♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Sunday, February 13, 2011

RAPUH HATI


RAPUH HATI

Aku sibuk memetik sayur lembiding. Sesekali khayalan ku jauh ke depan. memikirkan latihan tempatan Askar Wataniah yang sudah bermula pada jam 12.00 petang. Sepatutnya aku sudah berada di kem untuk mengikuti latihan. Tapi diri ini masih disibukkan dengan jerja-kerja dapur. Aku harus memask makanan tegahari untuk dua adik bongsu ku terlebih dahulu.

"Harus berkerja lebih cepat walaupun lenguh di tangan belum hilang mencuci kain sebentar tadi. Menu apa hari ni ya? Emmm....sayur tumis lembiding dan goreng dua biji telur jak la. Nasi ok...sudah masak." Fikiran ku pantas saja meneruskan rutin harian ku.

Sesekali aku menjenguk handset, mana tau sahabat ku Mazreni mencari ku untuk sama-sama bergerak ke kem latihan. "Ada mesej asing, tanpa nama...siapa ya?" aku segera membacanya.

"Salam K.Ipa...Dila ni...hehe...K.Ipa d mn skrg?"

Hati ku tiba-tiba hiba. Dila...adik perempuan si dia...sahabat ku yang baru kahwin. Kenapa dia mencari ku? Ada apa ya....walhal aku sudah semakin melupakan mereka sekeluarga.

Kredit telefon ku masih banyak memandangkan aku baru sahaja memenangi hadian kuiz berupa topup Celcom RM10.00 di radio internet Cahaya Fm yang dikendalikan oleh DJ Wufey.

"Tak apa, aku telefon dia sekejap.." bisik hati ku.
Beberapa minit kami berbual melalui corong telefon, rupanya adik Dila sengaja datang singgah berjalan bersama seorang sahabatnya. Adik Dila ingin menemui ku nanti, sudah hampir dua tahun aku tak menerima khabarnya. Tiba-tiba dia mencari ku, bertanya khabar dan mahu pula menemui ku. Rasa hiba menyirami hati ku yang sememangnya rapuh.

"Aduhhh...aku masih bersedih menghadapi situasi lepas. Bagaimana mungkin aku menemui adik Dila? Hati ku masih sedih lagi. Sedih mengenangkan peristiwa lepas yang juga pernah kami kongsikan ceritanya bersama-sama. Aku masih belum boleh menghadapi kenyataan ini barangkali." Hati ku mula membentuk awan gerimis hiba, sedih, dan terharu. Semuanya kerana kenangan silam lagi.

Tanpa sedar, air mata ku menitis laju lagi. Tak tertahan, mengalir deras semahu-mahunya. Sedang tanganku masih sibuk memasang dapur gas. Memanaskan minyak dalam kuali, memasukan hirisan bawang, dan memasukkan sayaur lembiding yang sudah dibasuh. Selang beberapa minit, ku tambah garam dan ajinomoto. Setelah kelihatan masak aku segera mematikan gas. Seterusnya harus menggoreng telur pula. Sesekali aku mengesat air mata dengan lengan baju ku.

"Ya...hidup harus diteruskan lagi. Jangan kerana kesedihan ini kerja terabai pula. 'Jem traffic' bagai di traffic lampu merah. Jangan tertinggal oleh arus masa. Masa tak akan menunggu dan pasti rugi andai lalai bermaharajalela." Aku masih mahu bersemangat.

Langkah ku di dapur bagai lipas kudung, harus cepat menyiapkan kerja-kerja dapur. Harus mandi, solat zohor dan bersiap dengan pakaian loreng latihan Askar Wataniah sebentar lagi. Biar saja air mata ini berderai semahunya. Tiada siapa memandangnya, tiada siapa mengetahuinya.

"Biar habis air mata ini di sini. Jangan di depan adik Dila. Jangan sekali-kali. Peristiwa lepas...lepas lah....tiada makna lagi. Tidak bererti lagi kerana semuanya sudah berlalu 3 tahun lepas. Harus di sedihkan apa lagi duhai eFah? Jangan memalukan diri sendiri." hati ku berbicara lagi.

Aku menangis lagi semahu-mahunya. Cukup...habis di sini, dirumah guru ini saja. Jangan lagi di luar sana. Segera ku sapu air mata ku apabila ketukan pindu tiba-tiba menyergah.

"Genevie Anthony"...Hurmm..dia pasti mahukan salinan keputusan tapisan keselamatan dari ku seperti yang dipesan beberapa hari lepas. Aku segera menghulurkan salinan tapisan keselamatan yang turut menyenaraikan namanya. Kami sama-sama lulus tapisan keselamatan dan akan megisi borang Pengesahan jawatan guru nanti. Urusan kami selesai setakat di situ, tiada perbualan lain.

Aku kembali melayan kesedihan setelah sempat melemparkan segaris senyuman kepada sahabat ku Genevie. Aku segera menyiapkan diri untuk bergerak keluar. Masa bergerak harus sebelum atau tepat jam 1.00petang. Ketika mengemaskan tudung, aku melihat pantulan wajah ku di cermin.

"Sepasang mata itu merah lagi. Kasihan....tak dapat disembunyikan rasa :'( itu barangkali." Aku berbicara bagai melihat wajah insan lain dihadapan ku.

"Ya...aku kasihan melihat dia, kenapa mata dia sering menangis??? Mungkin saja kerana hatinya masih terluka??? Walhal dia kelihatan kuat setahun kebelakangan ini. Kasihan dia...hatinya kelihatan begitu rapuh." Monolog dalaman mula bermain di hati dan minda ku yang masih menatap cermin itu.

Nota: 13.02.2011 (Ahad)_ 12.30 petang.
Kisah ini tercatat tanpa dirancang. Adik Dila tiba-tiba saja datang menemuiku di sini. Aku bangga dapat menemui adik Dila pada hari ini. Syukur, aku ceria seadanya walau hampir sebak dan menitis air mata ketika menunggu balutan hadiah perkahwinan yang ku tempah khas untuk dikirimkan kepada abangnya nanti. Hadiah berupa replika kaabah dan masjid untuk perhiasan meja. Itu saja yang terfikir untuk ku hadiahkan. "Ya lah...sempena mendirikan masjid" kata adik Dila. Hatiku tersentak.... "Ohhh...ya kan...sempena dia sudah kahwin...mendirikan masjid juga" jawab ku sebagai reaksi adik Dila.

Aku turut membelikan sebuah lagi replika hadiah kaabah untuk adik Dila. Sengaja ku beri sebagai ole-ole dari ku. Tambahan pula dia telah menamatkan pengajian Master di UMS dan akan mengikuti majlis konvokesyen pada hujung tahun 2011 ini. Masih segar di ingatan ku, dia telah menghadiahkan aku patung teddy bear berpakaian konvokesyen sempena konkokesyen ku di Sutera Harbour, KK setelah menamatkan pengajian Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) pada tahun 2009 lalu. :)

No comments: