MIMPI DAN AIR MATA
1307 - Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Sesungguhnya diceritakan kepada beliau bahawa pada suatu hari ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata:
Wahai Rasulullah, sesungguhnya semalam aku bermimpi melihat segumpal awan yang menitiskan minyak sapi dan madu. Kemudian aku melihat orang ramai menadahkan tangan mereka pada titisan tersebut, ada di antara mereka yang mendapat banyak dan ada pula yang hanya mendapat sedikit. Lalu aku melihat seutas tali yang terikat dari langit sampai ke bumi. Di situ aku melihat engkau (baginda) memegang tali tersebut lalu engkau (baginda) naik ke atas. Kemudian ada seorang lelaki memegang tali tersebut setelah engkau (baginda) naik ke atas. Kemudian ada pula seorang lelaki lain memegang tali tersebut namun terputus, tetapi setelah disambung, lelaki itu dapat naik ke atas.
Abu Bakar berkata: Wahai Rasulullah, demi bapaku dan demi Allah, izinkanlah aku untuk menjelaskan mimpi tersebut.
Rasulullah s.a.w bersabda: Jelaskanlah.
Abu Bakar berkata: Segumpal awan tersebut bererti awan Islam. Manakala titisan yang berupa minyak sapi dan madu adalah al-Quran dari segi manis dan kehalusannya. Kemudian orang ramai yang menadahkan tangan mereka pada titisan tersebut bererti orang-orang yang banyak menghayati kandungan al-Quran dan orang-orang yang sedikit penghayatannya terhadap al-Quran. Adapun seutas tali yang terikat dari langit sampai ke bumi adalah kebenaran yang engkau (baginda) bawa. Engkau (baginda) memegang tali tersebut lantas Allah mengangkat engkau (baginda) dengan tali itu. Kemudian setelah engkau (baginda) naik, ada pula seorang lelaki yang memegang tali tersebut dan naik dengan tali itu. Kemudian ada pula seorang lelaki lain yang memegang tali tersebut, namun terputus dan setelah disambung barulah beliau naik ke atas dengan tali itu.
Oleh itu, ceritakanlah kepadaku, wahai Rasulullah. Demi bapaku menurut engkau (baginda), apakah penjelasanku itu tepat atau tidak?
Rasulullah s.a.w bersabda: Sebahagian yang kamu jelaskan itu ada yang tepat dan sebahagian darinya ada yang salah.
Selanjutnya Abu Bakar mengatakan: Demi Allah, wahai Rasulullah, ceritakanlah kepadaku, di manakah letaknya kesalahanku?
Baginda bersabda: Kamu jangan banyak bersumpah.
Sumber Hadis: http://www3.pmo.gov.my/WebNotesApp/hadism.nsf/23bbdee64ca987b148256a41002edbd1/c5d33fdf3d724f5448256a800026af19?OpenDocument
1 comment:
mimpi itu kan bygn pemikiran..klu byk fikir psl ss2 boleh smpi jd tmimpi.jgn byk2 fikir psl org tu ya..ehehe
Post a Comment