♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Saturday, May 28, 2011

SEMAKIN DICARI SEMAKIN JAUH


SEMAKIN DICARI SEMAKIN JAUH

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku sering saja lewat membaca mesej dalam telefon. Kasihan rakan serumah ku, tak sempat ku tunaikan hasratnya untuk dibelikan goreng pisang pada petang itu.

Tiba di rumah, aku melihat rakan ku menggoreng sesuatu, ya pisang goreng. Namun bahan yang tidak cukup membuatkan kuih pisang tersebut kelihatan kurang sempurna.

"Kasihan..." bisik hati ku.

Keesokan harinya, rakan ku masih menyebut kuih pisang dan aku sedaya upaya mendapatkan untuknya ketika aku keluar ke hujung Kg Merampong untuk membeli sayur dan kuih muih.

"Aduhhhh...hampa. Kenapa bila di cari tiada pula kuih pisang ni...harus cari di mana ya? Aku tak boleh balik rumah tanpa kuih pisang lagi. Kasihan dia yang nampak teringin sangat makan kuih pisang." Aku masih mahu berusaha. Rakan ku pasti sedang memasak air.

Aku meneruskan perjalanan ku dengan memandu kereta ku dari hujung Kg Merampong melewati sekolah dan seterusnya keluar menuju ke Bayangan Cafe. "Mungkin di sana ada kuih pisang.." Aku menetapkan arah tuju perjalanan ku.

Jam tangan ku sudah menunjukkan sekitar jam 6.00petang ketika itu. Adik bongsu ku Ainul yang masih memakai seragam baju sekolah agama atas permintaan ku agar segera menemani perjalanan ku sebantar tadi. Sengaja ku ajak buat teman berbual nanti.

"Aduhhhh....tiada juga..." Aku hampa lagi ketikan meninggalkan ruang Bayangan Cafe. Tanpa membuang masa ku teruskan lagi perjalanan menjejaki goreng pisang di kawasan Damai berhampiran Masjid TaQwa, Keningau. Namun sebelum tiba di kawasan tersebut, aku melewati kawasan persinggahan lebih kurang 100 KM dari Restoran Bayangan Cafe. "Damai" juga namanya kalau tak salah dalam memori ingatan ku.

Setelah memutar stering mencari ruang 'U turn', aku berjaya meletakkan kereta di tepi jalan berhampiran gerai jualan. Petang itu agak ramai yang singgah membeli kuih pisang. Sikap ku yang suka menunggu dan kurang bersaing dengan pelenggan lain menyebabkan pelenggan yang datang selepas ketibaan ku terlebih dahulu selesai membeli kuih pisang.

Aku dan adik ku terpaksa menunggu lagi pisang goreng dihiris dan di goreng. Hampir 10 minit menunggu, selesai jua hajat ku membeli kuih pisang. RM3.00 semuanya dan aku segera mempercepatkan langkah menuju kereta ku lantas memecut sedikit laju pulang ke teratak rumah guru ku. Kasihan teman ku, setia menunggu dengan 1 jag tea panas buat kami berempat (aku, Lyn, adik Azwan dan adik Ainul). Kami makan dengan gembira dan ceria petang itu.

Sambil makan minda ku berputar pantas mengimbas situasi sebentar tadi. Walaupun perjalanan ku sebentar tadi semakin jauh mendapatkan hajat (kuih pisang), namun ada rasa puas hati kerana aku tidak lagi menghampakan rakan ku yang sudah mengharap sejak kelmarin. ^___^

Catatan peristiwa: 5 April 2011_6.30 petang.

No comments: