♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Saturday, January 26, 2013

SEMERBAK AROMA TUTTTT


♥ Semerbak Aroma Tutttt ♥

Aku segera memasuki Maybank yang sentiasa dikunjungi pelenggan yang ramai. Aku menuju ke meja kecil yang disediakan khas untuk mengisi borang simpanan dan pengeluaran wang. Di kiri dan kanan meja, dua lelaki dewasa sedang sibuk mengisi borang kecil. Masing dengan wajah yang serius dan penuh tekun.

Ketika aku pula sibuk mencari pen untuk mengisi borang simpanan ke akaun bayaran kereta, aku terhidu semerbak aroma tutttt ketika aku berada di tengah-tengah meja diantara dua lelaki itu.

"Baunya kentut dia. Bau ala ikan masin, jelas dari arah kiri," bisik hati ku.

Anak mataku terarah ke sebelah kiri namun wajah ku masih menatap di hadapan meja untuk menulis.

"Walaupun kau buat muka serius, aku tau kau kentut wahai jejaka sebelah kiri. Namun aku buat-buat tidak terhidu agar kau tidak perasan dan rasa malu," bisikku lagi.

Namun perlahan-lahan ku gerakkan juga satu langkah ke kanan menjauhi aroma tutttt yang semakin semerbak itu. Mujur lelaki di sebelah kananku telah beredar ketika wagiannya menjadi-jadi.

"Jangan salahkan saya wahai orang sekeliling, bukan saya yang kentut," aku tahu aku tidak bersalah dalam hal ini. ^_^

Catatan memori_25.01.2013_Jumaat_11.55 tengah hari.

No comments: