♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Monday, May 30, 2011

SAMBAL KICAP



SAMBAL KICAP

Sudah menjadi kebiasaan, aku gemar menyediakan sambal kicap sebagai cicah hidangan makanan terutamnya apabila menu goreng ikan ketika itu. Menu sambal kicap ini adalah hasil rekaan ku sendiri dan amat mudah disediakan.
Bahan-bahan:

(1) 2 biji limau Kasturi
(2) 5 biji cili padi
(3) 1/2 sudu kecil garam halus.
(4) 3 sudu besar kicap manis (Tong Yu: bahasa rakan semenanjung)

Cara menyediakan:

(1) Cuci terlebih dahulu limau kasturi dan cili padi.
(2) Perah air limau kasturi dalam mangkuk kecil dan buang bijinya.
(3) Hiris halus cili padi.
(4) Masukan 1/2 sudu kecil garam halus.
(5) Tambahkan 3 sudu besar kicap manis / tong yu.


Bagi anda yang berminat, bolehlah cuba membuat sambal kicap ini. 2 biji limau itu adalah menu untuk 2-3 orang yang menjamu selera. Jika ramai, bolehlah tambahkan kuantiti limau kasturi, cili padi serta bahan-bahan yang lain. Selamat mencuba ya. :-)

Saturday, May 28, 2011

SEMAKIN DICARI SEMAKIN JAUH


SEMAKIN DICARI SEMAKIN JAUH

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku sering saja lewat membaca mesej dalam telefon. Kasihan rakan serumah ku, tak sempat ku tunaikan hasratnya untuk dibelikan goreng pisang pada petang itu.

Tiba di rumah, aku melihat rakan ku menggoreng sesuatu, ya pisang goreng. Namun bahan yang tidak cukup membuatkan kuih pisang tersebut kelihatan kurang sempurna.

"Kasihan..." bisik hati ku.

Keesokan harinya, rakan ku masih menyebut kuih pisang dan aku sedaya upaya mendapatkan untuknya ketika aku keluar ke hujung Kg Merampong untuk membeli sayur dan kuih muih.

"Aduhhhh...hampa. Kenapa bila di cari tiada pula kuih pisang ni...harus cari di mana ya? Aku tak boleh balik rumah tanpa kuih pisang lagi. Kasihan dia yang nampak teringin sangat makan kuih pisang." Aku masih mahu berusaha. Rakan ku pasti sedang memasak air.

Aku meneruskan perjalanan ku dengan memandu kereta ku dari hujung Kg Merampong melewati sekolah dan seterusnya keluar menuju ke Bayangan Cafe. "Mungkin di sana ada kuih pisang.." Aku menetapkan arah tuju perjalanan ku.

Jam tangan ku sudah menunjukkan sekitar jam 6.00petang ketika itu. Adik bongsu ku Ainul yang masih memakai seragam baju sekolah agama atas permintaan ku agar segera menemani perjalanan ku sebantar tadi. Sengaja ku ajak buat teman berbual nanti.

"Aduhhhh....tiada juga..." Aku hampa lagi ketikan meninggalkan ruang Bayangan Cafe. Tanpa membuang masa ku teruskan lagi perjalanan menjejaki goreng pisang di kawasan Damai berhampiran Masjid TaQwa, Keningau. Namun sebelum tiba di kawasan tersebut, aku melewati kawasan persinggahan lebih kurang 100 KM dari Restoran Bayangan Cafe. "Damai" juga namanya kalau tak salah dalam memori ingatan ku.

Setelah memutar stering mencari ruang 'U turn', aku berjaya meletakkan kereta di tepi jalan berhampiran gerai jualan. Petang itu agak ramai yang singgah membeli kuih pisang. Sikap ku yang suka menunggu dan kurang bersaing dengan pelenggan lain menyebabkan pelenggan yang datang selepas ketibaan ku terlebih dahulu selesai membeli kuih pisang.

Aku dan adik ku terpaksa menunggu lagi pisang goreng dihiris dan di goreng. Hampir 10 minit menunggu, selesai jua hajat ku membeli kuih pisang. RM3.00 semuanya dan aku segera mempercepatkan langkah menuju kereta ku lantas memecut sedikit laju pulang ke teratak rumah guru ku. Kasihan teman ku, setia menunggu dengan 1 jag tea panas buat kami berempat (aku, Lyn, adik Azwan dan adik Ainul). Kami makan dengan gembira dan ceria petang itu.

Sambil makan minda ku berputar pantas mengimbas situasi sebentar tadi. Walaupun perjalanan ku sebentar tadi semakin jauh mendapatkan hajat (kuih pisang), namun ada rasa puas hati kerana aku tidak lagi menghampakan rakan ku yang sudah mengharap sejak kelmarin. ^___^

Catatan peristiwa: 5 April 2011_6.30 petang.

Friday, May 27, 2011

SIAPA YANG SALAH


SIAPA YANG SALAH

Siapa yang salah...
Akukah...??
Atau...diakah??
Di mana titik penyelesaian??
Mengapa belum ku temukan??

Dulu...mengapa maaf yang dihulur
Tiada jawapan ditutur
Bagai tak kisah malah bicara di tabur
Atau masih ada sikap tak berundur
Hingga tak bersambut maaf yang dihulur

Terpenjara diri pada situasi teka teki
Kenapa dibiar tanpa jawapan dan empati
malah dihulur teguran kesat meluakai

Diri ini bagai teramat hina
Di mata dia yang memiliki kuasa
Pemberi maaf pada khilaf yang ada

Sampai seru bertemu waktu
Tercantas jua jalan persahabatan yang satu
Akhirnya memilih jalan yang kaku
Mungkin lebih bermakna walhal hati tak mahu

Terasa malap cahaya persahabatan
Setelah titik ternoktah di jalan
Pada satu ruang maya pilihan

Namun bukan tak bereti
segalanya telah diakhiri
Dalam sedih dan muhasabah diri
Alunan nafas ini masih mencari
satu titik akhir perdamaian lagi
Andai ada izin dari Ilahi...

Ilham ku tercetus di ruang: "Berkisah Tentang Kawan & Sahabat" ---> : http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1718798931322.88769.1278733168

Nota: Catatan Peristiwa: 28.05.2011 ( Sabtu )_8.08 pagi

MIMPI DAN AIR MATA


MIMPI DAN AIR MATA

Aku berlari lagi. Seorang lelaki mengejar ku. Segera ku ambil beberapa ketul kayu kecil dan ku baling ke arah si dia. Balingan yang sama di terima untuk ku.

Tiba-tiba seorang perempuan berumur 40 an melintas berhampiran kami dan menegur ku.

"Kenapa main balin-baling ni..?" Sapanya sambil tersenyum seolah-olah turut ceria melihat kami bergurau senda seraya terus berlalu meninggalkan kami.

Saya dan dia hanya terseyum sahaja. Tiada kata-kata daripada kami. Mata ku menatap ceria wajah lelaki itu.

"Alangkah cerianya dan gembiranya kita." Aku senyum lagi menatap si dia. Tiada bicara daripadanya. Dia hanya tersenyum memandang ku. Aku membalasnya dengan senyuman lagi.

"Tapi dia kan sudah berumah tangga???" Aku mula kembali pada rasional fikiran ku. Sejurus itu juga senyuman ku pudar menatapnya.

"Sayangnya, keceriaan ini tak kan mampu mengembalikan perhubungan seperti dahulu. Dia sudah memiliki dunianya sendiri." Terasa sesuatu memberat di kerongkong ku. Ada rasa sebak teramat meresapi seluruh perasaan hati ku. Kaca-kaca jernih bersinar di mata ku dan akhirnya menitis juga cecair jernih bernama 'air mata'. Aku menangis tersedu-sedu, menangis semahunya.

Dalam sedu sedan, aku segera kembali membawa diri ku agar lebih rasional.
"Kenapa perlu sedih lagi?" Aku menyoal diri ku sendiri. Aku segera berlari dari lorong kesedihan hinggalah aku tersedar di alam nyata.

"Aduhhhhh...mimpi saja rupanya." Namun sempat ku rasakan ada titisan air mata di kedua-dua sudut mata ku. Segera ku hapuskan air mata itu dengan tangan kanan ku.

Aku menoleh jam dinding rumah ku dan jarum jam menunjukkan tepat jam 3.00pagi. Kesegaran ku muncul tiba-tiba dan aku berfikir seketika dengan mimpi aneh ku. Kenapa aku tiba-tiba bermimpi tentangnya. Ada rasa tak senang dan menafikan mimpi-mimpi tersebut. "

"Masakan ada lagi...semuanya kan sudah lama berlalu..Iskkkkk...." Aku sedaya upaya menyambung tidur ku memandangkan aku masih tidak suci untuk menunaikan solat.

Catatan peristiwa: 27.05.2011_Jumaat_3.00 pagi.

PERKONGSIAN HADIS MIMPI:

TIDAK BOLEH MEMBERITAHU PENFASIRAN MIMPI

1307 - Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Sesungguhnya diceritakan kepada beliau bahawa pada suatu hari ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata:

Wahai Rasulullah, sesungguhnya semalam aku bermimpi melihat segumpal awan yang menitiskan minyak sapi dan madu. Kemudian aku melihat orang ramai menadahkan tangan mereka pada titisan tersebut, ada di antara mereka yang mendapat banyak dan ada pula yang hanya mendapat sedikit. Lalu aku melihat seutas tali yang terikat dari langit sampai ke bumi. Di situ aku melihat engkau (baginda) memegang tali tersebut lalu engkau (baginda) naik ke atas. Kemudian ada seorang lelaki memegang tali tersebut setelah engkau (baginda) naik ke atas. Kemudian ada pula seorang lelaki lain memegang tali tersebut namun terputus, tetapi setelah disambung, lelaki itu dapat naik ke atas.

Abu Bakar berkata: Wahai Rasulullah, demi bapaku dan demi Allah, izinkanlah aku untuk menjelaskan mimpi tersebut.

Rasulullah s.a.w bersabda: Jelaskanlah.

Abu Bakar berkata: Segumpal awan tersebut bererti awan Islam. Manakala titisan yang berupa minyak sapi dan madu adalah al-Quran dari segi manis dan kehalusannya. Kemudian orang ramai yang menadahkan tangan mereka pada titisan tersebut bererti orang-orang yang banyak menghayati kandungan al-Quran dan orang-orang yang sedikit penghayatannya terhadap al-Quran. Adapun seutas tali yang terikat dari langit sampai ke bumi adalah kebenaran yang engkau (baginda) bawa. Engkau (baginda) memegang tali tersebut lantas Allah mengangkat engkau (baginda) dengan tali itu. Kemudian setelah engkau (baginda) naik, ada pula seorang lelaki yang memegang tali tersebut dan naik dengan tali itu. Kemudian ada pula seorang lelaki lain yang memegang tali tersebut, namun terputus dan setelah disambung barulah beliau naik ke atas dengan tali itu.

Oleh itu, ceritakanlah kepadaku, wahai Rasulullah. Demi bapaku menurut engkau (baginda), apakah penjelasanku itu tepat atau tidak?

Rasulullah s.a.w bersabda: Sebahagian yang kamu jelaskan itu ada yang tepat dan sebahagian darinya ada yang salah.

Selanjutnya Abu Bakar mengatakan: Demi Allah, wahai Rasulullah, ceritakanlah kepadaku, di manakah letaknya kesalahanku?

Baginda bersabda: Kamu jangan banyak bersumpah.

Sumber Hadis: http://www3.pmo.gov.my/WebNotesApp/hadism.nsf/23bbdee64ca987b148256a41002edbd1/c5d33fdf3d724f5448256a800026af19?OpenDocument


Thursday, May 26, 2011

WANITA DAN PILIHAN


WANITA DAN PILIHAN

Pagi yang hening itu aku mendengar Rancagan Selamat Pagi Malaysia (SPM) TV 1 yang membicarakan tentang isu salah satu surat khabar Utusan yang bertajuk trend: "Lewat Kahwin Serius" di negara Singapura (24.05.2011_Selasa_6.50pagi)

"Akhbar UTUSAN_Singapura: Trend " LEWAT KAHWIN SERIUS". Antara sebabnya, WANITA sukar mencari CALON. Mungkin sebab LELAKI kurang berkualiti???"

Demikian status ku di FB dan beberapa maklumbalas telah ku terima daripada sahabat-sahabat ku. Antaranya ialah:-

Razlan Lan'z sebab pergaulan terlalu bebas menyebabkan isu kawin jadi pilihan kedua.

Umar Al-Longobi Ada kemungkinannya. Lagipun secara umumnya kita lihat kebanyakan wanita mempunyai pendidikan, pekerjaan & pendapatan yg lebih tinggi drp lelaki. Kesekufuan itu sudah sukar ditemui.

Rosnah Wee memang sukar cari calon, kata seorg teman, dia x kisah klu calon nya x berharta, x lawa, x tinggi pangkat asal baik (beriman) dan dia (teman ni) seorg berkedudukan, cantik bijak dan soleha...soal sekufu adalah pemikiran bkn material, Khadijah dgn Rasululloh adalah sekufu dri segi keimanan dan keperibadian...mereka rukun dan bahagia.

Mohd Zainuddin Abdullah Lelaki yang berkualiti semua dah kahwin..... Macam saya....ha..ha..ha

Rosnah Wee MZA: sya pikir pun begitu, they don't make good men anymore or quality men are getting extinct!

Umar Al-Longobi RW: Jawapan spt ini yg kaum lelaki tunggu2 & amat sukai. Yakni, kesekufuan dr aspek "Agama". Diharap ianya bukan di atas kertas saja. Diharap wanita2 mempraktikkannya. InsyaAllah.

Laxmana Faizal cari dengan mata hati :-)

Muslimah Thought Susahnya topik ni.masih lg berfikir.bolehkah wanita mencari dgn mudahnya..tp kalau tiba2 wanita tu yg d cari..macamana mau pilih tu.cheh cam emosi la pulak

Kelth Mazz PERKASAkn WANITA tp lelaki jgk PERLU d PERKASAkn

Rozidas Die mgkin jgk sbb kita nie pompuan perlukan penjagaan..klu dpt suami tak lek mnjaga kita mcm mana nak jadikan suami.

Kelth Mazz cri y betul2 bolh jd suami n ketua family..RUMAHKU SYURGAKU

Ranau Sabah He he.. kalau payah betul mau cari suami yg agak baik, terima ja memana yg agak baik biar pun dengan bermadu T_T

Ranau Sabah Ni topic masaalah singapura bah kan, kemungkinan sosial merika terlalu bebas memandangkan lelaki akan membilih kaum wanita untuk dijadikan calon. Tidak ni nafikan juga tentang pendidikan, ia juga mempengaruhi kepada lelaki segan nak naik rumah dan wanita memandang tentang calon. :(

Ranau Sabah Peningkatan moden membawa kepada peningkatan sosial keh keh...

Rosnah Wee
‎... sebenar nya bkn masalah wanita,cuma golongan laki2 yg x sanggup menerima tantangan tersebut, biasa sya dengar mereka akan buat penilaian tentang hantaran..Klu sungguh2 menyukai seseorg maka ikhlas lah untuk mengenali hati budinya terlebih dulu.Nasihat sya laki2 jgn ego sgt dan rendah diri (awak tu khalifah) hendak lah berjiwa besar dan yg wanita bila pulang ke rumah tinggalkan jawatan, degree di pejabat selepas jam 5 petg dlm soal jodoh jgn over eager (org jadi takut) dan jgn lah baik dgn seseorg hanya bila dia 'husband material' sja, itu jga x ikhlas . Insyallah.

Sue Yusuf topik yg conform hangat ..KAHWIN...

Jalifah Azliza Azlan ‎^____________^ Ehheheh...

Delano Nanang kali pompuan mo DATUK A sampai Z...hik3

Jalifah Azliza Azlan Ahahhaha...Del.... tak semua bah....mereka pilih antara 4 juga (IMAN, HARTA, PANGKAT, RUPA).....huhuhuu..

Rosnah Wee pilih Iman wajib, pilih rupa harus (kerana takut fitnah) perlu persiapan mental yg ampuh, pilih harta dn pangkat optional kerana yg berharta dn berkedudukan mata nya bnyak berbalik pd wanita kamu yg meletakan kriteria begitu maka dia kitar semula, lazim nya wanita tidak tanggung2 jdi no. keberapa sja, atas alasan 'mampu' pernah x pikir hati kaum sejenis? terutama bila dia x kurang apa2?

Rosnah Wee topik ini bagus untuk dibincang bkn kerana hangat x nya, tpi memperbetulkan sikap masyarakat. wahuwalam bisawab.

Jalifah Azliza Azlan Wah....idea kakak mantapsz2 ni.... ^__^

Umar Al-Longobi
Lelaki yg ikhlas berumahtangga lazimnya akan segan mendekati wanita yg lebih tinggi status pendidikan, pekerjaan & pendapatannya. Lelaki yg tidak segan adalah lelaki yg ingin mengambil kesempatan terhadap wanita. Mereka ingin mengambil kesempatan pada populariti & gajinya. Ini realiti yg wanita mesti ketahui. Jadi, kalau pihak wanita mahu bersuamikan lelaki yg ikhlas memperisterikannya, wanita kena mcthi kaedah yg digunakan oleh Siti Khadijah, isteri Nabi.s.a.w. Ada ketikanya wanita kena mencari bakal suami melalui perantaraan dan meminta dia meminang si wanita tadi. Ok roger... :)

Jalifah Azliza Azlan Wah.....info menarik ni. Makasih perkongsian itu ya Mr Umar... (sedang berfikir lagi.....huhuhuuu...) ^___^

Rosnah Wee
UAL: x bercanggah kah statement ni, klu sdh ' ikhlas‘ mana pula dtg nya segan. Mungkin budaya kita org Malaysia yg ada stigma laki2 mesti superior lgi sekali kita kena ingat Nabi, Kahidjah bkn sja lebih tinggi status ekonomi & sosialnya malah bos baginda sebelum mereka berkahwin....mereka tetap rukun. Ia bkn sekedar kebetulan, Allah swt membuat ketentuan tersebut untuk dijadikan panutan kita hari ini. Sya ckp yakin itui lah sebabnya.

Nota: Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi berkongsi pendapat. Semoga bermanfaat hendaknya. :D


Saturday, May 21, 2011

PENGARUH WANITA DALAM RUMAHTANGGA





Kekuatan lelaki bergantung kepada wanita yang baik. Sebaliknya wanita yang jahat boleh merosakan masa depan lelaki. Kenyataan ini mungkin tidak disenangi oleh baik lelaki mahupun wanita. Tapi kenyataan itu boleh dibuktikan seperti berikut:

Wanita :-
1. Isteri sambut kepulangan suami dengan senyuman
2. Isteri menyediakan minuman untuk meredakan kepenatan suami.
3. Isteri menyediakan kain tuala dan berus gigi untuk suami mandi sebelum solat maghrib
4. Isteri siapkan tempat tidur untuk suami berihat selepas solat isya’
5. Isteri menemani suami menjelang tidur dengan perbualan yang menghiburkan
6. Isteri siapkan pakaian untuk kerja dan menghidangkan sarapan pagi
7. Isteri menjaga diri, maruah diri, dan menjaga harta dan anak suami

Lelaki :-

1. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
2. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
3. Suami mandi dan tubuhnya kembali segar sebelum menghadap Allah
4. Jiwa suami tenang sambil merihatkan minda dan tenaga.
5. Suami beroleh tenaga baru kerana mendapat aura isteri
6. Suami pergi kerja dalam keadaan jiwa yang tenang dan terhibur
7. Suami dalam perjalanan ke tempat kerja penuh keyakinan dan dapat bekerja yang penuh ikhlas

Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. tentang sifat dan sikap sebaik-baik wanita atau isteri. Sabda Rasulullah s.a.w: وَخَيرُ النِّسَاءِ مَنْ تَسُرُّكَ إِذَا أَبْصَرْتَ وَتَطِيعُكَ إِذَا أَمَرْتَ وَتَحْفَظُ غَيْبَكَ فِى نَفْسِهَا وَمَالِكَ Hadis riwayat Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim ini bermaksud: “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu."

Lihatlah betapa cerianya suami ketika pulang dari tempat kerja. Keadaan itu berterusan sehingga suami tidur dan bangun semula. Suami tidak mengharapkan sesuatu daripada isterinya kecuali belaian kasih dan manja sepanjang masa. Sebaliknya jika isteri jahat, tidak mengikut panduan di atas, maka suami akan berhadapan dengan tekanan perasaan. Perhatikan contoh berikut:

Isteri :-

1. Isteri menyembut kepulang suami dengan pelbagai soalan perangkap
2. Isteri sebuk di dapur untuk membuat makan malam
3. Isteri asyik menonton tv
4. Isteri tidur di hadapan tv
5. Isteri menghantar suami di hadapan pintu tanpa memohon maaf kerana tidak berasa bersalah kepada suami
6. Isteri tidak menjaga maruah diri dan harta suami diperlakukan sesuka hati.

Kearah Pembentukan Keluarga Bahagia

Suami :-

1. Suami yang hendak masuk rumah berkira-kira untuk keluar rumah, masalah menjadi bertambah berat
2. Suami yang dahaga ke dapat mengambil sendiri air minuman
3. Suami juga menonton tv
4. Suami menunggu dilayan isteri di atas katil
5. Suami pergi kerja dalam keadaan tidak ceria dan terbuku pelbagai persoalan yang belum terjawab
6. Suami di tempat kerja penuh kebimbangan.

Isteri yang tidak dapat melakukan perkara yang disebut dalam hadis di atas, adalah sejahat-jahat isteri. Dia telah merosakan masa depan suaminya. Suami tidak beroleh pahala malah boleh jadi berdosa. Menyedari keadaan ini, seseorang isteri harus melatihkan diri ke arah wanita yang terbaik. Semoga kehidupan mereka nanti terarah kearah yang tepat.

Nota: Terima kasih buat kak Norlela Abdull yang sudi berkongsi info. Terima kasih juga buat penulis Acho | Demi Masa .

SEGMEN KATA-KATA HIKMAH



SEGMEN KATA-KATA HIKMAH ( DJ JALIFAH AZLIZA AZLAN)


Segmen ini menyampaikan pelbagai mutiara kata bersumberkan kata-kata nabi, para sahabat dan ulama, orang-orang bijak pandai, tokoh-tokoh akademik juga pepatah-pepatah Melayu atau bukan Melayu yang tidak bertentangan dengan Islam serta beberapa maksud hadis dan surah dalam al-Quran.

Tujuan :


1. Berkongsi mutiara kata yang dapat memotivasikan diri.

2. Berkongsi info pepatah Melayu yang berunsur nasihat.

3. Berkongsi info maksud hadis terpilih sebagai panduan hidup.

Butir-butir Pengendalian Segmen :


Masa : 4.00 PM – 6.00 PM / 8.00 PM – 10.00 PM

Hari : Rabu / bila-bila masa

Cara Pengendalian :


1. Berkongsi info kata-kata hikmah diselang-selikan dengan lagu-lagu yang bersesuaian.

2. Sekiranya terdapat permintaan lagu dan ucapan dari pendengar, segmen menunaikan permintaan lagu akan ditambah diakhir segmen untuk tujuan tidak menghampakan permintaan daripada pendengar ketika itu.

Senarai segmen di Radio Online Cahaya FM boleh dirujuk di laman: http://www.cahayafm.net/segmen-di-cahayafm/


Dijemput untuk mendengar Radio Online Cahaya FM di : http://www.cahayafm.net

Semoga segmen ini bermanfaat buat kita semua. Hanya di Radio Internet Cahaya FM, 'Hiburan Mendidik Jiwa.' ^__^

Wednesday, May 18, 2011

MARAH


MARAH

Di awal situasi rasa di hati biasa saja...
Masih terkawal...dan senyum terlukis jua
Walhal senyum itu hakikatnya tawar yang di rasa

Bila ada yang belum selesai..
Ada bebanan ringan masih tersadai
Ke hulu kehilir bermain di hati..
Namun masih mampu jua dihadapi
Dengan senyum seikhlas hati...

Tatkala bebanan berdepan situasi
Beban di tambah bebanan lagi
Terasa semakin berat untuk diatasi
Gelora letih, gelisah mendesak di hati

Senyum yang mekar menjadi pudar
Merajuk dan sirna tanpa sedar
Haba kemarahan mula membakar
Tindakan tak terkawal mula tersebar
Seiring tinggi suara yang terdengar
Meluahkan bunga amarah yang membesar

Astaghfirullah.....Astaghfirullah.....Astaghfirullah.....
Kenapa harus marah???
Mereka tak mengerti dengan tingkah mu...

Harus bagaimana menghadapi marah itu???
Tenang......tenang......tenang...
Diamkan seketika dirimu wahai insan
Bagai penantian di lampu kuning jalan
Kakukan segala bicara dan tindakan
Rasionalkan minda yang semakin jauh dari kewarasan

Letakkan dirimu pada situasi mereka itu
Kasihanilah mereka yang binggung menghadapi mu
Pasti mereka sedang melakukan yang terbaik buat mu
Jangan sampai jerkahan suara dan tindakan mu
Membuatkan mereka mula menjauhi mu
Bersedih dengan ketidakrasionalan minda mu

Nota:

Entah kenapa marahku ada yang tak terkawal hari ini, ada rasa pening pula (catatan peristiwa: 19.05.2011_Khamis_8.00pagi). "Jangan marah.....ya...jangan marah-marah" aku memujuk diri ku sendiri. Huhuhuuuuu.... ^___^

HADITS KEENAM BELAS

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَوْصِنِي، قَالَ : لاَ تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَاراً، قَالَ: لاَ تَغْضَبْ

[رواه البخاري]

Terjemah hadits / ترجمة الحديث :

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah sholallohu ‘alaihi wa sallam : (Ya Rasulullah) nasihatilah saya. Beliau bersabda : Jangan kamu marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda : Jangan engkau marah.

(Riwayat Bukhori )

Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :

1. Anjuran bagi setiap muslim untuk memberikan nasihat dan mengenal perbuatan-perbuatan kebajikan, menambah wawasan ilmu yang bermanfaat serta memberikan nasihat yang baik.

2. Larangan marah.

3. Dianjurkan untuk mengulangi pembicaraan hingga pendengar menyadari pentingnya dan kedudukannya


Sumber hadis: http://haditsarbain.wordpress.com/2007/06/09/hadits-16-jangan-marah/