi dan kehilangan
Akan rutin terindah persahabatan kita
Yang selalu berkisah suka dan duka bersama
Ada hiba yang tidak dapat ku sembunyikan
Dalam gembira melihat kegembiraan mu
Dibelakang mu, air mata ku gugur satu persatu
Mengenangkan persahabatan telus yang terbina
Yang kian terasa jauh dan semakin jauh.
************
Catatan memori:
Terpahat memori indah bersamamu pada 11+2=13 (11 Februari 2013), 10.00 pagi hingga 5.00 petang di Kg Pasir Putih. Tahniah diatas pertunangan adikmu (Uget) dan majlis merisik dari keluarga bakal suami mu teman. Aku gembira melihat keceriaan dan kegembiraan mu namun tidak dapat ku sembunyikan rasa sedih akan kehilangan persahabatan kita yang terjalin erat sejak tahun 2006 lagi. Walaupun hanya 8 tahun mengenalimu, namun ketelusan dan kujujuranmu membuatkan aku selalu meyakini, mempercayai dan menghormatimu. Terima kasih teman, selamat meneruskan hidup bersama pasangan tercinta. Semoga kegembiraan selalu bersama kita. Bila tiada sahabat setelusmu, aku tahu hanya keluarga ku yang akan menjadi sahabat terdekat dihatiku pula. :'(
Saturday, January 26, 2013
SEMERBAK AROMA TUTTTT
Aku segera memasuki Maybank yang sentiasa dikunjungi pelenggan yang ramai. Aku menuju ke meja kecil yang disediakan khas untuk mengisi borang simpanan dan pengeluaran wang. Di kiri dan kanan meja, dua lelaki dewasa sedang sibuk mengisi borang kecil. Masing dengan wajah yang serius dan penuh tekun.
Ketika aku pula sibuk mencari pen untuk mengisi borang simpanan ke akaun bayaran kereta, aku terhidu semerbak aroma tutttt ketika aku berada di tengah-tengah meja diantara dua lelaki itu.
"Baunya kentut dia. Bau ala ikan masin, jelas dari arah kiri," bisik hati ku.
Anak mataku terarah ke sebelah kiri namun wajah ku masih menatap di hadapan meja untuk menulis.
"Walaupun kau buat muka serius, aku tau kau kentut wahai jejaka sebelah kiri. Namun aku buat-buat tidak terhidu agar kau tidak perasan dan rasa malu," bisikku lagi.
Namun perlahan-lahan ku gerakkan juga satu langkah ke kanan menjauhi aroma tutttt yang semakin semerbak itu. Mujur lelaki di sebelah kananku telah beredar ketika wagiannya menjadi-jadi.
"Jangan salahkan saya wahai orang sekeliling, bukan saya yang kentut," aku tahu aku tidak bersalah dalam hal ini. ^_^
Catatan memori_25.01.2013_Jumaat_11.55
JEN-JEN
♥ Jen-Jen ♥
Bunyi sayup kedengaran mengiau-ngiau ketika aku baru membuka pintu kereta. Segera ku ingati aduan anak buah ku, Mifdhal Ziyad mengenai kehadiran seekor anak kucing yang berlari ketakutan dikejar anjing lalu bersembunyi di dalam enjin kereta ku sejam yang lalu.Dalam lena dibawah kipas angin, aku menganggukkan sahaja kepala ku sambil mata terpejam rapat.
Aku sengaja menghidupkan enjin agar anak kucing tersebut segera beredar. Namun, sangkaan ku tidak menjadi. Aku segera mebuka bonet enjin dan ku dapati seekor anak kucing yang kelihatan comot duduk dengan wajah sedih di atas bateri kereta ku.
"Start enjin pun kau tetap bertahan ya kucing. Baiklah, ku berikan nama mu "Jen-Jen" sempena penemuan mu di atas enjin," bisikku sambil mengangkat keluar anak kucing itu.
Maka bertambah lagi seekor haiwan peliharaanku dirumah. Niatku, setelah kucing itu boleh berdikari baru lepaskan semula dimana ia selesa untuk hidup berdikari. ^_^
Catatan Memori_26.01.2013_Sabtu_5.30 petang.
Bunyi sayup kedengaran mengiau-ngiau ketika aku baru membuka pintu kereta. Segera ku ingati aduan anak buah ku, Mifdhal Ziyad mengenai kehadiran seekor anak kucing yang berlari ketakutan dikejar anjing lalu bersembunyi di dalam enjin kereta ku sejam yang lalu.Dalam lena dibawah kipas angin, aku menganggukkan sahaja kepala ku sambil mata terpejam rapat.
Aku sengaja menghidupkan enjin agar anak kucing tersebut segera beredar. Namun, sangkaan ku tidak menjadi. Aku segera mebuka bonet enjin dan ku dapati seekor anak kucing yang kelihatan comot duduk dengan wajah sedih di atas bateri kereta ku.
"Start enjin pun kau tetap bertahan ya kucing. Baiklah, ku berikan nama mu "Jen-Jen" sempena penemuan mu di atas enjin," bisikku sambil mengangkat keluar anak kucing itu.
Maka bertambah lagi seekor haiwan peliharaanku dirumah. Niatku, setelah kucing itu boleh berdikari baru lepaskan semula dimana ia selesa untuk hidup berdikari. ^_^
Catatan Memori_26.01.2013_Sabtu_5.30 petang.
Tuesday, January 8, 2013
DIAKHIR MEMORI RINDU
DI AKHIR EMORI RINDU
Rindu
Ada rindu
untuk dia
Rindu yang menari berirama
Rindu yang
dibiarkan terus bersama
Rindu…
Hadir
sajalah sesukamu…
Sampai masa…pergi
jua sesuka hatimu…
Disini...tiada tempat
istimewa buatmu
Kerana si
dia juga tidak menghargai hadir mu…
Rindu..
Hadirlah…dan
pergilah…
Hingga penat
dan lelah akan menyapa
Hingga jemu
dan putus asa akan berkuasa
Melenyapkan segala yang dirasa
Melupakan jua rindu di dada
Memusnahkan wanginya cinta
Di akhir memori rindu
Thursday, September 27, 2012
APA PULA KEJAYAAN ANDA?
APA PULA KEJAYAAN ANDA?
Saat kejayaanya diumumkan, air matanya hampir menitis. Saat terlafaz nama pemenang, lampu pentas bersinar penuh gemerlapan. Di hadapan pentas, tersenyum wajah seorang ayah penuh kesyukuran menatap kejayaan yang sedang diraih oleh cahaya matanya. Sorakan seisi dewan yang gemuruh amat bersetuju dengan kejayaannya.
Walaupun bangsa tiada persamaan, bahasa mampu menyatukan mereka di dalam dewan. Dengan kesungguhannya mempelajari bahasa yang lain (Bahasa Mandarin), dia mampu bersinar dengan kelebihan yang tersendiri.
Tahniah, Nur Shahila Amir Amzah kerana telah berjaya dalam bidang yang diceburi di usia 22 tahun. Penyanyi Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah, berjaya mengharumkan nama negara Malaysia dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China bermula jam 8.30 malam.
Dengan kejayaan itu, Shila berjaya menewaskan 5 finalis daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.
Dengan kejayaan itu, Shila berjaya menewaskan 5 finalis daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.
Kini, tertaya-tanya pula pada diri sendiri, "apa kejayaan anda yang sudah diraih sepanjang hidup ini?" ^____^
Link youtube:
Shila Amzah - All performance Asian Wave 2012
Monday, September 24, 2012
SI KROK
Sekali lagi bunyinya...'krooookkkk'.
Itu isyaratnya.
Sesaat berbunyi bagai bergelonsor di ruang kosong yang panjang.
'kroook'...aik...agak pendek sedikit pula bunyinya.
Mungkin malu diusik si tuan badan.
Berkatalah si tuan badan, "apa mahu mu si bunyi 'krook'?"
Seketika tiada bunyi kedengaran.
Tiba-tiba kedengaran bunyi yang agak pendek,
'krok'....'krok', itu saja maklumbalasnya.
"Baiklah si bunyi 'krok', saya tahu itu isyarat kamu minta diisi. Lapar ya? Kasihan kamu. Masa menunjukkan jam 2.30 pagi, patutkah kamu diisi padahal jadual kamu adalah tidur dan berehat?"
Sepi.
Diruang dapur, kelihatan si tuan badan sedang mengambil jag untuk memasak air. Segalanya untuk si bunyi 'krok'. Ya, bunyi 'krok' sedang dimanjakan.
NOTA: Latar gambar tiada berkaitan. Gambar hanya sebagai hiasan, aksi si tuan badan yang asyik dengan tugasan di hujung mikrofon disamping menahan terik panasnya mentari pagi di tepi padang Kampung Merampong ketika itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)



